blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, February 14, 2011

Day 1 : draw yourself

baiklah. 
zureen nak bagitau awal-awal, lukisan ni zureen siapkan 2 hari saja. 
size A4 je tapi dah crop sebab comot sangat.


zureen minta maaf kalau huduh. =.=''
bahagian tangan tu tak sempurna sikit kan? hoho! mencik!
pastu hidung takde lubang. nak buat ad lubang, gambar terus nampak pelik. ceh!


30 days drawing challange

okay, sebagai major Seni Visual, zureen akan menyahut cabaran!!! hahahha
tapi, zureen nak bagitahu awal-awal, zureen takdelaa pandai melukis sangat macam classmates yang lain.
hoho.
korang jangan kutuk tau! susah nak melukis ni actually.

cik sushi : wish me luck!

nak cantik tak? baca ni.



Hari tu ada yang inbox dekat facebook nak suruh wat tutorial. ada jugak yang nak minta share petua kecantikan. dah balik-balik zureen kata takde petua. dorang nak jugak! oke, nak punya pasal, zureen nak share sedikit! haha.


1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak

6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jangan basuh-basuh

12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunakanlah Syampu yang sesuai.

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr

18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dengan Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

cik sushi : ni je yang zureen tahu. sumpah! takde petuaaaa!

Sunday, February 13, 2011

zureen tengok macam sedap je nak layan tapi...







cik sushi : korang agak-agak nak makan tak? =.=''

zureen nak masuk rumah ni tapi...







cik sushi : agak-agak macam mana nak masuk?=.=''

Saturday, February 12, 2011

mahu buat PENGAKUAN! malunyaaaa!

MALU nak mengakuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1




baiklah!
maaf. zureen terpaksa mengaku!
zureen mengaku yang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
zureen suka tengok lelaki pakai kain sarung!

haha!

betul. zureen tak tipu. entah kenapa? awak-awak semua ada persamaan macam apa yang zureen suka ni tak? tak pelik kan? tapi, seriously, kalau zureen tengok orang laki pakai kain sarung nampak macho je. nampak hensem. haha! ya ya. nampak Melayu. =)

nak bagitau tu je. heh.

eh jap!!! yang lelaki? suka tengok perempuan pakai kain jugak ke? haha!

cik sushi : suka tengok laki pakai songkok jugak! ;p

postpone dating =(

dah jam 4:15 pagi.
tayangan video untuk malam nanti dah complete 100%
tayangan video??
video apa?

hari ni family zureen ada buat family gathering dekat Hotel Tang Dynasty, KK. memang program tahunan family zureen. best jugaklah dapat berkumpul ramai-ramai kan? bukan tu yang zureen nak cerita.

sebenarnya zureen tengah dok pikiaq ni. tak tahu nak olah style macam mana for this night. =.='' kiteorang kena pakai jubah. yang perempuan jubah, yang lelaki baju melayu lengkap. bila dah berjubah, mesti laa ala-ala arab sikit kan? aahh! lantak jelah kan nak wat style macam mana pun. heh.

bila dah google tadi, nampak jugak style-style yang boleh dipraktikkan. hehe. thanks ya encik google!

macam ni lawa kan?

muka wardina memang lawa. =.=''



tapi, bila dah ada kat KK ni, kesian jugak dekat encik hensem yang tinggal kat hostel. plan nak keluar dating, tapi, apakan daya, ada program. so, kena tangguh laa kan?

actually, kiteorang dah janji nak keluar makan kat KFC last wednesday, tapi, ada bad news pula. Encik Safran meninggal dunia. Encik Safran ni lecturer kat kampus. dengar-dengar dia kena heart attack. Encik hensem pun turut sama tolong mandikan, kafankan, sembahyangkan, dan kebumikan jenazah. takziah kepada keluarga beliau. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah oke?

memnag dah excited nak keluar tapi, takpelah. boleh keluar lain hari lagi kan? :)

eh-eh. dah keluar tajuk pula kan? okay la. zureen harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia. ingat Allah selalu. jangan lupa solat. solat tu tiang agama. :)

asalammualaikum..

cik sushi : jarang buat entri ala-ala diari macam ni. heh.

Friday, February 11, 2011

LUCKY DRAW : tong tong chang!


zureen ikut lucky draw! hehe.
even selalu ikut lucky draw tak dapat, zureen mahu try jugak!
mahu! mahu!

(berdoa)

senang saja nak ikut lucky draw ni. just IKLANKAN saja. 
no big deal.


sekian.

Thursday, February 10, 2011

saya pernah makan kepala LIPAS! anda pula bagaimana?



Anda pernah tak?

sumpah! benda ni zureen tak boleh lupa sampai bila-bila!! anda pernah tak terrrrmakan atau terrrrrrasa binatang-binatang yang semangnya bukan makanan harian? contohnya cicak? cacing? labah-labah? hoho! dalam kes ni zureen dah pernah terasa LIPAS! serius! kepala lipas tu dah masuk separuh dah kat mulut zureen! nak tahu macam mana benda ni boleh terjadik?





Begitulah ceritanya. tak menarik kan? =.='' haha! takdelah. saja mahu kongsi pengalaman merasa kepala lipas! tak sedap. busuk!! so, dont try this tau! Pengajaran yang zureen dapat, jangan biar air tin minum separuh-separuh even nak jimat duit elaun! hoho.

so, PADAN dengan MUKA zureen kan? =.=''

cik sushi : pernah HAMPIR terrrrasa lipas buat kali ke-2! tak serik-serik!!!

Wednesday, February 09, 2011

(Video) ucapan ini khas untuk follower ke-443 dan ke-444! (orang lain pun boleh tengok jugak. hehe.)

salam 1 blogger! yeah!

haha. entri kali ini zureen nak tujukan khas buat follower zureen yang ke-444!!!! tahniah kerana awak-awak dapat hadiah special dari zureen (special ke? )!!! heh. 

follower yang ke-444 tu adalahhhhhh!!! jeng-jeng-jeng!!!!


eh-eh. jap2!! kenapa ada 2 blog? haaa. zureen saja bagi follower yang ke-444 and ke-443 ni sebab nak bagi sorang laki, sorang perempuan! btw, yang lain-lain pun HOT tau. korang jangan kecik hati pulak k? sebelum tengok video, jom terjah blog mereka!
follower yang ke-444 adalah seorang jejaka - Farha Nezam. header dia comel! hihi.



haaa! follower yang ke-443 pula merupakan seorang gadis comel - Miss Mumun! (nama dia pun comel!) haha!


 
takmau cakap banyak. awak tengoklah video zureen buat khas untuk awak ni okay?


cik sushi : maaf, takde skrip. ucapan pun main belasah je. thanks cik mumun n farha nezam!!! :)

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive