blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, January 10, 2011

zureen kata : ''saya tak puas hati Faizal Tahir tak menang!''

salam bloggers!

sebenarnya, zureen tak puas hati ni! memang tak puas hati! tapi jangan risau, bukannya tak puas hati dengan anda. zureen cuma tak puas hati dengan keputusan anugerah juara lagu ke-25 saja! sebagai penonton AJL 25, zureen berhak nak mengutarakan pendapat zureen kan?

sebenarnya, zureen sangat-sangat berharap lagu Faizal Tahir - Selamat Malam merangkul gelaran juara AJL tersebut. tarnyata, sasaran meleset! meleset sama sekali! bukan bermaksud zureen sokong Faizal Tahir, zureen minat dia kan? zureen bukannya minat sangat pun dengan Faizal Tahir. tapi, penyampaian nyanyiannya lebih berkesan berbanding Ana Rafali. =.=''

kan? kan? 

dan anda semua perasan tak? cheryl, ally dan FBI pun macam nampak surprise je tangok result tu. tak macam sebelum-sebelum ni. kan? kan?

tapi tak apalah kan? dah rezeki Ana Rafali, apa nak buat. semoga dia sukses dalam industri dan gunakan platform AJL sebagai langkah terbaik beliau untuk mempertengahkan genre muzik yang beliau perjuangkan. tahniah!

cik sushi kata : lepas dah menang, awak jangan sombong pula okay? :)

Thursday, January 06, 2011

tidak! aku tidak ingin menciummu!

jangan panik!
zureen tidak akan mencium siapa-siapa! 
baca dulu!




sumber : google images

OMG! jangan muntah! entri cinta lagi!

entri jiwang lagi kan? haha. maaflah oaky? zureen suka berkongsi benda-benda yang sering kita pandang enteng seperti ini. kadang-kadang orang perempuan tak tahu macam mana nak buat suami/teman lelaki mereka bertambah sayang kan? nah! tips-tips di bawah mungkin membantu anda!

suami/teman lelaki anda akan bertambah sayang dan sedar akan kehadiran anda :

1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah lelaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, "Sayang, aku cinta padamu..."

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya.

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, "Aku mencintaimu".

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doktor hanya kerana dia mengadu sakit.


cik sushi kata : i love u pa. heh~

44 pantang larang sebelum KAHWIN!

01.01.01

atau

11.01.11

atau

10.10.11

atau

11.11.11

ada apa dengan tarikh ini? haha! sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan zureen pun. cuma zureen rasa, yang pastinya, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh-tarikh tersebut, bukan?

haa! sangat berkaitrapat dengan tajuk entri zureen kali ini. tak kisahlah anda nak melangsungkan perkahwinan bila, tapi zureen nak anda selami dan hayati (ceyy!) petua-petua yang masih diamalkan SEBELUM melangsungkan perkahwinan.

kepada bakal pengantin, selamat pengantin baru dan baca petua ni tau! =)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul bagi mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut k rana ia mengandungi banyak toksik.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati orang.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

cik sushi kata : Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat

Wednesday, January 05, 2011

awak, tolong jangan diet okay?

''ma, pa gemuk lah!''

''ma, pa gemuk tak?''

''pa rasa pa gemuk!''

''alamak, berat pa naik 5 kg!''

''pa tak mahu makan nasi''

''mulai hari ni, pa mau diet, pa mau makan mee saja''

encik amri ashraf. awak tak gemuk. sumpah! awak saja rasa awak gemuk. =.=''
saya tengok body awak okay je. tak gemuk pun.
jangan laa cengkung sangat. tak hensem.
kang tak pasal-pasal orang lain ingat awak putus cinta. 
yelah, dah cengkung macam tu mesti kawan-kawan awak or family awak risau.kan? adeh.



jangan diet okay? =)



kenapa LELAKI hensem macam awak kahwin LAMBAT? (part 2)

sambungan INI..


SURVEY PART II

11."Jodoh tak sampai lagi kot".

yusuff, 27 tahun - ''Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!''

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .

ahmad, 26 tahun - ''Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!''

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".

shah, 29 tahun - ''Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!''

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".

syah, 27 tahun - ''Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!''

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".

jay, 26 tahun - ''Haah! dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.''

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".

lan, 23 tahun - ''Pompuan memang camtu..''

17. "Nak carik yang solehah lah".

asyraf, 30 tahun - ''Dah jumpa tapi dah berpunya?Takkan nak rampas orang punya kot''

18. "Masalah la".

ari, 29 tahun - ''Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar''

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".

sam, 23 tahun - ''Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject''

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".

rizal, 30 tahun - ''Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia''

cik sushi kata : jodoh akan datang sendiri kan? yang penting usaha. never give up! dan yang paling penting, jangan jadi gay atau lesbian sudah~ =)

Tuesday, January 04, 2011

kenapa LELAKI hensem macam awak kahwin LAMBAT?

sumber : google images

haha. okaylah. mesti golongan-golongan hawa kadang-kadang terfikir kenapa agaknya orang lelaki ni takut nak kahwin. ataupun lambat kahwin. ataupun belum bersedia nak kahwin even usia mereka dah menjangkau 30-an. apa yang boleh zureen rumuskan di sini adalah alasan-alasan bernas yang diberikan oleh mereka (golongan lelaki) seperti di bawah :


SURVEY PART I

1."Duit tak cukup lagi laa awak".

hanif, 29 tahun - '' orang perempuan mana tahu susahnya orang lelaki nak kumpul duit nak bayar mas kawin? hantaran? Dah tu mas kawin dan hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis! macam nak jual anak je kan? alaaa.. standardlah kononnya kan? saya makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya orang perempuan tau. Megi pun dah nak naik harga!''

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".

zaki, 24 tahun -''Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas.. (gelak)''

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".

fahmi, 26 tahun -''Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!''

4."Tak datang seru lagi kot".

khairil, 29 tahun-''Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin''

5."Banyak sangat halangan".

anip, 27 tahun -''Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!''

6."Belum bersedia la".

jeffery, 28 tahun -''Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana''

7. "Ilmu tak cukup la".

nama dirahsiakan, umur juga dirahsiakan - ''Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ? mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!''

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".

ali, 19 tahun -''Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak''

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".

faizal, 27 tahun -''Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita''

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".

syed, 30 tahun -''Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung''

cik sushi kata : haha! ada 10 alasan lagi yang zureen akan kongsikan dalam survey ini di entri yang seterusnya. memang menarik dan mungkin akan membuatkan ada tersenyum, tergelak dan terkentut. jumpa di PART II!!!  hahaha.

Monday, January 03, 2011

tag : happy new year awad!

Salam.
yelah. dah lama tak update kan? okaylah. ni first award zureen dapat pada 2011 ni.
Terima kasih kepada cik Aisya! jom terjah and folo blog dia yang comel ni okeh?


soalan :

1) adakah anda sudah follow orang yang bagi awak award ni (Aisya Husin)?
- sudah. follower yang ke- 198! :)


2) apakah azam 2011 awak ??? Berikan 3 azam.
- kekalkan result dengan pointer 3.5 and above :P
- nak tinggi lagi. boleh ke?
- laptop baru :)

3) apakah awak akan still couple/akan couple dgn org tuh 2011 ni??
- mestilah! he's my everthing! wek! :)

4) apa perasaan awak tentang umur awak yg smakin TUA ??!!
- haha. biasalah. no feeling. banyakkan amalan. :)

5) Tag 5 org yg awak sayang atau blog yang awak rasa cantik.

jom terjah sekalik!
blog simple tapi nice + ringan + wajib terjah :
- suara jemari asnizah yang cool!
- auny yang comel!
- happy new year faezah!
- umar yang cute :)
- zalin my new friend!

cik sushi kata : zureen suka main tag-tag ni. :)

pertubuhan di SABAH nak ubah 'Harimau Malaya'??

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

artikel selanjutnya di SINI.

cik sushi kata : harimau Malaya ke, harimau Malaysia ke, zureen tetap setia menyokong pasukan bola sepak Malaysia!!!

dah terlambat ke nak ucap 'happy new year'?

salam.
ya. TAHUN BARU. masih tidak terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru kepada korang semua kan? hihi. apa azam baru? okaylah. sebenarnya entri ni pun sebab dah ramai request zureen untuk update blog. maaf ya kawan-kawan. agak sibuk seminggu lalu. vacation + nak kuliah lagi kan?

btw, zureen nak kongsi benda-benda PERTAMA yang zureen buat pada 01.01.2011! check it out!


1. ciuman pertama pada 2011?
- cium mama :)

2. makanan pertama pada 2011?
-ayam bakar. kebetulan kat rumah aunty (putrajaya) ada buat acara makan-makan sikit sempena tahun baru.

3. orang pertama yang dihubungi pada 2011?
- encik amri ashraf

4. ayat pertama pada 2011?
-''happy new year!''

5. ucapan pertama pada 2011? dan kepada siapa?
- ''sayang.. tidur ka? happy new year..''

6. kenderaan pertama yang dinaiki/ditunggang pada 2011?
-basikal. round2 presint 14 dengan cuzzy n aunty. best!

7. game pertama yang dimain pada 2011?
-game facebook - cityville. haha! request jadi jiran okay?

8. waktu tidur hari pertama pada 2011?
- 3.30 a.m!

9. waktu bangun hari pertama pada 2011?
- 4.30 a.m! kena bangun awal sebab flight balik sabah jam 7.20 am.

10. lagu pertama yang didengar pada 2011?
-lagu 'bunga raya' haha! selalu kat tv tuu. =.=''

11. lagu pertama yang dinyanyikan pada 2011?
-kekanda adinda - atilia feat. monoloque

12. jenama make-up pertama yang dipakai pada 2011?
-M.A.C

13. tempat pertama yang dijelajahi pada 2011?
-KLIA =.=''

13. perkara pertama yang sukar dilupakan sepanjang 2010?
- tengok malaysia menentang indonesia di stadium bukit jalil! menang 3-0 tuuuu!

14. benda pertama yang dimasak pada 2011?
-nasi =.=''

15. azam tahun baru?
-nak tinggi. tambah lagi 2 inchi. boleh ke? =.=''
-laptop baru
-mahu dapat anugerah dekan lagi.
-kumpul duit buat vacation dengan kawan-kawan
-rajinkan diri lagi masuk dapur =.=''


cik sushi kata : dah lupa apa azam tahun lepas. so tak sure sama ada dah tercapai ke belum. ish-ish. =.=''

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive