blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, December 10, 2010

zureen masuk DEWI REMAJA?

dem! dem! awal sangat terbangun hari ni! yes! awal sangat! grr! baru saja mahu main kuch kuch hotak hang ha ta hai dengan Cristiano Ronaldo tadi. potong steamboat stim betul lah! kui kui kui (120 juta kali). apa nak buat pagi-pagi buta ni? nak jogging? mak aiii. tak pasal-pasal pontianak harum sundal malam kejar nanti. awal sangat ni. matahari pun tak nampak lagi.

Apa pasal lah terbangun awal sangat ni? dah elok-elok mimpi dancing-dancing dengan CR, tiba-tiba terjaga pula. alahaiii. dah laa peluang kecemasan keemasan macam ni susah nak dapat! grrr! dah lama tak mimpi. memang jarang sangatlah mimpi-mimpi ni. yang zureen tahu, tidur, bila bangun, mesti dah pagi. ish-ish.

bila cakap pasal mimpi, adalaaa satu hari tu zureen mimpi masuk DEWI REMAJA (pulak!) haha. memang nervous lah! zureen ingat lagi juri tu tanya :

soalan pertama.
''jika awak diberi peluang untuk meluangkan masa 1 hari dengan mana-mana selebriti tempatan, selebriti yang manakah menjadi pilihan anda?''
''oh! sangat dem best soalan yang tuan juri bagi dekat saya! haha! mestilah saya ingin meluangkan masa dengan Lisa Surihani!''

pastu, juri tu tanya sambil menggesel-gesel pen stabilo dengan jari, ''adakah awak lesbian?''

zureen marah! ''homaigoat!!! saya masih waras encik! encik nak kena cepuk dengan heels saya ni ke? saya nak hangout dengan Lisa Surihani sebab saya tengok dia sempoi je. dari TV nampak macam tak sombong je. lagipun, boleh laa saya minta nombor telefon Cristiano Ronaldo Awal Ashaari ke, Farid Kamil ke, kan? kan?''

soalan kedua.
''jika awak diberi peluang untuk mengucapkan kata-kata cinta dekat saya, apa yang awak nak lafazkan?''

memang nak kena hempuk dengan enjin Honda CRV dia ni. ''saya akan kata, u are so damn stupid! (sambil gelak-gelak)''

soalan ketiga.
''jika awak diberi peluang untuk dating dengan saya. adakah awak akan terima?''
''tak. saya tak sudi dan tak hendak pun!''

mak aihh! ada jugak mimpi macam ni kan? btw, anda semua nak tahu tak siapa juri tu? haha. juri tu adalah pak arab yang pernah masuk entri zureen dulu. klik SINI kalau nak tengok (lepas klik pegi kotak PINK tau). patutpun gatai semacam. kui kui kui (120 juta kali).

oh dem! zureen lupa nak iron baju papa! dah pagi dah ni. bye semua! chow!

2 comments:

iszieylyanziy said...

hehe,,masuk lah dewi remaje,,hehe

zureen said...

is - hahah! xmo. tak cukup tinggi. :P

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive