blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, December 20, 2010

TIKET BOLA TAK HABIS KE?

salam.

hehe. lepas tahu Malaysia dapat masuk final menentang Indonesia nanti, tidak sabar rasanya nak menyaksikan secara live di stadium bukit jalil! ngee! bestnya! dan kebetulan pula zureen sememangnya berada si semenanjung malaysia! yeah! jom semua kita meriahkan stadium bukit jalil!

tapi, bila fikir punya fikir. tiket tu tak habis ke? sempat lagi ke nak beli? berapa puluh ringgit ek?

kepada yang taknak pergi, atau memang tak minat nak pergi, suatu kerugian besar berlaku dalam hidup anda! hehe. jom kawan-kawan blogger semua! kontek-kontek zureen bila anda pun pergi oke?

sebenarnya nak tengok ini je :


jangan marah ye kak Elia! =.=''

Sunday, December 19, 2010

sape tahu buat blog macam ni?

salam semua.
kali ni zureen tak mahu tulis panjang-panjang. penat! heh~
zureen just nak tanya, ada siapa-siapa tak pandai buat blog macam ni? zureen sangat suka blog dia! sumpah! tersangat-sangat nak mampus laa kekreatifan dia dalam buat blog. ish-ish! jeles! nak tengok tak ni?
klik SINI!


cik sushi kata : sape-sape tahu cara nak buat, kongsi ilmu k? jangan kedekut! hihi

10 Ayat BERACUN Lelaki!

Perhatian kepada semua kaum lelaki elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ’senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ’suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you“, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


cik sushi kata : paling tak suka 5, 6, 8!

tidak dapat lupakan kekasih lama? zureen sedia membantu!

tak dapat lupa kekasih lama?
haha. jom! zureen sedia membantu!

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut. Lakukan setiap hari, 3 kali sehari. hihi.

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung. :P

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan. Bukak lah warung khas untuk sesi interview tu. Alaaa.. bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi. hihi.

4.Buat perusahaan menternak itik. Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo. hihi lagi.

5.Sibukkan diri dengan bekerja. Bantai overtime banyak-banyak. Bila duit dah berjuta nanti, cari saja yang lain, kahwin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala. kan? hihi.

6.pergi ngadap cermin yang sememangnya setia dengan anda. buatlah lawak gila yang tak masuk akal, pastu gelaklaa sendiri-sendiri. :)

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x. ikut tau! oh-oh!

8.Kalau still teringat kat pasangan anda tu, anda pergi cari tangga. alaa.. cari sajalah dekat rumah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya, anda akan lupakan terus pasangan anda tuh. dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi. hihi.

9.Kalo ingatan anda masih ada, pergi saja rumah jiran sebelah, pinjam tukul, pastu buat tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailah hilang ingatan. hihi :P

NOTE:

A.kalau jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari..takkan dok buat sesi berkenalan dengan jiran anda lak kan? hihi.

B.Kalau susah sangat, hantuk saja kepala anda tu kat dinding rumah, buat sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh.

10.Gantung gambar si dia kat dinding. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan atau buatlah apa-apa saja asal hati rasa puas.

cik sushi kata : sungguh mujarab. belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi. hihi. okaylah, zureen mengucapkan SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 18, 2010

TOP 50 : AWARD BBPM 2010!


hehe. ada jugak orang sudi buat award untuk blogger baru yang barjaya masuk kan? nak tahu korang dapat tak award ni? klik blog lelaki kacak ni kat SINI okay?

cik sushi kata : btw, thanks wak! teruskan menyokong oke? =)

BBPM 2010 dah lepas. Alhamdulillah.

salam =)

awak-awak semua. maaf ya? sudah 2 hari tidak update blog. sangat sibuk dengan Blog Baru Pilihan Malaysia 2010. berbaloi juga bila dah lepas 1st stage. terima kasih kepada yang mengundi blog zureen ya? zureen appreciate sangat! follower zureen tak ada lah ramai macam blogger-blogger yang lain ikut masuk BBPM tu. blogger zureen setakat 300++ saja. tapi, Alhamdulliah, ramai juga yang baca blog zureen. 

KLIK untuk BESAR PUNYE!

ni laa PILIHAN 8 yang berjaya masuk ke peringkat ke-2! :)


dan banyak juga komen-komen pembaca yang zureen dapat. itu semua sangat membantu. ada juga yang complain sebab blog zureen tiada menekankan tentang isu-isu semasa - khususnya tentang remaja sekarang dan juga isu yang berkaitan dengan agama.

zureen ingin menjelaskan di sini. sebenarnya unsur-unsur tersebut ada. cuma zureen tidak berapa memperbanyakkan isu-isu tersebut. InsyaAllah, kalau ada isu yang boleh zureen muatkan tentang perkara tersebut, zureen akan memuatkannya. buat masa ini, zureen masih dalam proses pemantapan isi. terima kasih di atas komen membina anda ya?

lagipun, sebenarnya, blog zureen ni dah 'rojak'. semua ada. pasal personal life, hiburan, sukan. oleh itu, zureen tidak menekankan sangat tentang perkara-perkara yang tertumpu pada satu tema yang khusus.

wah. agak serius penulisan di atas kan? haha! okaylah kawan-kawan semua. sekali lagi zureen mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua. sama ada yang mengundi atau hanya membaca sahaja. hehe. teruskan mengundi zureen untuk peringkat kedua nanti ya?

p/s : zureen tak tidur tunggu tepat jam 7 BBPM tutup dan zureen mendapati dah 320 undi! terima kasih!!!

Wednesday, December 15, 2010

BBPM : tergarunya! opss! terharunya!

Klik GAMBAR untuk mengundi. INGAT! PILIHAN 8 NO 285! hehe



oh-oh.
sebelum anda baca, biarlah anda baca post ini dengan nada sopan kerana pada ketika ini zureen menaip dengan sangat lemah-lembut dan sopan-santun.

asalamuualaikum semua pembaca blog zureen yang HOT.
sebenarnya, post ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang tidak putus-putus mengundi blog zureen dalam 'Blog Baru Pilihan Malaysia 2010'. ya. sangat-sangat tergaru terharu sebab zureen sendiri tidak sangka ada jugak pengundi-pengundi blog zureen. terima kasih daun keladi!

''saya undi awak sebab blog awak unik!''

''saya suka blog awak sebab ringan! hehehhehe''

''saya undi blog awak pun sebab saya rasa awak layak ke peringkat seterusnya''

''saya suka awak. tulaa saya vote awak''

''saya suka love-love tuu''

oh-oh lagi sekali. walau apa alasan anda nak undi blog zureen pun, zureen tetap berterima kasih. tergarunya terharunya! walaupun tak konfom lagi layak, zureen tetap nk berterima kasih! terima kasih kawan-kawan!

zureen jugak nak mengucapkan terima kasih kepada abang ben dalam melaksanakan segmen Kempen Blog Baru Pilihan bersama Ben Ashaari sebelum undian dibuka. sejujurnya, segmen ini sedikit sebanyak membantu zureen. terima kasih abang ben!

kepada anda semua, terima kasih kerana terus menyokong dan mengundi blogger-blogger baru yang tercalon. kepada yang tercalon, all the best and zureen wish anda semua luck!

Kredit kepada saudara Azman Roslan kerana menyediakann platform yang zureen rasakan TERBAIK ini untuk blogger-blogger baru :)

p/s : ya. memang sukar. yelah. tengok saja pilihan 8 tu. sangat sengit, kan? 

Klik GAMBAR untuk mengundi, INGAT! PILIHAN 8 NOMBOR 285! hehe


Monday, December 13, 2010

ayang vs. abang

Salam semuanya.
opss! bukan-bukan! gambar di atas ni saja nak iklankan blog. jangan lupa undi ye?
okaylah.
untuk menghilangkan rasa bosan anda, apa kata anda baca surat di bawah ni dan respon. sama ada ayang atau abang yang betul. haha!





Dear abang,


Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini. kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau kenapa?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. tapi ayang nak dapat morning kiss pun susah .

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ayang nak dapat pergi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

Paling menyedihkan.. ayang tanya kenapa tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek dorang. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak. pesanan ayang:

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Love,
ayang

---------------------------------------
Ni abang lak bagi Surat Kat Ayang.

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang fikir mana tak abang tido dalam keta. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu. bukannya abang pergi berfoya-foya. kan abanggi kerja.. lagi satu pasal pizza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dari Jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak pizza dari Jepun.. nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish taknak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang tak tau berapa kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sebab masa tu ayang kalau mekup memang sebijik macam maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam. bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu pergi cukur  nak buat apa? walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak payah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari, nak morning kiss macam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bagitau jugak kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan Cuma jgn lupa kirim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bawak balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang tak payah laa susah-susah pergi kejar lembu tu... biar jek.. nanti abang balik kampung abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan stakat calar jek silap-silap leh masuk hspital. abang kene tanduk takpe..

Jaga anak-anak baik-baik jangan bagi diorang main kat sungai musim-musim banjir ni.. nak dapat anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi pizza Jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yang dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg taknak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang abang ketawa...hahahhahahahahha


kesimpulannya,
so, mana betul ni? ayang ke abang? hahah!


Sunday, December 12, 2010

Photo Contest : My Bestfriend Forever!

Klik untuk ke SANAAA

comel kan kami?


cik noraisyah, ada extra gambar pulak kan? kena letak sebab abang hensem dekat bawah ni takde dalam gambar atas tu. kang dia kecik hati lak kang. hihi.

1. mula berkawan sejak tahun  berapa?
julai 2009. baru saja ada BFF ni sebab beberapa tahun yang lepas dipulau BFF sendiri (time sekolah menengah) dan kehadiran mereka bertiga membuatkan zureen terbuka hati untuk ada BFF. love them.

2.kenapa anda rasa mereka bff anda?
zureen rasa kami saling melengkapi. ya laa. ada problem saja, mesti mengadu dengan mereka. mereka sangat memahami dan pandai menghiburkan hati zureen.

itu saja.
=)

Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama BEN ASHAARI



12 Disember, AHAD, Sabah - Blogger terkenal iaitu saudara Ben Ashaari telah menemuramah salah seorang calon sempena Kempen Blog Pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari semalam. Azureen Amjah - seorang bakal guru sekolah rendah merupakan salah seorang yang telah ditemuramah.

''Kenapa anda sertai contest Blog Pilihan Malaysia?,'' BA memulakan soalan temuramah.
''sejujur-jujurnya, zureen sangat suka menambah kawan-kawan baru. dan bagi zureen, mungkin ini merupakan platform terbaik untuk menambah kenalan dan sekaligus popular macam abang ben laa jugak. haha! sumpah! jujur ni tau!,'' jawab zureen berseloroh.

''Kenapa anda rasa anda layak diundi?'', BA mengutarakan soalan kedua.
''zureen rasa blog zureen layak diundi kerana sememangnya tidak memuatkan entri-entri yang tidak HANGAT! haha. contohnya entri INI. sehinggakan makwe penjaga gol ini tahu zureen tulis pasal boyfriend beliau. ish-ish. hangat-hangat!'' jawab zureen sambil mengunyah sushi.

''selain itu, zureen percaya pada kemampuan dan usaha zureen dalam menghasilkan sesebuah entri yang akan memuaskan hati pembaca. dan buat masa ini mungkin belum semua yang puas, tapi zureen cuba semampu yang boleh,'' tambah zureen sambil tersenyum.

''ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda'', BA memberikan soalan terakhir.
''sebenarnya tiada tema yang khusus dalam blog zureen ni. semua ada. info pasal BOLA, tutorial, masakan, tips-tips, info-info terkini, hiburan, kisah cinta, photography. pendek kata, tidak ada yang tiada di blog zureen. dah macam rojak!,'' jawab zureen sambil ketawa comel. hik-hik.

''kepada semua pembaca di mana juga anda berada, terima kasih kerana terus membaca blog zureen dan zureen akan janjikan yang terbaik untuk anda semua. jangan lupa undi pilihan 8, nombor 285 okay?'', zureen akhiri perbualan dengan sesi bergambar bersama Ben Ashaari.

sekian, kita kembali ke sri pentas. 


About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive