blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, December 10, 2010

BOLA : siapa Brendan Gan?




haha. ish. bukan boyfriend baru zureen ni. dia ni merupakan pemain bola yang digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Malaysia! Menurut sumber, Brendan Gan merupakan pemain Liga Australia di mana beliau beraksi bersama kelab professionala iaitu Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan. 

Ya. beliau merupakan warganegara MALAYSIA!
zureen tahu pasal benda ni pun dari laman fanpage facebook. berminat? klik SINI


ya. nampaknya pihak FAM seperti tidak bersetuju untuk mengambil pemuda berbakat yang berusia 22 tahun ini. ternyata keturunannya dipersoalkan. 

''Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia''
- OFFSIDE SANGKUNANG

Brendan kata ''My inbox on Facebook is overflowing with messages from Malaysian fans who want me to come and play for them,'' he said. ''There's been no contact so far from the Malaysian FA but I'd definitely be open to it.''

Gambar di bawah merupakan pandangan rakyat Malaysia terhadap pemain ini dari laman facebook :  


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

dan yang ini pula merupakan maklum balas daripada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek :


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

pandangan peribadi zureen : kenapa nak halang dia dari berkhidmat untuk negara dia sendiri?  

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive