blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, November 13, 2010

mereka rebutkan khairul fahmi che mat! hihi.

salam.
siapa KHAIRUL FAHMI CHE MAT?
siapa?
haha.

untuk pengetahuan semuam kahirul fahmi che mat merupakan penjaga gol kebangsaan.
ya. dia kacak!
muka macam Jepun.
hihi~



macam jepun kan?hihi


walaupun ada sedikit kontroversi berkenaan dengan perlawan Malaysia menentang China, namun semangat perjuangan pemain-pemain Malaysia perlu dipuji!
bayangkan, 3 layangan kad merah, tetap tidak meruntuhkan semangat juang anak-anak muda ini. kita perlu bangga!

mungkin nasib tidak menyebelahi mereka kan?
tapi, kalau ikut perasaan, nak je kutuk referee malam tu..
tak puas hati langsung!

okaylaa..
berbalik kepada tajuk entri di atas.
anda boleh saksikan conversation yang telah zureen lakukan dengan rakan-rakan sengal di laman facebook. bagi peminat-peminat setia KHAIRUL FAHMI, sila jangan maki kami laju-laju. haha.






apapun, saya minat lelaki yang boleh main bola.

okay. itu saja. haha. sambung study.

HEY SI CEMBURU! BACA INI!

Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.

SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. info di bawah merupakan 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

''sayang pergi mana? kenapa tak reply msg i?''
''i g buang air besar laa tadi sayang.. tak sempat nak bagitahu..''
''ahhh! u ada je alasan! u ada perempuan lain kan?''
''astaghfirullahh.. sumpah! takdee sayang... betul ni.. i pergi buang air besarrrr...''
''alasan!!!''

*tuuuuuuuutttt.. (handphone dimatikan)

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

* Sering melemparkan tuduhan
''you pergi makan ke, pergi shopping dengan perempuan lain ni?''
''you ada affair dengan janda tu kan?''
''you ada skandal dengan dia tu kan?''
''you tipu i kan?''
''you beli kerongsang tu untuk awek baru you kan?''

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.

Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

* Cuba mencari kesalahan anda
''semalam you pergi mana?''
''i pergi tengok bola dengan kawan-kawan i..''
''kawan-kawan you? ada girls tak?''
''ada..''
''zureen kan?''
''yes.. why?''
''mesti you ada affair dengan dia kan? mesti you belanja dia makan kan? mesti you manja-manja dengan dia kan?''
''heyy.. kiteorang ramai laa.. kalau i ajak you pun, you bukan layan sangat bola ni..kang tak pasal-pasal time match tengah rancak, you suruh i hantar you balik..''

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

* Sanggup bunuh diri
''kalau you tinggalkan i, i nak bunuh diri!''
''jangan gelak, i serius, i nak bunuh diri!''
''i makan panadol banyak-banyak!''

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

* Sentiasa ingin bersama
''you.. teman i pergi shopping nak tak?''
''alaa.. you ajaklaa kawan-kawan you.. i busy nak study ni sayang..''
''see..ada je alasan you bagi! kawan-kawan you tu pun, bukan boleh percaya sangat! entah-entah bukan nak study, tapi nk buat benda lain!''

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti sosial
''sayang, jom kita pergi birthday party kawan i..''
''what? nak buat apa pergi sana?''
''alaa.. having fun..''
''no need lah sayang..''
''come on laa sayang.. bukan selalu dapat pergi party..''
''kalau you sayang i, you tak payah pergi''

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

* Wartawan dan polis
''wahhh.. lambat you call hari ni? pergi mana?''
''main futsal, lepas tu lepak-lepak jap..''
''dengan siapa? ada perempuan tak? tauke gerai tempat you lepak tu perempuan ke? peaanggan kat situ ramai perempuan tak? ada yang pakai baju seksi-seksi tak?''

Sekiranya terdapat tindak-tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

* Suka buruk sangka
''you.. dah lama you tak belikan i baju..''
''i tengah kumpul duit ni sayang..''
''nak kumpul duit nape? ni mesti nak enjoy dengan kawan-kawan you kan? tak pun, dengan skandal you!''
''tak laaa...''

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan  bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan
''eh.. apa you buat ni?''
''i nak tengok.. ada gambar perempuan lain tak kat dompet you  ni..''
''takde.. yang ada pun gambar monyet i..''

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering
*ringging tone handphone : super junior-no other.

''hello? siapa ni?''
''hello? ada ronaldo tak?''
''ada.. ni perempuan mana pulak yang call dia time-time kiteorang tengah dating ni?''
''ni umi dia laa..''
''oooo....'' <<-- malu suda~

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.


HEY LELAKI! BACA INI!

AMARAN : ya. entri kali ini juga penuh dengan tulisan.

Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu
lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam… ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!

LELAKI TAKUT KOMITMEN
Personaliti:
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

LELAKI RASIONAL
Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.

LELAKI KONSERVATIF
Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.

LELAKI HIPOKRIT
Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!

LELAKI ANTI PEREMPUAN
Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan
lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.

LELAKI PLAYBOY
Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut `manis’.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.

LELAKI BERWAWASAN
Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh  ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

jadi, yang mana satu ciri-ciri kamu?
=)

Friday, November 12, 2010

shin chan pilihan hati!

salam.
sudah pasti anda semua pernah mengalami zaman budak-budak kan?
(padahal, sekarang pun masih rasa macam budak-budak lagi.. ceyy!)
baiklah, jika anda masih ingat, kongsikan 5 cartoon favourite zureen!
check this out!

tempat KETIGA!!!

DETECTIVE CONAN

yes!
kartun ni memang best!
kes-kes yang diselesai pun.. fuhh!kadang-kadang kita pun tak tau nak selesaikan macam mana. rasa-rasa lagi rumit daripada soalan exam! haha! yang bestnya, kalau tekaan kita betul - tepat meneka siapakah pembunuh sebenar! rasa macam kita yang selesaikan kes pulak kan? lagi satu, kes pembunuhan dalam cerita kartun ni memang takda dalam dunia! orang tak boleh buat! jangan rujuk cerita ni nak buat kes sudah laa ye? :p



tempat KEDUA!!!

DORAEMON

let's sing together :

an-an-an..
totamo daesuki!
doraemonnn..

haha. comel kan?
okaylah, alangkah bestnya jika DORAEMON ni betul-betul wujud kan?

''doraemon.. boleh bawa zureen pergi Old trafford tak? lepas tu Liverpool? lepas tu Chelsea? lepas tu...''
lalu, Doraemon yang comel pun kata, ''boleh! PINTU SUKA HATI!''

''doraemon, zureen malas mahu study. boleh bagi pen ajaib tak? zureen exam minggu depan. boleh tak?''
''boleh! PEN AJAIBBBBBBB...!!!''

''doraemon, boleh zureen tahu dengan siapa zureen kahwin nanti tak?''
''boleh!! MESIN MASA....!!!''

haha. bestkan? tak payah buat apa pun. cuma berikan doraemon tersebut kuih dorayaki je. kan? kan? tapi, susah juga kalau doraemon ni wujud. yalah, if doraemon wujud, mesti kita dah malas nak usaha. tapi, ada doraemon tetap best! best! hihi.





tempat PERTAMA!!!

CRAYON SHIN CHAN!!!

yeah!!
haha.
kenapa suka kartun ini? entahlah, tingkah laku dia yang nakal sangat-sangatlah mencuit hati. dah laa kepala macam rooney, comel sangat! hihi. lagi satu, walaupun dia suka menari-nari dengan punggung dia (kartun ni memang tak sesuai dengan budak-budak bawah umur kot?haha) perlakuan seperti itulah yang mungkin mencuit hati untuk tergelak. haha. tapi sikap terlalu nakal shin chan ini tak boleh dicontohi tau adik-adik? :)

  KORANG SUKA KARTUN APA PULA? 
=)

you tagged me BEN10!!!!

salam.
thanks tu hadi@ben10 kerana sudi men'tag'kan diri ini.
berikut merupakan soalan-soalan yang diberi oleh hadi kepada zureen.
nak tahu apa?
check this out!

3 perkara yang menakutkan saya : 
1. lipas
2. exam
3. lumba lari! haha.

3 'mereka' yang membuatkan anda ketawa :
1. family
2. amri ashraf
3. kawan-kawan

3 perkara yang saya benci :
1. lipas lagi!
2. anak lipas!
3. ahli keluarga lipas!

3 perkara yang saya tak faham :
1. kenapa ahli keluarga lipas ni suka saya?
2. kenapa beliau suka bawa kereta laju-laju sedangkan beliau sudah tahu banyak kucing peliharaan saya?
3. kenapa saya begitu perlukan MacBook??!!

3 perkara yang saya lakukan sekarang :
1. main mekap-mekap. haha.
2. SMS mama n amri ashraf.
3. duduk dalam bilik yang gelap san sejuk. best!

3 perkara yang saya mahu lakukan sebelum 'pergi' :
1. bertaubat.
2. mahu hantar papa n mama p naik haji
3. mahu beli rumah :)

3 perkara yang saya BOLEH lakukan :
1. main dengan kucing tanpa rasa bosan.
2. duduk 24jam depan lappy even my lappy's screen is already flickering!
3. nyanyi seberapa banyak lagu yang boleh! haha.

3 perkara yang saya TAK BOLEH buat :
1. makan lipas!
2. makan anak lipas!
3. makan ahli keluarga lipas!!!

3 cara untuk menggambarkan personaliti saya :
1. manja
2. banyak mulut
3. happy go LUCKY!

3 person i want to tag :
1. jaennica
2. nekochan~
3. firdaus

gaya TIDUR dan PERSONALITI :)

salam.
ya.
lagi info.
gaya tidur kita sering dianggap satu perkara yang lumrah.
namun, disebalik style-style tersebut sememangnya mempunyai maksud yang tersendiri.

Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala.

wah. ada style! macam di tepi pantai pula kan? hihi. memang ada individu yang tidur begini. selesa kononnya. rasa seperti di awang-awangan.haha okay, bagi mereka yang tidur begini,kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut.

ni mesti takut hantu! haha. bukan, kebanyakkan mereka-mereka yang tidur dengan style ini merupakan mereka-mereka yang suka tidur dalam keadaan yang sangat gelap! jika kamu tidur dengan style begini, kamu merupakan individu yang sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang.

wah! ni lagi satu! memang style! bukan setakat seolah-olah berada di pantai, malah seolah-olah seperti orang kaya! ceeyyyy! Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk (macam baby! comel..)

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

wahh.. style ni, kalau anda cuba nmemang rumit! betul! serius!! cubalah. haha. okay, bagi mereka yang tidur dengan style ini,kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

Tidur meringkuk di satu arah

Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

jadi, mana satu style tidur anda?

keterlaluan!

salam.
ya. post kali ini juga sememangnya keterlaluan.
hihi.

kali ni, zureen akan ceritakan serba sedikit tentang my 'lil bro'
yes! 'lil bro'!
sebab takda topik lain, kena post pasal ni lah~
hoho.

muhammad nazreen atau lebih mesra dengan panggilan ajie,
sememangnya sangat suka ketawa (even benda tu langsung tak menimbulkan unsur-unsur jenaka!). entahlah, dia memang begitu.

sangat comel dan suka main PS2!
tapi tidak pernah mengabaikan waktu study. that's why dia ni pintar sikit (bukan macam kakaknya!) bhahahaha~

okay. persamaan kami?
SANGGUP tidak tidur tunggu match bola!
yeah!
tapi last-last, dia tertidur juga. hampeh!!
then, kami suka main badminton.
selalu main badminton petang-petang.

dan.
last but not least,
kami suka MAKAN!
yeah!
tidak kontrol makan sebab dua-dua pun kurus!
haha.

gambar di bawah adalah gambar kami makan cheese cake sempena bibi's 11th birthday! :)

 cheese!!!!
 sedapkan?
 ni laa yang keterlaluan! haha. maaf.
 ehh.. see-see. sangat suka ketawa even zureen tengah take picture!
 maaf, comot sikit.

:)

Thursday, November 11, 2010

benda yang zureen akan buat

salam.
mungkin entri ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak begitu berminat dengan bola sepak. atau,
tengok tajuk entri mungkin masih tertanya-tanya
tapi, bila dah tau, pasti ada yang rasa dah rasa tak nak baca. atau,
meluat.heh~

ya.
haha.
entri kali ini adalah berkaitan dengan tebiat semasa menyaksikan perlawanan bola sepak! sebanarnya, ada perkara-perkara yang wajib berlaku semasa menyaksikan apa-apa bentuk perlawanan.

kalau zureen,

1. MAKAN/MINUM

apa-apa perkara yang ditonton pun,even bukan perlawanan bola sepak, zureen tetap dengan makanan-makanan/minuman zureen. hihi. maaflah, zureen memang begini. kuat makan. gemuk saja tidak! hihi. best kan? dengan tabiat makan inilah yang boleh membantu zureen untuk mengurangkan sedikit rasa nervous semasa melihat perlawanan bola sepak. tapi, kalau sudah goal, tetap mahu menjerit. even mulut masih penuh dengan makanan. hihihi.

2. GIGIT KUKU

seperti pemain bola sepak (yang berada di barisan simpanan), camera selalu fokus kepada pemain-pemain yang menggigit kuku! ya! begitu juga dengan zureen. especially kalau tengah menyaksikan team kesayangan menentang team yang hebat-hebat. tambahan pula, waktu itu mereka berbalas-balas serangan! mahu taknya kuku zureen habis zureen gigit! haha. benda ni tak boleh kawal tau! kalau zureen nervous ja, mesti kuku jari ni jadi mangsa. lepas gigit, boleh trim balik. buat cantik-cantik, kan? jangan gigit kuku kaki sudah laa kan? haha.

3. MENJERIT

''goaaaaaaaaaalllll....!!!''
''argggghhhhhh.....!!!!!!!''

jangan hairan jika kedengaran suara perempuan menjerit seperti itu. haha. bila dah nervous, tambah dengan tabiat menggigit kuku, bila dah kemuncak tu, pasti akan menjerit! haha. yes, automatik! tu laa.. kalau nak ajak dating, zureen prefer gerai-gerai biasa ja. di sana, nak jerit macam mana pun orang tak kisah. hihi. kadang-kadang, zureen menjerit diiringi dengan gaya sekali tau! contohnya, if tak goal, zureen akan pegang kepala (seolah-olah macam zureen pulak yang tendang bola tu kan?). over betullah zureen ni! haha.

4. SILANG JARI

mesti anda semua tertanya-tanya macam mana nak silang jari ni? untuk apa? haha. entahlah, zureen pun tak pasti. benda ni zureen akan buat bila corner kick, free kick (dekat dengan goal), ataupun penalty kick. senang je nak buat. hanya perlu silangkan jari telunjuk dan jari tengah dan berdoa agar goal. haha. pelik kan?

5. KOMEN

''eee... kenapa laaa tak pass kat rooney!''
''astaga.. punya buruk dorang ni main!''
''benci drogba!''
''eee.. hensemnyaaaa...''

haha. tu antara CONTOH komen-komen yang zureen buat. tidaklah seprofessional pengulas sukan bola sepak. haha. yang komen bawah sekali tu bukan apa, biasalah kalau perempuan yang tengok bola kan? mesti ada jugak terselit sifat perempuan tu. kalau kita dengar lelaki pulak yang komen macam tu, mesti ada something wrong somewhere kan?

ya, saya adalah gadis yang minat bola!
sanggup tunggu match even pukul 4 pagi.
serius!! 

p/s: awak, bila kita nak tengok bola sama-sama ni? :)


TIPS : gerakkan tulisan anda! hihi.

salam.
ya. benda ni memang comel!

comel kan? comel kan?
bagaimana zureen menghasilkannya?
senang saja! :)

code yang perlu anda tahu :

BGCOLOR="color" → digunakan untuk 'background colour' (tulisan, gambar dan         sebagainya)

DIRECTION="left/right/up/down" → untuk menentukan pergerakan arah tulisan/gambar.

BEHAVIOR="scroll/slide/alternate" → untuk menentukan 'perilaku' pergerakan tulisan/gambar.
Scroll → tulisan/objek bergerak secara 'scroll'
Slide → objek bergerak lalu berhennti
Alternate → objek bergerak dari kiri ke kanan secara berulang-ulang

TITLE='message" → mesej atau tajuk yang ingin disampaikan

SCROLLMOUNT="number" → untuk menentukan kelajuan pergerakan objek. (semakin besar nombor, semakin laju obejek bergerak)

SCROLLDELAY="number" → untuk menentukan masa objek tersebut daripada bergerak (dalam saat)

WIDTH="number" → untuk menentukan lebar objek, dalam bentuk pixel (px) atau peratus (%)


baiklah, sekarang kita cuba menggerakkan objek (berbentuk teks) dari bahagian kanan ke kiri :
copy dah 'paste'kan semua code di bawah ini ke blog anda :

<marquee align="center" direction="left" height="50" scrollamount="5" width="100%">hey-hey. boleh buat tak?</marquee>

hasilnya :

hey-hey. boleh buat tak?
anda boleh menukar arah tersebut dengan cara me'replace'kan perkataan ''left'' yang di'highlight' tersebut kepada : right, up, atau down

okay, sekarang.
kita cuba menggunakan 'background colour' terhadap tulisan yang bergerak tersebut. sila copy dan paste code di bawah ke laman blog anda!

<div align="left"><font face="georgia" color="White"><B><marquee bgcolor="red" width="100%" scrollamount="3" behavior="alternate">contoh saja. cubalah sendiri. hehe.</marquee></b></font></div> 

hasilnya :


contoh saja. cubalah sendiri. hehe

selamat mencuba dan selamat berblogging! 
:)

Happy BIRTHDAY BIBI!

salam.
ya. lepas birthday mama, birthday bibi.
lepas bibi, ajie pula.
bulan november memang bulan bankrupt!
haha.

okay, bibi @ azreenie nazlyeen
baru mencecah 11 tahun.
(tapi, ada boyfriend suda mungkin.haha)
mama kata, ''naa... 11 tahun sudah, mama benarkan sudah kalau mau berboyfriend''

adadah!!!
zureen dulu, mana ada kena benarkan. (tak aci! haha)
umur 12 baru ada boyfriend.
ish. ish. ish.

ya, lagi satu.
bibi ni kuat marah sikit.
darah 'b'
banyak cakap.
ikut kepala dia ja.
so, agak-agak laa bila dah besar sikit ni ye?
haha!!

belajar rajin-rajin.
rajin masuk dapur (jangan jd macam kakak) haha!
rajin bersukan (nanti gemuk!)
kalau mau bercinta tu, bagitahu kakak dulu.
biar kakak tengok okay ka tidak.
haha!
sibuk pula.

okaylah.
nanti kakak pergi beli hadiah.
kira budget dulu.
sebab mahu beli macBook! haha.

HAPPY BIRTHDAY BIBI!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive