blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, March 14, 2011

TAHNIAH LEE CHONG WEI!!

haha.
hari ni zureen sangat berpuas hati di atas persembahan sekaligus keputusan perlawanan badminton All England yang dipersembahkan oleh Lee Chong Wei, hero badmintonb Malaysia. Sesungguhnya, aksi beliau yang memang bersungguh-sungguh menentang musuh tradisinya - Lin Dan memang memotivasikan diri ini untuk membeli kasut badminton baru. haha!

tapi memang puas hati laa tengok match tu. Secara jujurnya, hari tu bukan hari Lin Dan. Tengok Lin Dan main pun banyak mistakes. berdebar-debar jugakla. tapi alhamdulillah, kemenangan berpihak pada Malaysia.

Satu je zureen tabik pada DLCW, dia tak sombong! even dia menang or kalah, tetap nak peluk-peluk Lin Dan. tak pernah pun nak menari-nari macam si 'beliau' kan? memang best lah! Sayangnya, zureen tak ambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar bersama beliau hari tu. ruginyaaa! hope DLCW datang sabah lagi nanti.

I LOVE YOU DLCW!

cik sushi : encik sushi baca ni mesti jeles. hehe.

Friday, March 11, 2011

10 perkara yang lelaki kena lelaki buat semasa bini/gf awak period

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.


2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.


3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.


5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.


6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara.

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.

Thursday, March 10, 2011

kepada amri ashraf ;)

kasihku,
ku amat mencintai kamu,
karna kau beri erti hidup,
ku kan terus mencinta
sedetik lebih,
serta selamanya <3


cik sushi : lama tak post jiwang. sila jangan maki. haha.

Aku Menyesal Kahwin..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

diculik daripada encik tuah mohd. bakheet :)

Tuesday, March 08, 2011

melatah : "ohhhh ***** kau besarrr!!!''

bila bosan dalam kelas, update blog lah! heh~
AMARAN : entri tidak serius.


"ohhh mak engkau mampos!"

"ohhh.. **** kau takde!"


"opocottt!"


"ohhh bapak ayam aku!"


''ohhh..  *** *** *** *** ***!!!''

haa. agak-agak, golongan manakah yang sering mengalami situasi di atas? mestilah golongan yang MELATAH kan? entri ini saja, suka-suka. bukan maksud untuk mengutuk dan memperendah-rendahkan golongan ini. tapi, memberi ruang untuk anda semua mencurahkan idea masing-masing, bagaimana agaknya mereka ini boleh menghentikan tabiat melatah itu. ececcecechhh! formal pula kan?

siapa melatah?
haa. golongan yang melatah ni selalunya :
-orang tua
-makcik
-nenek
-kaum wanita
-orang yang anggap dirinya tua
-orang-orang yang mempunyai kondisi jantung yang lemah (agaknye kot. sbb dorang takleh terkejut. haha!)


kenapa mereka melatah?
-baka?
-pengaruh persekitaran?
-mereka anggap melatah itu cool
-Tuhan balas balik perbuatan mereka yang suka ketawakan orang melatah (hukum karma)
-takleh terkejut
-kurang exercise (haha! takde kena-mengena oke?)

bila mereka melatah?
-time orang sebut nama dia
-cucok pinggang dia
-nampak hantu

kesan?
-buat dosa (maki hamun)
-sesak nafas
-letih (especially mangsa diusik berulang-ulang kali)
-boleh pengsan
-boleh koma
-boleh MATI
 
cara mengatasi?
-gam mulut dia (sekurang-kurangnya dia melatah dengan cara miming) haha!
-operate dan keluarkan kotak suara dia
-rendam clorox dan minum sampai bisu
-minum cuka getah 2 kali sehari



cik sushi : SUMPAH! entri ni tak serius. Do not try this!!

kelabu taik anjing!

sumber : google



"awak kena beli sampul surat warna kelabu taik anjing"

haa? kelabu taik anjing? kenapa taik anjing warna kelabu? kenapa tak warna purple? pink? atau paling logik pun warna kuning cair. yukks!!!

agak kotor pulak tajuk kita pada hari ini kan? tidak mengapa. zureen hanya nak merungkai pendapat anda tentang warna-warna taik ni. kenapa mesti taik anjing? kenapa tidak ayeem ayam? itik? kucing? kenapa mesti kelabu itu sesuai dengan taik anjing?

baiklah, mungkin jugak taik mata anjing yang warna kelabu? atau taik telinga anjing? atau taik hidung anjing? kita tidak tahu taik mana yang warna kelabu sebenarnya. haha!

okaylaa. nampaknya, tu je lah zureen nak post. lecturer ada  kata "taik anjing warna kelabu gelap, taik kucing warna kelabu cerah''. kenapa mesti warna kelabu? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? (emo pulak)

cik sushi : i hate grey! haha.

Monday, March 07, 2011

sopan sikit boleh kan?

Asalammulaikum. Hai kawan-kawan! =)

baiklah, bercakap pasal kuliah, zureen suka sangat kongsi apa yang zureen nampak. dan benda-benda macam ni lah yang selalu jadi isu dan bahan umpatan orang sekeliling kan?

firstly, zureen nak cakap pasal etika berpakaian masa masuk kuliah. kalau budak-budak IPG, jangan cakaplah. semua pun pakai formal. dan itu cukup bagus!!! yang tak berapa nak bagusnya, kehidupan di universiti. nak tahu apa mereka pakai?

sumber : google

1. baju yang menampakkan 'lurah dendam'
lurah dendam? haha! ape kejadah nak pakai baju yang menampakkan lurah dendam kan? khas untuk pompuan. yang lelaki, nak pakai baju yang macam ni agak-agak laa oke? cukur bulu dada awak tu dulu! haha. oke, apa motif sebenarnya mereka berpakaian sedemikian rupa? ish-ish. nak bagi free show ke? jangan laa nak melabelkan diri anda sebagai 'perempuan murah' pula oke? pedas tak ayat zureen? heh.

2. baju jarang nampak bra
haa! ni memang favourite hot chicks dekat kolej. time kuliah, nak tayang itu, tayang ini. ish-ish. memang tak patut. ni bukan sahaja buat lecturer tak senang duduk, budak-budak laki pun macam tu jugak. bukan jeles. benda ni buat apa nak jeles kan? cuma, sebagai perempuan, zureen malu tau tak? lebih-lebih lagi pakai baju putih, bra wane kuning striking gitu. nak pegi cari bapak ayam ke hape? ish-ish.

3.skrit terlalu pendek
zureen tahu peha awak gebu. peha idaman semua oranglah katakan. haha. masalahnya, time awak duduk tu.. haaa! nampak panty! mak oiii! kalau panty tuu wane pink-pink okay laa jugak. ni tak, siap ada gamba otromen lagi. haa pesal? awak pakai laa skrit yang panjang sikit. lagi bagus, awak pakai seluar. kurang risiko kena rogol. kan?

sumber : google


4.singlet
fuuhhh! kalau tengok pompuan atau laki pakai singlet gi kuliah memang jadi tumpuan lahh! nak tahu kenapa? sebab orang nak tumpu kat mulu tiak (bulu ketiak) dia! kalau cukur, licin, bersih, takpelah. ni tidak. dah laa panjang, kerinting lak tuh! mak aihhh! spesis apakah ini?

nak gi kuliah ni, kita timba ilmu. bukan nak gi disko ke hape ke. pakai elok-elok, sopan, kemas-kemas sikit. insyaAllah, ilmu tak segan nak masuk kat kepala hotak kita.

cik sushi : ayat kasar sikit sebab emo Man United kalah lagi. bye!

Wednesday, March 02, 2011

hai, saya copy gambar awak!

boleh copy tak gambar zureen ni? tak boleh kan? buat je macam ni. apa susah?

Asalammualaikum semua. Dah lama zureen tak update kan? Biasalah.busy dengan assignment.

Okay, direct to the point, zureen nak minta maaf lah kepada encik/cik yang telah mengambil gambar ally iskandar bersama tunangnya. Seriously, zureen tak pernah nak ambik gambar-gambar tersebut dari blog orang lain. Yang zureen tahu, zureen ambik gambar tu dari encik google. So, terima kasih encik google.

Pasal watermark tu, zureen rasa ianya bukanlah satu isu besar. Zureen dah search balik, BERLAMBAK lagi gambar-gambar yang sama dengan watermark yang berlainan. So, zureen ikut-ikut jelah. Kalau encik/cik sakit hati dengan tindakan zureen ni, zureen minta maaf.

Kalau encik/cik nak marah zureen pasal zureen copy gambar tu, sekali lagi zureen nk minta maaf sebab benda tu zureen ambil dari encik google. Diulang sekali lagi – encik google. Kalau encik google marah, zureen minta maaf lah dekat encik google.

Encik/cik kena tegur juga mana-mana blogger yang ambil gambar tu. Jangan nak serang zureen sorang je. Tak adil laa kan? Btw, untuk pengetahuan encik/cik, zureen tak pernah tau ambik-ambik gambar dari blog orang tak kreditkan kepada tuan punya blog. Cuma, dalam kes ni, zureen ambik dari google. Lupa pulak nak kreditkan dekat encik google. Mohon maaf sekali lagi.

Kepada encik/cik jugak, kalau takut sangat orang nak copy bahan blog kita, try buat macam mana blog zureen buat. Takleh highlight, takleh copy. Senang cerita. Takde masalah.
 
Sekian.

cik sushi : takpun wat watermark kat gamba awak besar-besar. so takleh laa nk copy. ;)

Thursday, February 17, 2011

TERIMA KASIH kepada 450++ orang ini

baiklah.
(backgroud music selow sikit)

asalammualaikum semua.
zureen buat entri khas ni kerana zureen nak mengucapkan happy birthday kepada cik Azureen Amjah yang ke-20! yeay! clap-clap-clap! haha. kesian, buat entri untuk sendiri kan? actually, zureen nak ucapakan terima kasih kepada yang dah wish dekat facebook and twitter. over 450++ jugak yang wish. sorry laa if zureen tak terreply ye? faham-faham jelah kalau guna wireless free kan? hihi. apapun, zureen sayang korang!

kepada yang wish dekat blog pun, zureen mengucapkan terima kasih. zureen takde nak buat giveaway birthday ke, something like that sebab terlalu busy dengan maulidur rasul minggu ni. lagipun, takut-takut takde orang nak join. haha!

kepada papa ke-49 (11 februari), adik lelaki - muhammad nazreen yang ke-18 (14 februari) dan amri ashraf yang ke-20 (18 februari), zureen mengucapkan selamat ulang tahun! semoga dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya di dunia dan akhirat. amin.

kepada semua kawan-kawan sekelas zureen yang zureen sayang - chia, zusyafirah, flavia, rumaisa, nasiha sakina, syahirah, michelle, rynnora, fazilah, tengku shazlin, wendy, adeline dan ami harnani, terima kasih sebab simbah zureen dengan air. haha! love you all!

tengok tuu... 400 tuuuuu! hihi

tambah lagi!! 53 tuuuuuu! hihi



cik sushi : 1st time kena simbah air time birthday.

ALAMAK! zureen kena pinang!

ingat tak pak arab ada ngurat zureen dulu? haha. nak refresh balik macam mana pak arab tu ngurat, sila klik di sini oke? SINI

berbalik kepada tajuk di atas, zureen saja je buat style-style arab dekat facebook. tak tahu pulak ada yang terus nak melamar! haha. 




zureen tak larang nak berkawan.
tapi, bila dah masuk bab kawin ni, takut pula. hoho. =.=''
anyway, dia ni salah seorang yang wish birthday zureen yang ke-20 semalam. terima kasih ya? :)

cik sushi : ana tak kenal ante, ante tak kenal ana. macam mana tiba-tiba nak kawin lak ni?

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive