blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, December 02, 2010

25 things that you SHOULD KNOW about me

Saya telah di tag oleh Cik Mun.
terima kasih cik mun sebab sudi tag zureen.
kebetulan memang tengah cari aktiviti ni. hehe
 
"you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you . at the end, choose 25 people to be tagged. if i tag you, its because i want to know about you."

Family and basic things:
anak sulung daripada 4 orang adik-beradik
umur papa 48
umur mama 41
umur zureen 19
zureen ada 13 ekor kucing ;)

On blogging:
Dah ada blog dalam bulan september 2008 tapi TAK AKTIF
Kembali AKTIF dan KUMPUL FOLLOWER pada october 2010
Suka main komen-komen
kalau tak rajin jadi silent blogwalker
teringin nak buat flash dalam blog tapi tak reti =.=''
 
Random:
Ada gigi arnab. haha!
agak rendah dan kecil saja orangnya
bunga dan cokelat, i prefer cokelat! :P
suka decorate dan ubah suai bilik tidur!
sangat-sangat desperate mahukan MACBOOK!

Friendship:
Ada 4 orang BFF time kat kampus ni - Amri Ashraf, Chia, Ameerul, Andy
Ada 3 orang GIRLFRIENDS - Chia, Rynnora, Michelle
Pernah diPULAU bestfriend time form 4  ='(
kawan lelaki suka ejek gigi arnab zureen. hoho.
tapi, ramai kawan lelaki nak usha zureen. ejek ada makna tu kan? haha!

Love life:
Amri Ashraf
baru setahun lebih
dia best, sporting, KACAK!
dia pemain bola
tinggi : sangat sesuai dengan saya yang rendah ni =.= haha!

tag 25 orang?
SEMUA FOLLOWERS! yeah!

OHHH MACBOOK!

penat berangan.
macbook tetap takde dalam tangan.
haih.

=.=''

Wednesday, December 01, 2010

KHASIAT yang anda TIDAK TAHU tentang BUDU


  1. Budu merupakan makanan tradisional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
  2. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat : Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
  3. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
  4. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
  5. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  6. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
  7. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
  8. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. 
  9. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
  10. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon
  11. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. 
  12. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
  13. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang disarankan oleh National Cancer Research. 

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. 

Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

JOM LAYAN BUDU! =)

p/s : encik amri, balik Sabah nanti bawa budu untuk saya oke? hihi.

Photo Addict Contest!

Okay.
zureen ikut contest lagi.



Syarat :
1. mesti jadi follower cik yuyu untuk memeudahkan anda mendapat info terbaru tentang contest

2. Letak banner contest pada ENTRI dan SIDEBAR selama rempoh contest ini berlangsung dan 'link'kan banner tersebut kepada entri cik yuyu yang berkenaan dengan contest tersebut.

3. upload HANYA SATU keping anda seperti contoh di bawah :

gambar individu atau;
upload satu gambar tp kat dalam gambar tu ada gambar banyak-banyak macam di atas atau;

gambar anda bersama orang lain :)

*note* gambar ori or gambar yang telah di'edit' diterima :) diikuti dengan entri anda yang bertajuk ''saya/wa/aku/gua suka gambar ni sebab... (coretkan kenapa anda suka gambar anda)

4. tag 3 rakan anda

5. tinggalkan link anda si ruangan comment bog cik yuyu! <<--- klik untuk ke sanaaaa!!!

INFO !!
tempoh contest : 14 nov 2010 - 27 dis 2010
hadiah : rahsia.. (hadiah semestinya menarik)
hanya seorang pemenang akan terpilih berdasarkan huraian 'saya suka gambar ni sebab...'

-----------------------------------------------------------


klik untuk BESARRRRR punye!

okay. start buat karangan.

TAJUK : SAYA SUKA GAMBAR INI SEBAB...

            zureen suka gambar ini kerana zureen merupakan seorang kanak-kanak riang yang suka bergambar. tak kiralah orang ambil gambar atau tangkap gambar sendiri. untuk pengetahuan anda, gambar-gambar yang zureen tak suka sudahpun dipadamkan daripada kad memori. oleh kerana itulah zureen suka semua gambar-gambar yang zureen ambil (confirm BM gagal! haha). Sambung lagi. Sepertimana yang anda boleh saksikan di dalam gambar yang zureen pilih tersebut, terdapat makhluk kecil berada di belakang, dalam setiap gambar zureen. bertenang! beliau bukan toyol. beliau merupakan adik perempuan zureen. masih menanti cinta. jika berminat, hubungi zureen. haha! baiklah, kesimpulannya, zureen memang suka bergambar gila-gila macam ni. inilah zureen! yehhhhaaaa!


ditag kepada :
si cantik yang suka join contest - nieza :)
semua ahli WASABER!
dan semua follower/bukan follower :)

Tuesday, November 30, 2010

RAKYAT INDONESIA MENGHINA MALAYSIA DI LAMAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FACEBOOK)

salam.
jam 9.14 pm tadi.
ada inbox dari laman Facebook menyatakan negara kita dikutuk KAW-KAW punya oleh rakyat indonesia.
hati siapa yang tidak terguris jika melihat ayat-ayat yang agak menyakitkan hati ini dilemparkan ke atas negaraku tercinta - MALAYSIA.

ya. perkara ini seharusnya tidak dipandang enteng.
zureen harap, mereka-mereka yang lebih berkuasa dan berpengaruh bolehlah bawa perkara ini ke tengah. jangan senyap dan biarkan pencaci-pencaci negara kita ini terus berkelakuan sedemikian.
KITA PUNYA MARUAH!

zureen merupakan fan kepada fanpage ini. dan anda boleh lihat sendiri apa yang rakyat indonesia buat.






klik untuk ke fanpage FAM : PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA



MENGAPA PERLU BEGINI?

UPDATE : 
LAMAN FAM TELAH 'DIBERSIHKAN' DARIPADA ANASIR-ANASIR JAHAT INI. 

penjaga gol hensem yang TERLAMPAU!

salam.
zureen akan berkongsi sedikit cerita dengan anda mengenai penjaga gol hensem yang terlampau.selamat membaca! =)



suatu hari di sebuah stadium bolasepak yg sangat sesak, terjadi rusuhan antara penyokong. seorang ibu yg sedang menggendong bayinya panik dan kebingungan mencari cara agar dia dan bayinya selamat keluar dari stadium.

ada seorang pemuda yg melihat ibu tersebut dan berniat ingin menolongnya, kemudian dia menyuruh ibu tersebut agar membaling bayinya kepadanya.

Pemuda : baling bayi itu dan saya akan menangkapnya.
Ibu        : Tidak, kamu tidak dapat menangkapnya. bayi saya akan jatuh dan mati.
Pemuda : saya akan menangkapnya, saya ini keeper hebat di sebuah kelab bolasepak.
               Tidak satupun pemain dapat jaringan gol apabila saya menjadi keepernya.
Ibu        : Tidak satupun? kamu tidak tipu kan?
Pemuda : Saya tidak tipu, cepat baling bayi itu.

Dengan sedikit ragu-ragu, ibu tersebut membalingkan bayinya kepada pemuda tadi. Kerana ragu-ragu, balingannya sedikit berputar dan ibu tersebut takut bayinya jatuh. Namun, dengan cekap, pemuda tadi menangkap bayi itu dgn tangan kanannya. Kemudian meletakkan bayi tersebut di tanah, dan mundur sejauh 2 meter lalu menendang bayi itu sejauh 60 meter.

Moral : jgn bawa bayi anda ke stadium bolasepak.

haha.

dia FANATIK zureen kot?

salam.
sebelum anda semua membaca entri yang mungkin agak sensasi untuk dibaca ini,
zureen mengucapkan terima kasih di atas kesudian encik arab memuji-muji zureen.
sehinggakan zureen tak tahu nak reply apa dah~
haha.

sementara zureen menunggu encik Sushi balik dari hangout bersama rakan-rakannya, zureen membelek-belek juga laman facebook zureen.
pada mulanya memang malas nak reply mereka-mereka yang menegur di laman chatting.
sehinggalah....

mungkin topik yang berjaya menarik perhatiana zureen untuk membacanya. haha!
dia dah mula puji lebih-lebih. haha!

apa motif eh?

LOL!

wahh.. macam magnet kan? hahah!

moon tu berkawah laa kawan! hoho~ =.=''

okay. dia dah introduce himself dah..

tapi mula nak puji-puji balik.. adess =.=''

thank GOD :D
lepas tu senyap. malas nak layan.
heh.
nak kawan boleh, zureen takde hal.
tapi jangan laa sampai nak mengayat-ayat macam ni.
puji lebih-lebih.
rasa tak selesa oke?
=.=''


''some beauty
some have red face with so sexy looking
some have amazing lips
how many face's do u have
hehehe
u have beauty eyes''
yang tang sexy tu yang tak leh blah! haha!


THE END.

Monday, November 29, 2010

TOP 10 : pemain bola yang dibenci peminat!

Salam.
seperti yang dijanjikan, zureen akan berkongsi dengan anda senarai pemain yang termasuk dalam 10 pemain bola yang tidak digemari peminat. adakah idola bola sepak anda tersenarai? check it out!

p/s : dialog rekaan semata-mata. hahah!

10. EL HADJI DIOUF
Diouf : Kau ingat kau putih dari aku bini aku akan jatuh cinta dengan kau ke?

merupakan pemain yang sering membantah dengan meludah secara 'dahsyat'!!

9. LEE BOWYER
Bowyer : okay. kita settle dengan baik. bagi kereta ferrari awak baru saya mengalah oke?

merupakan pemain yang sering-kali didakwa di mahkamah suatu ketika dahulu. Beliau sememangnya pemain yang tidak disukai pelbagai pihak. opsss! correction! BANYAK pihak! :)


8. EMMANUEL EBOUE
Eboue : Pi ^%%$# lah ref! pi &%$$! pi *^%$$!! ish-ish.


peminat Arsenal juga kebanyakkannya tidak meminati pemain ini. Seringkali mengeluh dan membuat aksi-aksi terlampau jika permohonan free-kicknya tidak diendahkan oleh pengadil perlawanan. Bad attitude kan?

7. JOHN TERRY

Terry : (berlakon) Aduhhh.. sakitnya! takde sape nak tengok ke ni?
Entah kenapa. tapi kebanyakkan peminat-peminat bola sepak tidak menggemarinya kerana dia merupakan seorang pemain yang suka ke kelab malam. =.=''

6.CRAIG BELLAMY
Bellamy : eh? kenapa aku tak kena suka pulak?

5. ROBBIE SAVAGE
Robbie : Terima kasih kepada ibu bapa kerana merekalah yang mendidik saya bagaimana untuk berlakon dengan baikk!


Dikatagorikan sebagai pemain bola yang pandai berlakon. cara-cara beliau menyampaikan lakonannya penuh penghayatan. ceyy! sehinggakan beliau dikenali dengan 'best actor!'

4.  JOEY BARTON

Joey : rasakan bau nafas aku! hambik kauuu!

3. CRISTIANO RONALDO


Ronaldo : hey, aku tak kena bagi free-kick ke even aku terkangkang macho macam ni?

siapa yang tidak kenal dengan 'pemain licik' ini kan? sememangnya lakonan beliau untuk mendapatkan free kick tersebutlah yang membuatkan beliau tidak digemari dan berada di tangga yang ke-3.

p/s: zureen tetap minat dia walau apapun terjadi! LOVE U CR!

2. ASHLEY COLE

Ashley : eee.. abang ni, sepak-sepak bola kena dada i.. menci tauuu!

hanya nombor dua! maaf Cashley, anda tidak sehebat no. 1 dalam 'most hated player' ni.. ;D

1. DIDIER DROGBA

Drogba : hey, kau jangan main-main. kang aku report kat bini kau! =)

dan sememangnya tempat pertama! memang layak kan? tepuk tangan sikit! hehe. drogba merupakan pemain bola yang sangat-sangat cerewet dan suka membantah keputusan referee. dia ingat dia hebat lah tu kan?

''his petulance, epitomised by that rather unseemly slap on Nemanja Vidic in the Champions League final. that's why everybody hates him''

okay.  berdasarkan analisis di atas, kita boleh lihat sendiri bahawa 3 pemain dari team Chelsea tidak digemari peminat bola sepak. sedangankan, tiada seorang pun pemain dari team Man United tersenarai di dalam top 10 pemain bola yang dibenci peminat. ;)

CHELSEA tetap loser!

BYE.

contest : Mata Paling Menawan

Contest ni mudah saja.
  • pilih gambar kalian dengan pose mata yang paling menawan korang rasa [boleh edit la sikit-sikit]
  • kalian buat entri pasal contest ni dengan tittle : Contest Mata Paling Menawan
  • buat satu perenggan : kenapa anda rasa mata anda menawan ?
  • letakkan banner kat side bar & masukkan link entri miss lelayang
  • selepas tu ... letakkan link entri yang anda dah buat dekat entri miss lelayang
senang kan ? nama pun contest pertama laman blog saya ne ... 
syarat-syarat penyertaan ialah :
  • anda WAJIB menjadi follower LAMAN CONTENG MISS LELAYANG <<--klik!
  • terbuka kepada blogger perempuan dan blogger lelaki
  • tarikh tutup : 5 Disember 2010 [sebelum pukul 12.00 malam] hehe 
  • 2 pemenang akan diambil bagi setiap kategori
hadiah ? tak menjanjikan iphone-BB-ipad-Apple-MacBook
jom kawan-kawan cuba nasib !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okaylah. zureen memang suka ikut contest-contest ni. haha! 
kenapa zureen rasa mata zureen menawan? salah satu syarat nak ikut contest ni kan? em.. jap-jap. zureen rasa mata zureen menawan sebab kawan-kawan, family dan abang sushi zureen kata mata zureen lawa. haha! sumpah tak tahu nak tulis apa satu perenggan ni. haha! mungkin juga sebab zureen ikut mata mama zureen, that's whylah menawan. like mother, like daughter kan? tapi kan, encik sushi saya kata ni :

''mata zureen menawan sebab nampak bulat, besar, pakai contact lens, bulu mata panjang, pakai maskara dan mekap''

serius, pendapat encik sushi buat zureen GERAM! haha. suka buli =.=''

THE END

ditag kepada :

ronald
amnie
nekochan ^^
hani
ahli WASABER!!
semua followers dan bukan follower! jom!

ARGHHH! JERAWAT!

bencinya! bencinya!
dahlaa nak pergi vacation!
ada pula si jerawat yang tak diundang kedatangannya ni!
ngeee~~~

dah laa tumbuh pun sejibik je.
bikin panas betul! 
cuba laa tumbuh kat kawasan-kawasan tersorok sikit.
celah kuku ke, celah ketiak ke,
so, orang takkan nampak!
ni tak.
kat batang hidung jugak nak tumbuh!
hish! =.=''

tapi biasalah nak tumbuh hujung-hujung bulan ni..
mesti nak datang bulan.
hoho~



okay, walaupun zureen tak suka jerawat, tapi zureen taklah sampai nak pulau mereka-mereka yang ada jerawat kan? tak patot! zureen tak suka bila dia tumbuh kat muka zureen je.Tak ada siapa pun yang meminta supaya wajah mereka dijerawatkan. Apa yang harus kita lakukan adalah belajar dan memahami jerawat agar kita boleh menjadi jururawat kepada jerawat kita sendiri.




tapi kan, tak silap zureen lah kan..
lelaki lebih suka perempuan yang ada jerawat sikit-sikit kan?
orang kata, jerawat tu pemanis wajah.
betul?

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive