blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, March 07, 2011

sopan sikit boleh kan?

Asalammulaikum. Hai kawan-kawan! =)

baiklah, bercakap pasal kuliah, zureen suka sangat kongsi apa yang zureen nampak. dan benda-benda macam ni lah yang selalu jadi isu dan bahan umpatan orang sekeliling kan?

firstly, zureen nak cakap pasal etika berpakaian masa masuk kuliah. kalau budak-budak IPG, jangan cakaplah. semua pun pakai formal. dan itu cukup bagus!!! yang tak berapa nak bagusnya, kehidupan di universiti. nak tahu apa mereka pakai?

sumber : google

1. baju yang menampakkan 'lurah dendam'
lurah dendam? haha! ape kejadah nak pakai baju yang menampakkan lurah dendam kan? khas untuk pompuan. yang lelaki, nak pakai baju yang macam ni agak-agak laa oke? cukur bulu dada awak tu dulu! haha. oke, apa motif sebenarnya mereka berpakaian sedemikian rupa? ish-ish. nak bagi free show ke? jangan laa nak melabelkan diri anda sebagai 'perempuan murah' pula oke? pedas tak ayat zureen? heh.

2. baju jarang nampak bra
haa! ni memang favourite hot chicks dekat kolej. time kuliah, nak tayang itu, tayang ini. ish-ish. memang tak patut. ni bukan sahaja buat lecturer tak senang duduk, budak-budak laki pun macam tu jugak. bukan jeles. benda ni buat apa nak jeles kan? cuma, sebagai perempuan, zureen malu tau tak? lebih-lebih lagi pakai baju putih, bra wane kuning striking gitu. nak pegi cari bapak ayam ke hape? ish-ish.

3.skrit terlalu pendek
zureen tahu peha awak gebu. peha idaman semua oranglah katakan. haha. masalahnya, time awak duduk tu.. haaa! nampak panty! mak oiii! kalau panty tuu wane pink-pink okay laa jugak. ni tak, siap ada gamba otromen lagi. haa pesal? awak pakai laa skrit yang panjang sikit. lagi bagus, awak pakai seluar. kurang risiko kena rogol. kan?

sumber : google


4.singlet
fuuhhh! kalau tengok pompuan atau laki pakai singlet gi kuliah memang jadi tumpuan lahh! nak tahu kenapa? sebab orang nak tumpu kat mulu tiak (bulu ketiak) dia! kalau cukur, licin, bersih, takpelah. ni tidak. dah laa panjang, kerinting lak tuh! mak aihhh! spesis apakah ini?

nak gi kuliah ni, kita timba ilmu. bukan nak gi disko ke hape ke. pakai elok-elok, sopan, kemas-kemas sikit. insyaAllah, ilmu tak segan nak masuk kat kepala hotak kita.

cik sushi : ayat kasar sikit sebab emo Man United kalah lagi. bye!

Wednesday, March 02, 2011

hai, saya copy gambar awak!

boleh copy tak gambar zureen ni? tak boleh kan? buat je macam ni. apa susah?

Asalammualaikum semua. Dah lama zureen tak update kan? Biasalah.busy dengan assignment.

Okay, direct to the point, zureen nak minta maaf lah kepada encik/cik yang telah mengambil gambar ally iskandar bersama tunangnya. Seriously, zureen tak pernah nak ambik gambar-gambar tersebut dari blog orang lain. Yang zureen tahu, zureen ambik gambar tu dari encik google. So, terima kasih encik google.

Pasal watermark tu, zureen rasa ianya bukanlah satu isu besar. Zureen dah search balik, BERLAMBAK lagi gambar-gambar yang sama dengan watermark yang berlainan. So, zureen ikut-ikut jelah. Kalau encik/cik sakit hati dengan tindakan zureen ni, zureen minta maaf.

Kalau encik/cik nak marah zureen pasal zureen copy gambar tu, sekali lagi zureen nk minta maaf sebab benda tu zureen ambil dari encik google. Diulang sekali lagi – encik google. Kalau encik google marah, zureen minta maaf lah dekat encik google.

Encik/cik kena tegur juga mana-mana blogger yang ambil gambar tu. Jangan nak serang zureen sorang je. Tak adil laa kan? Btw, untuk pengetahuan encik/cik, zureen tak pernah tau ambik-ambik gambar dari blog orang tak kreditkan kepada tuan punya blog. Cuma, dalam kes ni, zureen ambik dari google. Lupa pulak nak kreditkan dekat encik google. Mohon maaf sekali lagi.

Kepada encik/cik jugak, kalau takut sangat orang nak copy bahan blog kita, try buat macam mana blog zureen buat. Takleh highlight, takleh copy. Senang cerita. Takde masalah.
 
Sekian.

cik sushi : takpun wat watermark kat gamba awak besar-besar. so takleh laa nk copy. ;)

Thursday, February 17, 2011

TERIMA KASIH kepada 450++ orang ini

baiklah.
(backgroud music selow sikit)

asalammualaikum semua.
zureen buat entri khas ni kerana zureen nak mengucapkan happy birthday kepada cik Azureen Amjah yang ke-20! yeay! clap-clap-clap! haha. kesian, buat entri untuk sendiri kan? actually, zureen nak ucapakan terima kasih kepada yang dah wish dekat facebook and twitter. over 450++ jugak yang wish. sorry laa if zureen tak terreply ye? faham-faham jelah kalau guna wireless free kan? hihi. apapun, zureen sayang korang!

kepada yang wish dekat blog pun, zureen mengucapkan terima kasih. zureen takde nak buat giveaway birthday ke, something like that sebab terlalu busy dengan maulidur rasul minggu ni. lagipun, takut-takut takde orang nak join. haha!

kepada papa ke-49 (11 februari), adik lelaki - muhammad nazreen yang ke-18 (14 februari) dan amri ashraf yang ke-20 (18 februari), zureen mengucapkan selamat ulang tahun! semoga dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya di dunia dan akhirat. amin.

kepada semua kawan-kawan sekelas zureen yang zureen sayang - chia, zusyafirah, flavia, rumaisa, nasiha sakina, syahirah, michelle, rynnora, fazilah, tengku shazlin, wendy, adeline dan ami harnani, terima kasih sebab simbah zureen dengan air. haha! love you all!

tengok tuu... 400 tuuuuu! hihi

tambah lagi!! 53 tuuuuuu! hihi



cik sushi : 1st time kena simbah air time birthday.

ALAMAK! zureen kena pinang!

ingat tak pak arab ada ngurat zureen dulu? haha. nak refresh balik macam mana pak arab tu ngurat, sila klik di sini oke? SINI

berbalik kepada tajuk di atas, zureen saja je buat style-style arab dekat facebook. tak tahu pulak ada yang terus nak melamar! haha. 




zureen tak larang nak berkawan.
tapi, bila dah masuk bab kawin ni, takut pula. hoho. =.=''
anyway, dia ni salah seorang yang wish birthday zureen yang ke-20 semalam. terima kasih ya? :)

cik sushi : ana tak kenal ante, ante tak kenal ana. macam mana tiba-tiba nak kawin lak ni?

Wednesday, February 16, 2011

day 2 : draw your fav animal

day 2 punya lukisan ni sebenarnya dah lama buat. kebetulan lecturer pernah suruh lukis kucing putih. so, zureen ada rujuk google and sketch balik. this is my fav animal!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar original

lukisan zureen :)
yang ni zureen admit cantik sikit dari yang sebelum zureen lukis ni. hehe. ok. bye!!

Tuesday, February 15, 2011

Tahniah! Ally Iskandar bertunang dengan Nur Aishah Zainal

Tahniah!
Tahniah!

akhirnya Ally Iskandar menemui cinta sejatinya. hehe. Dah sah Ally melangsungkan pertunangannya bersama salah seorang peserta dalam rancangan realiti tv - Gadis Melayu.




tulah, tak silap Nur Aishah Zainal ni bertudung kan? Apapun, semoga bahagia dan berkekalan. Amin.

cik sushi : bertunang tidak menghalalkan 'segalanya'. ingat tu!

LISA SURIHANI cakap 'love u' kat ana!!! terima kasih ya Allah!!!


 salam.
ya. ya.
ana excited sangat nak story.


nampak tak? nampak tak?
haha.
perasan lebih kan ana?

baiklah. selamat maulidur rasul semua. 
love you all.


''sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang banyak berselawat kepadaku'' An-Nasai & Ibn Hibbah.

Monday, February 14, 2011

anda nak masuk NERAKA?



Asalammualaikum. Zureen nak kongsi dengan anda azab meninggalkan solat fardhu. mungkin ada yang tak tahu lagi kan tentang benda ni? kita renung-renungkan bersama ya?
Jika awak-awak semua meninggalkan solat :

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

cik sushi : renung-renungkan dan selamat beramal!

Day 1 : draw yourself

baiklah. 
zureen nak bagitau awal-awal, lukisan ni zureen siapkan 2 hari saja. 
size A4 je tapi dah crop sebab comot sangat.


zureen minta maaf kalau huduh. =.=''
bahagian tangan tu tak sempurna sikit kan? hoho! mencik!
pastu hidung takde lubang. nak buat ad lubang, gambar terus nampak pelik. ceh!


30 days drawing challange

okay, sebagai major Seni Visual, zureen akan menyahut cabaran!!! hahahha
tapi, zureen nak bagitahu awal-awal, zureen takdelaa pandai melukis sangat macam classmates yang lain.
hoho.
korang jangan kutuk tau! susah nak melukis ni actually.

cik sushi : wish me luck!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive