blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, December 12, 2010

Photo Contest : My Bestfriend Forever!

Klik untuk ke SANAAA

comel kan kami?


cik noraisyah, ada extra gambar pulak kan? kena letak sebab abang hensem dekat bawah ni takde dalam gambar atas tu. kang dia kecik hati lak kang. hihi.

1. mula berkawan sejak tahun  berapa?
julai 2009. baru saja ada BFF ni sebab beberapa tahun yang lepas dipulau BFF sendiri (time sekolah menengah) dan kehadiran mereka bertiga membuatkan zureen terbuka hati untuk ada BFF. love them.

2.kenapa anda rasa mereka bff anda?
zureen rasa kami saling melengkapi. ya laa. ada problem saja, mesti mengadu dengan mereka. mereka sangat memahami dan pandai menghiburkan hati zureen.

itu saja.
=)

Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama BEN ASHAARI



12 Disember, AHAD, Sabah - Blogger terkenal iaitu saudara Ben Ashaari telah menemuramah salah seorang calon sempena Kempen Blog Pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari semalam. Azureen Amjah - seorang bakal guru sekolah rendah merupakan salah seorang yang telah ditemuramah.

''Kenapa anda sertai contest Blog Pilihan Malaysia?,'' BA memulakan soalan temuramah.
''sejujur-jujurnya, zureen sangat suka menambah kawan-kawan baru. dan bagi zureen, mungkin ini merupakan platform terbaik untuk menambah kenalan dan sekaligus popular macam abang ben laa jugak. haha! sumpah! jujur ni tau!,'' jawab zureen berseloroh.

''Kenapa anda rasa anda layak diundi?'', BA mengutarakan soalan kedua.
''zureen rasa blog zureen layak diundi kerana sememangnya tidak memuatkan entri-entri yang tidak HANGAT! haha. contohnya entri INI. sehinggakan makwe penjaga gol ini tahu zureen tulis pasal boyfriend beliau. ish-ish. hangat-hangat!'' jawab zureen sambil mengunyah sushi.

''selain itu, zureen percaya pada kemampuan dan usaha zureen dalam menghasilkan sesebuah entri yang akan memuaskan hati pembaca. dan buat masa ini mungkin belum semua yang puas, tapi zureen cuba semampu yang boleh,'' tambah zureen sambil tersenyum.

''ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda'', BA memberikan soalan terakhir.
''sebenarnya tiada tema yang khusus dalam blog zureen ni. semua ada. info pasal BOLA, tutorial, masakan, tips-tips, info-info terkini, hiburan, kisah cinta, photography. pendek kata, tidak ada yang tiada di blog zureen. dah macam rojak!,'' jawab zureen sambil ketawa comel. hik-hik.

''kepada semua pembaca di mana juga anda berada, terima kasih kerana terus membaca blog zureen dan zureen akan janjikan yang terbaik untuk anda semua. jangan lupa undi pilihan 8, nombor 285 okay?'', zureen akhiri perbualan dengan sesi bergambar bersama Ben Ashaari.

sekian, kita kembali ke sri pentas. 


Saturday, December 11, 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?

Salam semua! Zureen rasa nak join pula abang BA kita punya segmen. hihi.
Jom join segmen abang BA!


syarat-syaratnya :

1.Header Ben Ashaari Blog
2.Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini ..
3.Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..
4.Apakah maksud disebalik nama blog korang ..
5.Siapa orang kuat blog korang tu ..
6.Angan angan terhadap blog tu ..
7.Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
8.Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?
9.Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..
10.Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan

-----------------------------------


KLIK untuk ke sanaaa!


okay kita mulakan..

Dari mana boleh dapat nama blog?
nama blog ni zureen dapat dari idea zureen sebenarnya. heh~ kebetulan jugak memang die-hard-fan sushi disamping Man United, so zureen decide letak nama ni. oke kan?

Apa maksud di sebalik nama blog?
nama blog? [zureen suka sushi]. takkan laa letak nama ni sebab zureen suka kuih jempot-jempot kan? mestilaa sebab zureen suka sushi! haha. tapi bukan bermakna zureen akan tolak nasi sebagai makanan WAJIB. nasi tetap nasi. tak boleh hidup tanpa nasi. oh-oh! dah mula nak merepek!

siapa orang kuat dalam blog?
sila klik 'blogger lain' petak hijau dekat atas tu. tengoklah. kot-kot ada nama anda? hihi~

angan-angan terhadap blog?
tak kisah laa nak ada follower ke tak. janji blog ni orang baca. sebab blog ni best tau. sungguh! haha!

kalau nak tukar nama blog, nak tukar nama apa?
em. [zureen suka nasi]. haha. oke tak?

kalau berkemampuan nak iklankan blog dekat mana?
tv, newspaper, radio, radio online, tv online, blog abg ben (haha~) bla-bla-bla..

Blog yang wajib zureen singgah setiap hari?
banyak! sebab zureen suka buat penguin-walk kat blog-blog orang. hihi. kalau satu je abg ben minta, zureen wajib pergi blog INI (shhh.. dia tak tahu zureen stalker dia)

Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... (tidak lebih 20 patah perkataan)
Saya suka blog saya kerana blog saya lain dari yang lain. lihat sajalah designnya. penat tau buat! hehe. tu je. done.

specialnya BAU KETIAK LELAKI!



''ahhhh stressnya! hani ni je dah lebih rm4000 shopping!''

''oh-oh.. tekanannya tak dapat kurangkan berat badan!''

''uhhh.. tekannannya jiwa ini tak dapat masuk Blog Baru Pilihan Malaysia 2010!!''

Di atas merupakan keluhan-keluhan kaum hawa yang sering didengar. stress? zureen akan selesaikan masalah anda! 

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh kaum wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir (yukss!) puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

''Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang'' -majalah PA&MA (Feb 2004)

So, kalau awak-awak semua tengah tension boleh laa hidu bau ketiak suami atau boyfriend. haha. Eh-eh! kejap-kejap, kalau lelaki tension lak macam mana? kena hidu bau ketiak isteri/gf ke? nanti zureen cari ya? 

P/S : kalau isteri tengah tension, abang calit sikit bau ketiak abang lepas abang pergi gym kat isteri abang. InsyaAllah akan okay. hihi.  Selamat mencuba!

awak SUKA saya atau awak CINTA saya? JAWAB SEKARANG!

apabila diajukan pertanyaan apakah perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka, pasti ada ramai antara mereka yang akan terdiam dan serba salah. tidak tahu yang mana satu jawapan paling tepat. ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada juga rasa suka. namun, harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza. diakui ramai yang keliru dengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti keduanya, namun reen sedia membantu. berikut disenaraukan perbezaan antara cinta dan suka.

1. ♥ di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
♣ tapi, di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..

2. ♥Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
♣Tapi, jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

3. ♥Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata..
♣Tapi, di hadapan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja..

4. ♥Di depan orang yng kita cinta, kita menjadi malu..
♣Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar..

5. ♥Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai..
♣Tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita suka..

6. ♥Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
♣Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira..

7. ♥Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..
♣Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja..

8. ♥Di depan orang yang kita cinta kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan terguris…
♣Di depan orang yang kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dengan si dia..

9. ♥Perasaan cinta bermula dari mata..
♣Perasaan suka bermula dari telinga…

Jangan meninggalkan orang yang kita cinta semata-mata untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka tersebut belum tentu sama dengan orang yang kita cinta dan belum tentu lagi orang yang kita suka tersebut dapat mencintai kita seperti mana oaring yang kita cinta mencintai kita..

Jikalau kita berhenti mnyukai seseorang yang kita suka, ia umpama kita membuang telinga kita. Tapi, jika kita cuba menutup mata, cinta akan berubah menjadi air mata..

So, sekarang tanya hati anda… adakah anda betul2 mencintai atau hanya menyukai pasangan anda sekarang? jangan lupa kekasih terhadap MAHA ESA..

Friday, December 10, 2010

PROMO : UNDI zureen untuk ''blog baru pilihan 2010''



haha. zureen saja nak promo. promo sebelum g kk next week. dan next week jugak undian baru di buka!!!! uwaaa! dem! dem! next week memang tak dapat online punye. uwaaaa!!! dah sah-sah tak nak blog zureen menang! wahahha. takpe. rezeki masing-masing kan? so, kepada kawan-kawan yang tercinta tu, terima kasih zureen ucapkan awal-awal di atas kesudian anda mengundi blog zureen untuk Blog Pilihan Baru 2010! terima kasih. =.=''

ke SINI untuk mengetahui cara mengundi. dan undian akan dibuka minggu hadapan.

blog anda tercalon? boleh check SINI

ingat tau pilihan ke-8 no. 285! hehe.

Proton 5 bersaudara. Anda rasa lawa tak?

sememangnya semua pun memiliki perasaan ghairah terhadap kereta bukan? haha. bagi zureen kalau dah ada kereta, jam tangan, shades, hand bag dan shoes, orang tak kisah pun baju apa kita pakai. asalkan ada kelima-lima subjek tersebut. kan perempuan? hehe.

okaylah. malas nak bebel banyak-banyak. jom kita tatapi sedikit tentang kereta yang bakal dikeluarkan oleh Proton iaitu Proton 5 bersaudara. sebenarnya cambest je dorang pakai nama ni kan? sifat kemelayuan dan keMalaysiaan tu nampak sangat! tu yang cambest je kereta ni. bila nama dah cambest, apa kata kita tengok dan belek-belek gamabar kereta-kereta ni sat. :)


 yang ni Proton Lekir. Cantik kan? body dia. fuh! kalau si Lekir ni 'betina' dah sure kena ayat kereta lain. mantaplahh!



 yang ni proton Lekiu. my mom fav! haha. nampak sporty katanya.



yang ni pula Proton Tuah. nampak mewah kan? tapi design ala-ala Gen-2 pun ada jugak. 



 yang ni Kasturi. =)


 dan yang ni Proton Jebat.

anda rasa kereta-kereta ni lawa tak?

BOLA : siapa Brendan Gan?




haha. ish. bukan boyfriend baru zureen ni. dia ni merupakan pemain bola yang digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Malaysia! Menurut sumber, Brendan Gan merupakan pemain Liga Australia di mana beliau beraksi bersama kelab professionala iaitu Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan. 

Ya. beliau merupakan warganegara MALAYSIA!
zureen tahu pasal benda ni pun dari laman fanpage facebook. berminat? klik SINI


ya. nampaknya pihak FAM seperti tidak bersetuju untuk mengambil pemuda berbakat yang berusia 22 tahun ini. ternyata keturunannya dipersoalkan. 

''Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia''
- OFFSIDE SANGKUNANG

Brendan kata ''My inbox on Facebook is overflowing with messages from Malaysian fans who want me to come and play for them,'' he said. ''There's been no contact so far from the Malaysian FA but I'd definitely be open to it.''

Gambar di bawah merupakan pandangan rakyat Malaysia terhadap pemain ini dari laman facebook :  


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

dan yang ini pula merupakan maklum balas daripada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek :


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

pandangan peribadi zureen : kenapa nak halang dia dari berkhidmat untuk negara dia sendiri?  

TERCALON untuk Blog Baru Pilihan (2010)

okay. lepas iron baju papa, buat penguin walk kat blog pilihan malaysia 2010! yes. tengok perkembangan terbaru! dan nampaknya, blog zureen yang sangat-sangatlah tak seberapa ni tersenarai. hihi.

klik untuk BESARRRR PUNYEEE
okay. tarik nafas! yes. haha. seperti mana yang anda semua saksikan, ada 3 bulatan di atas. hihi. saje je sebenarnya. nak promo sikit! (psssst ayeem! zai! bak sushi seguni pasne okay?) em. bulatan pertama tu of course lah zureen punya blog. yang bulatan kedua tu, ayeem ayam punya! takkan tak kenal kan? heh~ yang bulatan ke-3 tu adik zai punya blog. hihi. yang lain-lain tu zureen kenal. dah buat penguin walk pun kat blog mereka. kalau bulat-bulat semua kang pening lak nak baca. heh~ btw, untuk semua yang ikut, wish ya'll da best! lebiulah!!

nak tengok sama ada blog anda tersenarai untuk Blog Pilihan Baru 2010? klik SINI.

bye.

zureen masuk DEWI REMAJA?

dem! dem! awal sangat terbangun hari ni! yes! awal sangat! grr! baru saja mahu main kuch kuch hotak hang ha ta hai dengan Cristiano Ronaldo tadi. potong steamboat stim betul lah! kui kui kui (120 juta kali). apa nak buat pagi-pagi buta ni? nak jogging? mak aiii. tak pasal-pasal pontianak harum sundal malam kejar nanti. awal sangat ni. matahari pun tak nampak lagi.

Apa pasal lah terbangun awal sangat ni? dah elok-elok mimpi dancing-dancing dengan CR, tiba-tiba terjaga pula. alahaiii. dah laa peluang kecemasan keemasan macam ni susah nak dapat! grrr! dah lama tak mimpi. memang jarang sangatlah mimpi-mimpi ni. yang zureen tahu, tidur, bila bangun, mesti dah pagi. ish-ish.

bila cakap pasal mimpi, adalaaa satu hari tu zureen mimpi masuk DEWI REMAJA (pulak!) haha. memang nervous lah! zureen ingat lagi juri tu tanya :

soalan pertama.
''jika awak diberi peluang untuk meluangkan masa 1 hari dengan mana-mana selebriti tempatan, selebriti yang manakah menjadi pilihan anda?''
''oh! sangat dem best soalan yang tuan juri bagi dekat saya! haha! mestilah saya ingin meluangkan masa dengan Lisa Surihani!''

pastu, juri tu tanya sambil menggesel-gesel pen stabilo dengan jari, ''adakah awak lesbian?''

zureen marah! ''homaigoat!!! saya masih waras encik! encik nak kena cepuk dengan heels saya ni ke? saya nak hangout dengan Lisa Surihani sebab saya tengok dia sempoi je. dari TV nampak macam tak sombong je. lagipun, boleh laa saya minta nombor telefon Cristiano Ronaldo Awal Ashaari ke, Farid Kamil ke, kan? kan?''

soalan kedua.
''jika awak diberi peluang untuk mengucapkan kata-kata cinta dekat saya, apa yang awak nak lafazkan?''

memang nak kena hempuk dengan enjin Honda CRV dia ni. ''saya akan kata, u are so damn stupid! (sambil gelak-gelak)''

soalan ketiga.
''jika awak diberi peluang untuk dating dengan saya. adakah awak akan terima?''
''tak. saya tak sudi dan tak hendak pun!''

mak aihh! ada jugak mimpi macam ni kan? btw, anda semua nak tahu tak siapa juri tu? haha. juri tu adalah pak arab yang pernah masuk entri zureen dulu. klik SINI kalau nak tengok (lepas klik pegi kotak PINK tau). patutpun gatai semacam. kui kui kui (120 juta kali).

oh dem! zureen lupa nak iron baju papa! dah pagi dah ni. bye semua! chow!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive