blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, April 21, 2011

blog siapa yang merosakkan bahasa ni?


salam. mesti anda semua pernah rasa bengang bila dapat SMS or tengok blog orang or tengok status orang macam ni kan?

"ak sd mkn td.."
"ko x kr ke?"
"jln jm. bggnya ak!"

paling bengang bila ada yang ubah-ubah perkataan. contohnya, tambah huruf yang tak sepatutnya :

"kaw bwat apew har? aque sangat sebuk niw"
"aq rasew nak ngunyah kepsi jew"
"bilew kitew nak datink ni ucuk? ai rinduw sangat laa kat yuw"

mak aihh! lagi parah bila tulisan dia kejap kecik, kejap besar :

"KaW sUkE tAk DeNgAn EnCik HaMzAh IaN tU? eE.. dIa KaN sUkEw PemPuAn SekSi jEW.."
"aKuW tAq SukEw LAa DeNgAn BlOg Si ** tU.. pErAsAn LaWa!!"

haih. zureen dah tak sanggup nak tulis. lenguh jari-jari ni nak tekan-tekan 'caps lock' haha! kalau dekat SMS takpe. rasa-rasa leh tegur lagi kan? kalau awak blogwalking, lepas tu jumpa orang-orang macam ni. haha. alamatnya, tak singgah lagi laa zureen dekat blog awak.

sebagai seorang bakal pendidik, (ececehhh) walaupun nak ajar seni visual, kita perlu memartabatkan bahasa kita tau. jangan rosakkan bahasa dengan shortform-shortform seperti ni. menyampah nak baca tau tak? bukan maksud zureen nak suruh korang tulis karangan dalam SMS tu. tak. nak pakai shortform boleh, tapi biarlah difahami dan tak annoying oke?

cik sushi : sy suka mkn sushi. awk? (shortform macam ni mudah difahami dan masih menggunakan tatabahasa yang betul kan?) jap-jap. contoh takde kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

saya sayang awak LELAKI LEMBUT!

salam. macam ni lah kalau memang dah tak boleh tidur. sebenarnya, semalam, macam-macam yang berlaku. zureen nak kongsikan sedikit cerita zureen dengan kawan baik zureen. (oke, korang jangan buat muka serius sangat, takut ai! heh~)

zureen ada seorang kawan, sangat baik, suka tolong orang, comel dan sangat talented! memang best laa kawan dengan dia. orang lain pun cakap benda yang sama pasal dia. cuma, ada segelintir orang yang takleh terima cara dia sebab dia LELAKI LEMBUT.

kawan-kawan, lelaki lembut bukan bermakna pondan oke? zureen tak kisah pasal tu semua. yang zureen kisah dan malu sekarang ni, kenapa ada orang yang sanggup menghina mereka ni? helo! mereka juga makhluk Allah. kita sama. cuma sekarang ni, kita kena bantu dia. bukan hina dan caci dia depan orang ramai.

awak semua bayangkanlah, jika awak di tempat dia, elok-elok pergi masjid nak dengar ceramah, dia pula dijadikan contoh dengan budak-budak. contohnya :

"awak semua, jangan ikut cara si *** tu tau (sambil menunding jari). tengok pakaian dia. langsung tak sesuai!'', kata si imam lahh kononnya. langsung tak layak oke?
''astaghfirullah..'' jawab si anak-anak kecil.
"kalau pakai celak tu boleh, tapi jangan laa sampai macam bermekap''

apa perasaan anda? malu kan? zureen akui, teguran kedua tu memang betul, tapi kalau macam ni laa cara mereka ditegur, jangan harap mereka nak berubah!

macam ni laa, cuba ubah cara pemikiran anda tu. tak kira laa anda ni ustaz ke, imam muda ke, hapa ke, cara menegur dengan mengaibkan orang tu salah! padahal, sebenarnya tak salah pun baju yang dia pakai tu. lengkap bersongkok lagi! jangan kerana anda benci makhluk-makhluk macam ni, anda membuka aib mereka dikhalayak ramai!

kita doakan dan sama-sama bantu mereka ke jalan yang diredhai Allah oke?



cik sushi : saya tak takut dengan tanda hitam dekat dahi awak tu. kalau awak rasa awak patut dihormati, saya rasa TAK! langsung tak layak!

Wednesday, April 20, 2011

memerlukan hero! tolong!

salam.haih-haih.
nak tengok follower pun susah! zureen dah laa janji dengan followers zureen nak bagi hadiah sikit. blogger.com buat hal pula. rasa nak gigit-gigit saja lappy ni. haih lagi. sebenarnya benda ni kadang-kadang je datang menyerang. tapi, bila dah datang tu, rasa annoying pula! geramnya! siapa-siapa yang hebat dalam menyelesaikan masalah ni boleh tolong zureen tak? pelis-pelis!!

masalahnya macam ni, bila zureen tekan 'followers' dekat 'dashboard', keluar menatang ni pulak :


bencinya! nampak sangat blogger.com ni jeles sebab zureen nak bagi hadiah dekat followers. haih-haih. zureen harap, followers zureen jangan marah di atas kesilapan teknikal ni oke? kalau benda ni dah oke, zureen akan umumkan sapekah yang bertuah.

ni marah ka, ketawa ni? =.=''


cik sushi : seriyes, rasa nak tampa saja jack ni! jack = nama lappy. bye!

rindu dekat zureen tak? (menyampah gila kan?)

salam.
hehe. terima kasihlah kepada yang rindu dekat zureen tu ye? (menyampah gila kan?) haha! okelah. untuk mengelakkan anda dilanda kerinduan yang terlampau terhadap zureen ni, leh tenung gambar kat tepi tu lama-lama. haha. tapi jangan laa sampai tak makan oke? (menyampah gila kan?) bukan zureen sombong, atau malas nak update selalu, masalahnya, takda modal nak update lagipun agak bz dengan assignment. tambah-tambah lagi bila nak dekat-dekat exam ni. harap anda semua bersabar oke? insyaAllah, zureen akan mengupdate selalu. ceyy! jawapan macam artis lak. (menyampah gila kan?)



apapun, terima kasih di atas sokongan anda semua. khas untuk anda, zureen buat widget tu sendiri tau. memang hodoh. tapi, sangat bermakna. (menyampah gila kan?)


cik sushi : suka heliza! (takde kena-mengena dengan entri) =.=''

cerita lucah pengantin vs. lubang nikmat! WTH?

salam.



okaylah. zureen direct to the point saja. entah macam mana ada pembaca blog  yang search keyword ni dekat blog zureen. haha. mula-mula zureen rasa lawak, lepas tu zureen terfikir "blog aku, blog lucah ke?''. ades. yang keyword pertama tu : CERITA LUCAH PENGANTIN!!!

tak tahu menahu pun pasal ni. haha. kahwin pun belum, asal lak nak story-story pasal benda ni kan? haha. maluuuu!!! ish. nak search pun, taip elok-elok oke?

yang keyword kedua : LUBANG NIKMAT!!! mula-mula otak dah kuning dah. seriously! terus fikir benda tu. Astaghfirullah. ish-ish. =.='' tapi, untuk tidak memastikan kepala otak ni tak fikir dan terus imagine benda yang bukan-bukan, zureen sedapkan hati saja dengan menyatakan lubang tersebut lubang jamban ke, lubang tikus ke, lubang hidung ke. kan nikmat lubang hidung tu. ye tak? haha.

baiklah. dah-dah cite pasal lucas ni. ish-ish. tapi korang rasa, siapa yang selalu search keyword macam ni? lelaki ke perempuan? heh. kita nantikan keputusannya di entri akan datangggggg!!!


pose ala-ala heliza helmi. hehe. menyampah x?

cik sushi : dah dapat pemenang topap rm10. sila bersabar ye? hehe.

Sunday, April 17, 2011

follower ke-500 bakal dapat tambah nilai percuma!!!

gambar ambik dengan webcam memang tak berkualiti =.=''



perhatian!!!
sekarang follower zureen ada 499!

kepada yang bertuah iaitu follower ke-500, anda akan berpeluang untuk memenangi totap rm10 dan promosi blog selama sehari!!!!

CEPAT-CEPAT!

zureen masih menanti follower yang ke-500!!!

help zureen! period cramps!

"ya Allah, semoga period cramps ini berkurangan. amin" (doa tapi muka hepi =.=")



nak tahu tak? zureen dah lama tak update! haha. then, bila dah update ni, faham-faham sajalah, mesti ada yang tak kena! yes. sangat moody! zureen tak suka benda ni tau. tiap-tiap bulan datang. yes girls! PERIOD CRAMPS! orang lelaki memang tak tahu benda ni, tapi kalau yang dah beristeri tu, mungkin dah tahu lah kan?

tapi, kalau ada lelaki yang period, tahu lah kot? (ada ke? takde!! hahah)

period cramps ni memang buat zureen tak tahan. rasa nak sedut je lemak-lemak ni! (ada kaitan ke? haha) bukannya apa, semua kerja pun susah nak buat, nak baring sakit, nak jalan sakit jugak, nak duduk pun sakit!! ades. kenapa perlu period cramps ni?

orang ada bagi tips dekat zureen, contohnya :
- jangan minum sejuk
- pergi bersukan
- jangan pakai sua pendek
- pakai stokin
- kipas jangan kuat sangat

haa.. zureen bukan tak buat, buatlah sampai bila-bila pun, tetap sama. tetap sakit! huhu. kalau sakit kejap, zureen tak kisah, tapi sampai 3 hari! hari pertama, jangan cakap laa. memang sakit. rasa nak nangis saja!

cik sushi : yang girls, ada petua tak macam mana nak kurangkan kesakitan period cramps ni?

Tuesday, April 12, 2011

GOOGLE MOTION : detect pergerakan melalui webcam anda!

zureen  nak share benda bagus punya. benda ni zureen jumpa dekat application google. awak nak tahu? google boleh detect pergerakan kita. nak pergi page lain tak payah nak klik-klik dah. just gerak je. haha. hebat kan?
nak cuba? klik link GOOGLE MOTION ni lepas tu klik dekat 'Try Google Motion'



Cik sushi : Best tak? :)

selaput dara anda tiruan tak?

Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.

Kesempatan ini diambil oleh sesetengah pihak untuk meniru selaput dara ini. Alat tiruan ini bernama Artificial Virginity Hymen. Siapa punya kerjalah yang mencipta alat pelik ini. Alat ini ditempatkan dalam vagina 15-20 minit sebelum hubungan intim. Alat itu membantu wanita yang baru berkahwin untuk mengaburi suami bahawa dia masih perawan.

Artificial Virginity Hymen adalah buatan Jepun dan diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo. Beratnya adalah 0.08kg. Gigimo mengiklankan produknya di seluruh negara-negara Arab. Ini kerana sebahagian besar warga Timur Tengah masih menganggap keperawanan adalah harga mati yang harus dimiliki seorang isteri.


Alat itu akan menggoda para wanita untuk tidak menjaga keperawanannya. Para anggota parlimen konservatif Mesir menyeru larangan import alat selaput dara tersebut. Tokoh agama terkemuka Mesir, Abdel Moati Bayoumi, mengatakan, siapa pun yang mengimport alat itu harus dihukum. Produk ini mendorong hubungan seks terlarang. Islam melarang hubungan ini kecuali dalam pernikahan, kata Bayoumi.

Cik sushi : Sekarang zaman dah moden, tidak perlulah kita berfikiran sempit lagi isu selaput dara ini. Rujuklah fakta yang sebenarnya.

Friday, April 08, 2011

AMARAN DARI ALLAH DI DALAM MULUT BAYI!

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
- please read!!!.. TRUE STORY

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye. sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila. Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

credit to : heliza helmi 

cik sushi : minat dekat heliza

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive