blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, December 26, 2010

SAYA BLOGGER SABAH!

"Saya Blogger Sabah 

Katagori sahabat blogger mengikut negeri ini diasaskan oleh encik Azman Roslan melalui blog ciptaannya iaitu Blog Pilihan Malaysia. hehe. zureen dah join. anda bila lagi? nak join, klik SINI!

Apa yang perlu, anda cuma perlu baca syarat-syarat penyertaan INI.

Nama anda

nama betul : azureen amjah
nama manja : zureen, olen, reen,
nama dalam blog : cik sushi, tuan sushi, zureen

Status anda
belum berkahwin ya? :) 

Cara hubungi
Facebook - Azureen Amjah
Email - luvbabyreen@yahoo.com

Daerah/Jajahan anda
Keningau, Sabah

Tempat tinggal
1. Taman Kinamas, Beaufort, Sabah
2. Country Heights, Penampang, KK
3. IPG Kampus Keningau

Apa yang menarik di tempat anda
makanan murah-murah
masyarakat yang peramah
ada gunung kinabalu (pernah daki setengah je..hihi)
seafood sangat murah!
gadis-gadis yang putih gebu
ada 1 Borneo :)


Saturday, December 25, 2010

selamat hari natal semua!

selamat hari natal semua!

bibir mungil kena cover. takleh tengok lama-lama

tapi gigi rabbit ni tengoklah puas-puas sebab huduh =.=''
 
love,
zureen

anda ada BISUL?

baiklah. zureen post entri ini pun bukannya apa, senang nak rujuk nanti kan? lagipun, zureen tak tahulah. family zureen sekarang ni dilanda penyakit BISUL ni. zureen pun tertanya-tanya juga, apa sebenarnya yang mendorong bisul ini terus tumbuh kan? jom baca!


Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

ni dah memang saiz bola golf nih! =.=''

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

=.=''

Ubat Tradisional Bisul

Pada kebiasaannya bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun terdapat juga bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan belakang. Bisul ni agak menyakitkan, terutama apabila bila tumbuh di bahagian punggung yang akan menyukarkan kita duduk. Bila kita hendak tidur malam,
sesetengah orang akan berasa berdenyut-denyut pada bahagian yang ditumbuhi bisul. Bisul yang tumbuh akan membengkak, kerana mengandungi nanah dan darah kotor yang dicemari kuman.

Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Sekiranya anda ditumbuhi bisul:

• Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
•Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
•Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
•Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedai- kedai India atau India-Muslim)

rujukan :


cik sushi kata : zureen tak pernah tumbuh bisul. seumur hidup! serius! anda pernah tumbuh bisul tak? dekat area mana? hihi.

jom berkenalan dengan TUAN KEDAI SUSHI

1. Apakah status anda?
zureen masih bujang. belum berkahwin. tapi, dah berpunya. hihi.

2. Ceritakan tentang diri anda.
-azureen
-19 tahun
-next year : visual art (degree)
-pandai nyanyi + main gitar (hihi)
-ada 13 ekor kucing!
-suka tengok bola

3. Ceritakan tentang Blog anda.
zureen tidak mengkhususkan mana-mana tema untuk blog zureen. semua ada! :p ya, ramai yang tanya, macam mana nak buat layout macam ni kan? zureen sebenarnya menggunakan old classic template. dan secara jujur, zureen sangat suka main dengan code-code ni. haha! if mana-mana pelanggan kedai sushi nak mintak tolong, tuan kedai sudi menolong. hihi.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
dunia blog sangat best dan zureen tidak sangka 'melayan' blog ini mampu mambuatkan zureen terus 'addicted'! ya. zureen rasa, sekarang zureen lebih pentingkan blog zureen  berbanding facebook, dahulunya. dan yang bestnya, kita juga boleh menjana pendapatan di samping dapat kawan baru dan ilmu baru. memang berfaedahlah dunia blog ni! :P

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.
haha. zureen pun baru lagi. tapi seelok-eloknya, kurangkanlah widget-widget yang tak berapa best tu. contohnya, ikan-ikan, hamster, jam (kat lappy or pc dah ada sedia jam kan?). pastu kalau boleh, jangan letak lagu yang auto play. pening. nak baca entri pun susah. sebab sometimes, pembaca lain dengar lagu jugak. bila blog korang pun ada lagu, remixlah jadiknye. boleh pasang lagu wak, tapi buat dia leh pause. lagi best! :)

nak tahu macam mana nak 'timbang' blog anda? klik INI dan terus ke KOTAK PINK

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda.
''dasyat blog nih!''
''wahhh! tak pernah tengok blog macam ni! nice blog! i follow u!''
''sy suke blog ni sebab blog ni lawa!!!''
''macam mana awak buat blog awak ni ye? unik lah!''

okay. ada juga di antara pelanggan sushi yang memberikan feedback yang sangat comel best seperti di atas. sebenarnya, blog zureen ni biasa saja. mungkin yang menarik hati pembaca adalah kondisi blog template yang 'ringan' dan menarik. tapi, entri pun hangat juga kan? contohnya INI. klik dan terus ke KOTAK PINK

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
impian zureen? takdelah tinggi sangat. cukup sekadar orang membaca kan? zureen akan terus menulis selagi mampu. :)

tag kepada pelanggan sushi yang selalu serbu kedai di waktu pagi :
nordin - junior tuan sushi kat kampus
bunga - penyeri kedai sushi
buzzy singgah kedai tak makan sushi pun hihi~

terima kasih encik fidaus!



award ni datangnya daripada encik Mohd. Firdaus. terima kasih laa sebab bagi award ni ye? tak sangka pulak, bila dah masuk top 10 BBPM 2010 ni banyak pulak award zureen dapat. thaks wak!

tag untuk pelanggan setia kedai sushi :)

thanks kepada saudari nadia kerana tag. kebetulan sangat bosan hari ini. :P


apakah hobi anda ?

-surfing
-shopping
-main badminton (wakil peringkat negeri tau~!)
-karaoke
-dance!
-MAKAN!

senaraikan tempat yang anda ingin pergi ?

-KOREA
-jepun
-paris
-hawaii
-beijing :P

sikap positif dalam diri anda dan anda bangga dengan sikap itu ?

1. PERAMAH
bangga? tak laa sangat. sebab sikap zureen ni kadang-kala tidak menyenangkan pihak lain. contohnya, si abang sushi. sometimes, dia tak boleh terima yang zureen ni mudah bergaul. maybe, beliau rasa tergugat. tapi kan, benda ni dah sebati dalam diri. tak boleh nak ubah. zureen memang jenis yang friendly. ke'friendly'an itu hanyalah untuk membina hubungan sesama manusia. maksudnya, sebagai kawan laa kan? tak lebih dari itu. sumpah!

2. SUKA BINATANG
bangga? taklaa. dah memang macam ni. zureen tak boleh tau tengok kucing sakit ke, ape ke, memang rasa simpati je. sehinggakan zureen boleh bercakap dengan haiwan tersebut. bukan gila, dah memang macam tu. =.=''

lagi satu, semut-semut yang lalu-lalang bawa makanan untuk permaisuri mereka pun zureen beri laluan tau. tak sampai hati nak pijak. kecuali lipas! haha!


sikap negatif anda dan pendapat anda?

1.KUAT TIDUR.
huhu. even dah kunci jam pun tetap susah nak bangun tidur. satu je yang boleh buat zureen terjaga iaitu suara mama! haha.

2. PANDAI MASAK.
eh? pandai masak pun negatif? haha. memanglah negatif. kemahiran memasak itu tidak selalu dipraktikkan! faham tak? okaylah. senang cerita, pandai masak tapi malas masuk dapur. haha. kepada bakal suami, jangan risau, zureen tahu masak. lepas kahwin nanti rajinlah zureen ni masuk dapur. jangan risau ye? :P


tag sekurang-kurangnya 5 blogger ?

antara pelanggan tetap kedai sushi zureen :

-caliph yang suka tuan sushi. haha!
-ezmaliza pelanggan baru kedai sushi
-abang teror yang selalu minta sushi free
-afiq bukhari yang ambik bau sushi je.
-sukeaty yang sesat ke kedai sushi

 

Friday, December 24, 2010

jangan dating dengan perempuan ini! (untuk lelaki single sahaja!)

belum ada kekasih? zureen sedia memberikan tips-tips yang berkesan untuk anda! apa yang terlu anda lalukan adalah memilih bakal kekasih sekaligus isteri yang baik dan seboleh-bolehnya elakkan daripada golongan ini :

1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apabila permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibingkarkan kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ’diserang’

2. setiausaha anda

Kenapa? Seperti sedia maklum, anda orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang.

3. bekas teman wanita

Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudahputus, elok sahajalah dilupakan. Tak perlulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. teman wanita kawan anda

Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jangan sesekali menikam kawan dari belakang keranaia tidakbaik untuk sesebuah persahabatan. Fikirkansendiri, kala kekasih anda diambil orang tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. wanita yang terlalu "demand"

Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ’demand’ kerana anda bolehsakitotak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekash anda demand, abaikan saja dirinya.

cik sushi kata : zureen hairan. hari ni entri pasal cinta-cinta je. takde idea lain dah. haih =.=''

pasal cinta lagi!

Entri kali ini ada kesinambungan dengan ENTRI TERHANGAT ini.

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

cik sushi kata : entri ni saje je. untuk menambah pengetahuan anda. ye lah. sekarang ni orang tak tahu sangat nak tafsirkan cinta tu apa. :)

Day 1 : Family Vacation

Day 1

haih! 21 Disember! dalam kepala dah berlegar-legar undian BBPM 2010. siapalah nak undi blog zureen kalau zureen tengah vacation ni? dah laa zureen tak promote gila-gila. promote sikit-sikit je. entah mereka baca, entah tidak. risau.

flight MAS jam 6.50 pagi. sampai KLIA jan 8.20 pagi. perjalanan dari KKIA dan KLIA tidak begitu banyak yang boleh diceritakan. yang hanya zureen boleh rumuskan di sini, kakak pramugari tu comel! lawa! sanggul tinggi. ala..as usual lah kan? pramugara? hmm.. tak laa handsome sangat. haha. sorry! jujur ni.

zureen duduk kat seat number 17 B. kira dok tengah-tengah laa kan? sebelah kiri, adik perempuan. sebelah kanan tak kenal. =.='' ya. lelaki. tak. jangan risau. kiteorang tak berkenalan pun. haha.

lebih kurang 19 minit nak sampai, adik perempuan nak terkucil lak. adess.

''kak, bibi mau kencing..''
''macam mana mau kencing? ada orang di sebelah ni.. dia tidur''
''alaa.. bibi nda tahan suda ni..''
''tahan ja laa.. kejap lagi sampai..''

dan sebelum sampai juga, zureen sempat pasanag BULU MATA! haha.

---------------------------------------------------

dah sampai. zureen dan family naik KL Transit ke putrajaya/cyberjaya. aunty tunggu kat situ. hehe.sampai kat rumah, rehat, dan tengok undian. 0%!! macam mana ni???








cik sushi kata : tunggu apa zureen buat day 2 di entri seterusnya! :)

kedai sushi zureen TOP 10!

ImageChef Sketchpad - ImageChef.com

salam. hihi. baru ambik award ni dari rakan blogger. jom terjah blog dia! klik SINI! hensemboy tau! ngeh-ngeh.

mungkin ramai yang tidak tahu. zureen tersenarai dalam TOP 10 blog baru pilihan malaysia 2010.

terima kasih daun keladi zureen ucapkan kepada : pembaca-pembaca blog zureen yang sudi mengundi even zureen tak dapat nak promote blog zureen sangat kerana kebetulan pulak zureen melancong sekarang ni. hihi.

terima kasih : zureen ucapkan kepada papa sebab sudi meminjamkan zureen broadband untuk mengupdate entri-rntri terkini. tidaklah sepi tanpa berita kan?

terima kasih : kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi zureen yang tak putus-putus singgah even tuan sushinya kadang-kadang tertidur kepenatan melayan anda semua. hihi. sedap sangat ke sushi zureen? hihi.

terima kasih : kepada encik azman roslan yang menjadi tulang belakang kepada blogger-blogger yang baru. sememangnya, platform seperti inilah yang membantu kami. anda terbaik!

terima kasih : kepada abang sushi kerana sabar - menanti SMS tak berbalas. especially, time tengah berkekmpen. i love u. haha.


cik sushi kata : nak tahu apa zureen buat time cuti-cuti ni? kita jumpa di entri yang seterusnya!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive