blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, December 23, 2010

bagaimana nak buat followers macam zureen?

hehe. salam. zureen agak kelam kabut sikit. hihi. tutorial ni zureen buat sebab ada rakan blogger yang tanya. semoga anda-anda faham laa tutorial zureen yang agak kelam-kabut sikit ni okay?

soalan : ''bagaimana nak buat followers macam zureen ni?''

contoh :
KLIK LINK DI BAWAH INI OK?
SILA FOLLOW SAYA SAYANG!

copy code di bawah dan pastekan di mana-mana bahagian widget (HTML/Java script) anda.

<blink>KLIK LINK DI BAWAH INI OK?</blink>

SILA FOLLOW SAYA SAYANG!

yang dihighlight tu anda boleh tukar dengan apa-apa mesej anda.

kalau nak buat COMMENT macam blog zureen ni pula codenya adalah :

<$BlogItemCommentCount$> bebelan

<a href="http://www.blogger.com/comment.g?blogID=6080241560246297837&postID=<$BlogItemNumber$>"><blink>KLIK INI UNTUK HANTAR BEBELAN ANDA</blink>

yang highloght tu pandai-pandai laa tuka. jangan pakai URL blog zureen pula oke?

PERHATIAN! : blog id anda boleh didapati di url dashboard anda.

selamat mencuba! tak paham tanya oke?

Monday, December 20, 2010

JOM CHECK RESULT EXAM ZUREEN!

salam.
yahooo! result dah keluar!
okay. bawak bertendang. zureen bukan pandai sangat pun. nak tengok result zureen yang tak seberapa ni tak? hihi. klik gambar bawah tu oke?

papa kata ''cantik tak penting, yang penting otak tu cantik! kalau dua-dua ada lagi bagus!''

KLIK untuk BESAR PUNYEEE!

cik shusi kata : next week dah ambik degree! bestnya! tapi, kena study hard lagi =.=''

KURANG AJAR betul budak nama NANA ni!

PANASSS!

yes! lebih hangat daripada biasa! kenal tak tagline tu? Hot FM kan? ya! biasalah. anak-anak dara macam zureen ni memang awal bangun, kemas rumah sambil dengar Hot FM (ceyy!! angkat bakul sendiri nampak? ada sape-sape nak isi borang?hahah!). okaylah. berbalik kepada topik di atas, zureen ada laa dengar segmen 'Panggilan Hangit' tu kan.

punyalah bengang zureen dengar! sumpah bengang! sehinggakan time zureen menyapu pun dikawal dengan emosi. terus menyapu laju-laju. mana taknya, si nana (mangsa panggilan hangit) ni punya laa kurang ajar masa cakap dengan kak fafau (jadi mak jah kononnya). langsung tak hormat orang tua!

cakap punyalah berlagak! kalau zureen jumpa dah siap tampar-tampar muka dia laju-laju! mana budi bahasa? lagi satu, budak nana ni baru je nak masuk form 4! masyaAllah. tak tahu lah mana mak bapak dia. tapi yang pasti, bukan mak bapak je malu dapat anak macam ni. binatang peliharaan dia pun dah sure malu bila dengar budak nana ni cakap sedemikian rupa dengan orang tua!

lagi best bila kak fafau siap sindir dan nasihat lagi dak nana tu. bagus!! 1 Malaysia dengar beb apa yang dia cakap tu.kepada adik-adik dan semua lah yang rasa dirinya tu manusia, nak cakap dengan orang, especially orang tua, cakap laa dengan berbudi bahasa. hormat! tu yang penting. jangan kurang ajar macam dak nana ni! oke?

cik sushi kata : nanti zureen cari panggilan hangit tu. nak suruh anda dengar. confirm menyampah dengan budak tu!

TIKET BOLA TAK HABIS KE?

salam.

hehe. lepas tahu Malaysia dapat masuk final menentang Indonesia nanti, tidak sabar rasanya nak menyaksikan secara live di stadium bukit jalil! ngee! bestnya! dan kebetulan pula zureen sememangnya berada si semenanjung malaysia! yeah! jom semua kita meriahkan stadium bukit jalil!

tapi, bila fikir punya fikir. tiket tu tak habis ke? sempat lagi ke nak beli? berapa puluh ringgit ek?

kepada yang taknak pergi, atau memang tak minat nak pergi, suatu kerugian besar berlaku dalam hidup anda! hehe. jom kawan-kawan blogger semua! kontek-kontek zureen bila anda pun pergi oke?

sebenarnya nak tengok ini je :

jangan marah ye kak Elia! =.=''

Sunday, December 19, 2010

sape tahu buat blog macam ni?

salam semua.
kali ni zureen tak mahu tulis panjang-panjang. penat! heh~
zureen just nak tanya, ada siapa-siapa tak pandai buat blog macam ni? zureen sangat suka blog dia! sumpah! tersangat-sangat nak mampus laa kekreatifan dia dalam buat blog. ish-ish! jeles! nak tengok tak ni?
klik SINI!

cik sushi kata : sape-sape tahu cara nak buat, kongsi ilmu k? jangan kedekut! hihi

10 Ayat BERACUN Lelaki!

Perhatian kepada semua kaum lelaki elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ’senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ’suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you“, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

cik sushi kata : paling tak suka 5, 6, 8!

tidak dapat lupakan kekasih lama? zureen sedia membantu!

tak dapat lupa kekasih lama?
haha. jom! zureen sedia membantu!

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut. Lakukan setiap hari, 3 kali sehari. hihi.

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung. :P

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan. Bukak lah warung khas untuk sesi interview tu. Alaaa.. bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi. hihi.

4.Buat perusahaan menternak itik. Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo. hihi lagi.

5.Sibukkan diri dengan bekerja. Bantai overtime banyak-banyak. Bila duit dah berjuta nanti, cari saja yang lain, kahwin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala. kan? hihi.

6.pergi ngadap cermin yang sememangnya setia dengan anda. buatlah lawak gila yang tak masuk akal, pastu gelaklaa sendiri-sendiri. :)

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x. ikut tau! oh-oh!

8.Kalau still teringat kat pasangan anda tu, anda pergi cari tangga. alaa.. cari sajalah dekat rumah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya, anda akan lupakan terus pasangan anda tuh. dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi. hihi.

9.Kalo ingatan anda masih ada, pergi saja rumah jiran sebelah, pinjam tukul, pastu buat tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailah hilang ingatan. hihi :P

NOTE:

A.kalau jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari..takkan dok buat sesi berkenalan dengan jiran anda lak kan? hihi.

B.Kalau susah sangat, hantuk saja kepala anda tu kat dinding rumah, buat sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh.

10.Gantung gambar si dia kat dinding. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan atau buatlah apa-apa saja asal hati rasa puas.

cik sushi kata : sungguh mujarab. belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi. hihi. okaylah, zureen mengucapkan SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 18, 2010

TOP 50 : AWARD BBPM 2010!

hehe. ada jugak orang sudi buat award untuk blogger baru yang barjaya masuk kan? nak tahu korang dapat tak award ni? klik blog lelaki kacak ni kat SINI okay?

cik sushi kata : btw, thanks wak! teruskan menyokong oke? =)

BBPM 2010 dah lepas. Alhamdulillah.

salam =)

awak-awak semua. maaf ya? sudah 2 hari tidak update blog. sangat sibuk dengan Blog Baru Pilihan Malaysia 2010. berbaloi juga bila dah lepas 1st stage. terima kasih kepada yang mengundi blog zureen ya? zureen appreciate sangat! follower zureen tak ada lah ramai macam blogger-blogger yang lain ikut masuk BBPM tu. blogger zureen setakat 300++ saja. tapi, Alhamdulliah, ramai juga yang baca blog zureen.

KLIK untuk BESAR PUNYE!

ni laa PILIHAN 8 yang berjaya masuk ke peringkat ke-2! :)

dan banyak juga komen-komen pembaca yang zureen dapat. itu semua sangat membantu. ada juga yang complain sebab blog zureen tiada menekankan tentang isu-isu semasa - khususnya tentang remaja sekarang dan juga isu yang berkaitan dengan agama.

zureen ingin menjelaskan di sini. sebenarnya unsur-unsur tersebut ada. cuma zureen tidak berapa memperbanyakkan isu-isu tersebut. InsyaAllah, kalau ada isu yang boleh zureen muatkan tentang perkara tersebut, zureen akan memuatkannya. buat masa ini, zureen masih dalam proses pemantapan isi. terima kasih di atas komen membina anda ya?

lagipun, sebenarnya, blog zureen ni dah 'rojak'. semua ada. pasal personal life, hiburan, sukan. oleh itu, zureen tidak menekankan sangat tentang perkara-perkara yang tertumpu pada satu tema yang khusus.

wah. agak serius penulisan di atas kan? haha! okaylah kawan-kawan semua. sekali lagi zureen mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua. sama ada yang mengundi atau hanya membaca sahaja. hehe. teruskan mengundi zureen untuk peringkat kedua nanti ya?

p/s : zureen tak tidur tunggu tepat jam 7 BBPM tutup dan zureen mendapati dah 320 undi! terima kasih!!!

Wednesday, December 15, 2010

BBPM : tergarunya! opss! terharunya!

Klik GAMBAR untuk mengundi. INGAT! PILIHAN 8 NO 285! hehe

oh-oh.
sebelum anda baca, biarlah anda baca post ini dengan nada sopan kerana pada ketika ini zureen menaip dengan sangat lemah-lembut dan sopan-santun.

asalamuualaikum semua pembaca blog zureen yang HOT.
sebenarnya, post ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang tidak putus-putus mengundi blog zureen dalam 'Blog Baru Pilihan Malaysia 2010'. ya. sangat-sangat tergaru terharu sebab zureen sendiri tidak sangka ada jugak pengundi-pengundi blog zureen. terima kasih daun keladi!

''saya undi awak sebab blog awak unik!''

''saya suka blog awak sebab ringan! hehehhehe''

''saya undi blog awak pun sebab saya rasa awak layak ke peringkat seterusnya''

''saya suka awak. tulaa saya vote awak''

''saya suka love-love tuu''

oh-oh lagi sekali. walau apa alasan anda nak undi blog zureen pun, zureen tetap berterima kasih. tergarunya terharunya! walaupun tak konfom lagi layak, zureen tetap nk berterima kasih! terima kasih kawan-kawan!

zureen jugak nak mengucapkan terima kasih kepada abang ben dalam melaksanakan segmen Kempen Blog Baru Pilihan bersama Ben Ashaari sebelum undian dibuka. sejujurnya, segmen ini sedikit sebanyak membantu zureen. terima kasih abang ben!

kepada anda semua, terima kasih kerana terus menyokong dan mengundi blogger-blogger baru yang tercalon. kepada yang tercalon, all the best and zureen wish anda semua luck!

Kredit kepada saudara Azman Roslan kerana menyediakann platform yang zureen rasakan TERBAIK ini untuk blogger-blogger baru :)

p/s : ya. memang sukar. yelah. tengok saja pilihan 8 tu. sangat sengit, kan?

Klik GAMBAR untuk mengundi, INGAT! PILIHAN 8 NOMBOR 285! hehe

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive