blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, January 16, 2011

oh ribbon yang comel dan sexy!

okay. entri kali ini agak boring. haha.
sebenarnya entri ni zureen nak tujukan khas buat NORASHIKIN MD. JOHAN kerana sudi bagi zureen riben-riben comel untuk tudung. heh. jom terjah FB dia! klik INI.

zureen tak pernah pun pakai benda ni sebelum ni. haha. kenapa? segan nak pakai. dari jauh lagi konfem nampak! sebab comel sangat kan? haha. so, buat pertama kalinya, zureen pakai riben ni letak kat tudung and take some pictures. tup-tup, jadi pic profile lak. even zureen tahu yang FB bakal tutup. eh ye ke? betul ke FB akan tutup? kalau korang tahu pasal benda tu sahih atau tak, roger-roger zureen tau!

di bawah ni adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang zureen ambik. yes. HODOH. haha!













cik sushi : sakit mata tak?haha.

Saturday, January 15, 2011

pakai KANTA LEKAP boleh BUTA!


zureen akan kongsikan kepada anda, khususnya penggemar kanta lekap sedikit info tentang bahayanya kanta lekap. mungkin anda juga mempunyai masalah seperti mata merah semasa memakai kanta lekap bukan? ini jawapannya!


Mengapa pemakai kanta lekap mengalami mata merah?


Keadaan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh
buta. Ulser kornea boleh berlaku apabila kuman menjangkiti mata pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap.

 pesanan kepada semua pemakai kanta lekap?

* Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang dicadangkan.
* Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
* Penggunaan kanta lekap harus diberhentikan apabila berlaku kemerahan pada mata dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau rawatan.
* Jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu, pastikan anda dirujuk kepada pakar mata.
* Jangan pakai kanta lekap yang melebihi tarikh luput

cik sushi : berhajat nak beli barbie lens lagik. heh~

PANAS! kerana mulut ZIZAN, PAKNIL marah!

salam.

siapa yang tak kenal dengan Zizan? beliau memang berbakat dan mampu membuat orang lain terhibur. zureen juga tidak terkecuali.Namun, isu 'Aznil Nawawa' dan 'lewat Ashaari' (awal di tukar kepada lewat' telah menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap penonton khususnya pengacara no. 1 Malaysia, Aznil Hj. Nawawi.






baiklah. semua orang akan melakukan kesilapan. begitu juga dengan zizan mahupun Pak Nil. bagi zureen, kata-kata zizan hanyalah gurauan semata-mata. Namun, beliau perlu mengambil kira bahan lawak yang akan disampaikan tersebut. pastikan tiada siapa yang terguris. pendek kata, ''fikir dulu sebelum cakap''. hehe~


difahamkan, Pak Nil dah pun maafkan zizan. baguslah kalau macam tu kan?


cik sushi : apapun, zureen tetap minat dengan zizan dan minat itu tak padam pun. 

Friday, January 14, 2011

KETAWA MENURUT ISLAM




Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya
sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh
dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

sumber : http://tok-ayoh.blogspot.com/2004/07/ketawa-dalam-islam.html

Thursday, January 13, 2011

himawari buat sit-up! jom kuruskan badan!

kepada yang memiliki berat badan, anda boleh mencuba sit-up yang dilakukan oleh adik Himawari ini. 
haha. 
muka dia macam Himawari kan? 



budak perempuan ni Heezwin.
 nak tengok gambar dia lagi? klik entri INI
sekian. 

cik sushi : selamat menguruskan badan!

Monday, January 10, 2011

zureen kata : ''saya dah puas hati dah! (pulak!)''

salam bloggers!

yes. walaupun zureen tak puas hati Faizal Tahir tak dapat jadi juara AJL 25 macam kat entri INI, zureen nak berpuas hati lah jugak sebab team bola zureen dapat menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0 semalam. zureen akui, zureen memang tak concentrate tengok bola semalam. yelah, asyik tukar-tukar channel je. kejap tengok bola, kejap tengok AJL! =.=''

gol tunggal Ryan Giggs pada perlawanan tersebut sudah cukup membuatkan Liverpool dan Kenny Dalglish berputih mata. hehe. 

dan juga membuatkan seluruh meng-ANTI man united turut sama meraung - menangis kekecewaan

dan kepada encik Amri Ashraf, walaupun team awak kalah, saya tetap sayang awak! hihi.



BENCANA : tackle keras yang dilakukan oleh Daniel Agger terhadap Berbatov di kawasan kotak penalti memusnahkan Liverpool untuk menang di tempat lawan

aksi dua pemain hebat - Nani dan Gerrard

cik sushi : Liverpool kalah je encik Amri kite bad mood. sampai sekarang. ='(

zureen kata : ''saya tak puas hati Faizal Tahir tak menang!''

salam bloggers!

sebenarnya, zureen tak puas hati ni! memang tak puas hati! tapi jangan risau, bukannya tak puas hati dengan anda. zureen cuma tak puas hati dengan keputusan anugerah juara lagu ke-25 saja! sebagai penonton AJL 25, zureen berhak nak mengutarakan pendapat zureen kan?

sebenarnya, zureen sangat-sangat berharap lagu Faizal Tahir - Selamat Malam merangkul gelaran juara AJL tersebut. tarnyata, sasaran meleset! meleset sama sekali! bukan bermaksud zureen sokong Faizal Tahir, zureen minat dia kan? zureen bukannya minat sangat pun dengan Faizal Tahir. tapi, penyampaian nyanyiannya lebih berkesan berbanding Ana Rafali. =.=''

kan? kan? 

dan anda semua perasan tak? cheryl, ally dan FBI pun macam nampak surprise je tangok result tu. tak macam sebelum-sebelum ni. kan? kan?

tapi tak apalah kan? dah rezeki Ana Rafali, apa nak buat. semoga dia sukses dalam industri dan gunakan platform AJL sebagai langkah terbaik beliau untuk mempertengahkan genre muzik yang beliau perjuangkan. tahniah!

cik sushi kata : lepas dah menang, awak jangan sombong pula okay? :)

Thursday, January 06, 2011

tidak! aku tidak ingin menciummu!

jangan panik!
zureen tidak akan mencium siapa-siapa! 
baca dulu!




sumber : google images

OMG! jangan muntah! entri cinta lagi!

entri jiwang lagi kan? haha. maaflah oaky? zureen suka berkongsi benda-benda yang sering kita pandang enteng seperti ini. kadang-kadang orang perempuan tak tahu macam mana nak buat suami/teman lelaki mereka bertambah sayang kan? nah! tips-tips di bawah mungkin membantu anda!

suami/teman lelaki anda akan bertambah sayang dan sedar akan kehadiran anda :

1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah lelaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, "Sayang, aku cinta padamu..."

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya.

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, "Aku mencintaimu".

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doktor hanya kerana dia mengadu sakit.


cik sushi kata : i love u pa. heh~

44 pantang larang sebelum KAHWIN!

01.01.01

atau

11.01.11

atau

10.10.11

atau

11.11.11

ada apa dengan tarikh ini? haha! sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan zureen pun. cuma zureen rasa, yang pastinya, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh-tarikh tersebut, bukan?

haa! sangat berkaitrapat dengan tajuk entri zureen kali ini. tak kisahlah anda nak melangsungkan perkahwinan bila, tapi zureen nak anda selami dan hayati (ceyy!) petua-petua yang masih diamalkan SEBELUM melangsungkan perkahwinan.

kepada bakal pengantin, selamat pengantin baru dan baca petua ni tau! =)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul bagi mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut k rana ia mengandungi banyak toksik.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati orang.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

cik sushi kata : Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive