blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, November 07, 2010

info terkini kawan-kawan!

salam.

entri kali ini agak serius sedikit.
bila jalan-jalan di sekitar laman facebook tadi, zureen telah di'tag'kan pada satu gambar.

gambar yang cukup bermakna dan perlu disebarkan khusus kepada mereka yang beragama Islam.

klik pada gambar diatas untuk melihat dengan lebih jelas,


terima kasih kepada saudari fairuz azah ezah. jikalau saudara, saudari mahu share benda ini kepada orang lain, silakan. tidak perlu meminta izin. :) 

LOVE ISLAM.

hooray!

salam.

HOORAYYY!!!
 HOORAYYY!!!

 
''mengapakah cik zureen sangat-sangat gumbira- melompat-lompat seperti monyet kegirangan mendapat buah pisang dari dusun buah-buahan cik Joyah ini? menang loterikah?''
''bukan!!!!'' (masih mood gumbira sambil melompat tak henti-henti)
''em..habis tu?''
''team saya MENANG!''
''team? menang?''
''ya. MAN UNITED menang match semalam!''

ceyy! ingatkan apa laa tadi kan? haha. maaf semua. zureen memang begini. entah apa jenis perempuan lah ni kan. nak kata tomboy? jauh sekali! perempuan tetap perempuan. masih comel, ayu, dan manja! (korang muntah tak baca ayat ni?haha)  

berkenaan dengan match semalam, MAN UNITED menentang WOLVES. pada mulanya, zureen tidak gerun, alaaa.. setakat WOLVES kan? (maaf ya fanatik WOLVES). hihi. tapi, bila SIR ALEX menurunkan majoriti pemain-pemain muda, zureen gerun sudah sehinggalah PARK JI SUNG menjaringkan goal.

ya, orang tua-tua kata, jangan takbur! masalahnya sekarang, bila MAN UNITED dan mendahului 1-0, mulalah nak temberang sikit. hihi. post laa benda-benda yang menyakitkan hati ANTI MAN UNITED melalui facebook! haha. 

dan tak lama kemudian, WOLVES pula menjaringkan goal. haa.. mulalah post zureen menjadi bahan di situ. tapi tidak mengapa. sabar. doa. (ceyy!) yalah, MAN UNITED mesti menang supaya perbezaan mata taklah jauh sangat dengan CHELSEA kan?

mujurlah hero pada malam itu PARK JI SUNG menyelamatakan keadaan di mana beliau menjaringkan goal di sata-saat terakhir. apa lagi, mengamuklah mereka (ANTI MAN UNITED)! hihi.

zureen tulis ni pun berdasarkan pahaman zureen tentang bola dari sudut perempuan. kalau zureen ni lelaki, dah sure mesti bagi analisis perlawanan punya! haha. anyway, malam ni, team ABANG HANDSOME menentang CHELSEA and HOPE sangat-sangat CHELSEA kalah! benci drogba! opppps!!! 

apa pun, MAN UNITED tetap di hati. 
GLORY-GLORY.

Saturday, November 06, 2010

saya bukan pelari.

salam.

''kau tak penat ke asyik update je blog kau ni?''
''tak penat pun, kenapa?''
''ya lah.. aku tengok, 1 hari nak dekat 3, 4 post kau kirim..''


see-see. benda ni kan minat. ya. minat! macam jugak cik joyah yang dok hari-hari menyanyi kat dapur tu kan? tak penat ke cik joyah? hihi.

tak mahulah cakap pasal benda tu. zureen nak kongsikan sedikit tentang zaman sekolah zureen. zaman sekolah ni zureen terperincikan dengan acara lari - sukan tahunan yang zureen ikut.

serius, zureen start berlari (woh!) pada umur 9tahun. comelnya ketika itu. lari pun langkah kecik-kecik. hihi.



ya. dua gambar di atas menunjukkan conversation zureen yang bertajuk '' seumur hidup saya, saya hanya 2 kali lari laju-laju di track. saya bukan pelari. sekian.''
haa.. pasal tu lah.. sememangnya, zureen bukan pelari. ikut hati, memang mahu lari. tapi, oleh kerana sering jadi juara (dari belakang), zureen retire! sumpah! penat dan sering ditertawakan. hoho.

tapi, bila dah besar sikit, hati terbuka nak masuk track balik. tapi, resultnya tetap sama. terakhir! haha. nasib baiklah, ada abang handsome yang duduk bagi sokongan dari tepi track. ya, abang tu handsome. macam muka jepun. tinggi! haha.

terima kasih abang handsome :)

think deeply!

How many times do we forgive someone just because we dont want to lose them, even though they dont deserve our forgiveness?

credit to: encik izzat murshidi for this quotes!

mood - MARAH!


salam.

SAYA TIDAK TAHU KENAPA SAYA PERLU MARAH! <<-- wah. tulisan besar ni menandakan bahawa saya cukup marah!

SERIUS, SAYA MARAH!
CUKUP MARAH!
JANJI LAIN, TUNAI LAIN.
WHATEVERLAH!

WALAUPUN SAYA TIDAK JUGA BERAPA MINAT MAHU BERPANAS,
MENYAKSIKAN ACARA BALAPAN (FINAL) TERSEBUT DI KOMPLEKS SUKAN,
TETAPI SAYA RASA SAYA MAHU PERGI JUGA!

KENAPA?
ENTAH!
WHATEVERLAH!

YANG PENTING, SAYA BETUL-BETUL MARAH SEKARANG!

orang tua-tua kata ''jangan terlampau suka, nanti menangis''
ya. betul! semalam saya hepi + suka sangat-sangat sehingga melompat-lompat seperti monyet! hari ni? HAMPEH!

oleh kerana zureen betul-betul marah, lagu utada hikaru tukar dengan lagu LINKIN PARK - WHAT I'VE DONE! rasa betul-betul mood mengamuk ni.

SERIUS!!!
I HATE THIS SO DAMN MUCH!!!!!

happy birthday mama!

salam.
ya. birthday mama.
rasanya 1st time sambut birthday tengah-tengah malam macam ni.
sakit juga perut ni meng'postpone' masa dinner ke jam 12am!
papa punya kerja laa ni! haha

mama yang HOT,
ilove u very strong!
zureen memang degil.
pemalas.
kuat tidur.
im sorry tau.
tapi, zureen tidak melawan cakap mama kan ma? kan? hihi

mama yang HOT,
wish u all the best.
zureen sentiasa mendoakan kesihatan,
kekayaan, kebahagiaan mama.
jangan stress-stress sangat tau.

mama yang HOT,
present tu ikhlas dari zureen.
oh ya! dari encik amri ashraf juga.
dia pun mahu sibuksibuk kasi hadiah.
hihi.



sushi photography : sedap!

sushi photography : kiteorang family biasa-biasa ja. makan KFC cukup. love my family!

sushi photography : ni cium tangan ka, tidur kat tangan mama ni? haha *nakal sikit

sushi photography : sayang mama!

sushi photography : semua steady!

sushi photography : semua macam monyet! haha.

mama yang HOT,
jom pergi spa!
zureen rindu kena urut! haha.

HAPPY 14TH BIRTHDAY! OPPSSS! 41ST ACTUALLY. hihi.
love u!


sushi photography : we are HOT okay? :)




Friday, November 05, 2010

menjelang birthday mama!

salam. ya. malam ni lapar. kenapa?

''tidak boleh makan!''
''kenapa pa? kami adik-beradik kelaparan ni..''
''papa cakap tidak boleh!''
''haaaaa??''

berderai air mata perut kami melihat KFC begitu lazat terhidang di atas meja makan. tapi kenapa tidak boleh makan ya? tidakkah papa kasihan melihat kami berempat ini memegang perut-menahan kelaparan?

''jam 12am baru boleh makan.''
''haaaa??''

sekali lagi, perut kami berempat menangis. uwaaaa!

''tapi, kenapa pula papaku sayang?''
''kan kejap lagi mama sambut birthday. kira kasi penghormatanlah kita ikat perut ini.''
''alaaaa~ macam tu pula..''

yang tu berlaku tadi.
sebelum ni, zureen dan amri ashraf keluar untuk beli birthday present mama! (kononnya laa~ padahal mahu sambut anniversary! haha)

1. bank!
biasalah, student. sebelum shopping or makan-makan, mesti singgah bank dulu. cucuk duit! haha. elaun belum masuk, tak apa. simpanan ada banyak lagi. kononlah!

2. makan!
ya. perkara wajib kalau keluar! haha. tiba-tiba amri ashraf bersuara :

''kenapa nampakk bulat ja ni?''
''what???''
''ya, nampak bulat!''
''ohh nooooo!'' lalu fensan 2 saat. haha


sushi photography : lemon chicken dan kueteow basah

sushi photography : leong foon susu :)


sushi photography : time ni dia tengah membebel. comel kan?



tidaklah, tudung ni kan jenis melekat, so bentuk muka jelas kelihatan. bila senyum, lagilaaa.. B.U.L.A.T!

3. serjay jaya!
tujuan utama! present mama! nak tahu, hadiah apa? stay tuned for another post okay? hehhe.

4. makan aiskrim!

''jom kita makan aiskrim!''
''jom!''
dia 'vanilla' saya 'cokelat'



ya. memang agak comel bila makan aiskrim berdua-duaan begini. sudahlaa hari mendung, sejuk saja. hihi. tapi masalahnya apabila encik amri ashraf begitu tidak mahir dalam memakan aiskrim! comot dan comel! haha.

anniversary day yang simple. tapi ia bermakna. dan, kamu cukup comel dengan baju berkolar berwarna putih itu.

happy deepavali!

salam. ya! hari ini cuti. boleh tidur banyak-banyak. yahoooo! even semua tahu. hari-hari yang tak cuti pun zureen memang tidur banyak. hihihi. maaf, saya memang begini.
haha.

baiklah, entri kali ini kita muatkan tentang perkara yang berilmiah sedikit. ya, tentang deepavali :)

Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum (public holiday!) di Malaysia.

Perkataan Deepavali terbentuk berdasarkan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).

okay. itu pasal deepavali. sekarang kita cakap pasal orang hindu okay? :) ya. mereka semua boleh dikatagorikan sebagai PERFECT! nak tahu kenapa?

1. hidung mancung - original!
2. mata light brown - xpayah pakai contact lens macam saya. hoho!
3. body mantap! yess!
4. kulit cantik - tak payah buat surgery!
5. rambut hitam, lebat! - tidak payah buat rawatan rambut! sebab, tak kira lelaki atau perempuan, rambut mereka lebat dan hitam sangat! nice!!!



aishwarya rai

shah rukh khan

kareena kapoor

shahid kapoor

preity zinta
mereka perfect!

happy 1st anniversary!

salam.
yeah.
happy 1st anniversary.
walaupun tidak dapat webcam, tp still boleh buat benda comel sikit.

yes!
our pic profile!

yang ini saya punya!

yang ini dia punya!

mungkin tidak comel.
tapi agak comel bagi saya! haha
'love' 'you'
hihi.

hope, this realtionship boleh bertahan.
seriously, gaduh banyak! hihi.
saya degil.
saya tahu.
saya minta maaf.
hihi.

dia kuat jeles.
ya.
sangat kuat jeles.
tp, dia jeles pun dia still nampak hensem.
hihi.
lebih-lebih lagi kalau betul-betul tengah marah.
haha!

saya minta maaf.
saya suka tengok kamu marah.
sebab muka kamu nampak comel bha.
hihi.

jangan nakal-nakal.
jangan gatal-gatal.
<3 you.


:)



Thursday, November 04, 2010

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive