blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, March 25, 2012

putus cinta

asalammualaikum.
dah lama tak berblogging.
baiklah, asyik dengan flash saja, mesti anda semua bosan kan?
entri kali ni zureen nak main taip-taip lah.


kebetulan ada kisah yang zureen nak kongsi dengan anda. yes. pasal cinta. kenapa? entahlah. susah nak merungkaikan perasaan ini dengan kata-kata. tapi, kalau pendam, makan dalam pulak kan? dulu, zureen selalu lepak dengan dia. selalu borak, selalu ambik gambar. tapi sekarang?

ya. zureen faham, dia sememangnya sangat sibuk dengan kerjaya dia. sibuk ke sana ke mari. demi mencari sesuap nasi. zureen faham itu semua. tapi, tak bolehkah mesej atau tanyakan khabar? seminggu 3 kali cukuplah!! zureen tak minta lebih dari itu. serius ni.

zureen tahu, ramai yang tergila-gilakan dia. zureen bukannya perempuan yang cemburu buta. so, zureen biarkan jelah. tak ambil hati pun. tapi kalau sudah sampai ambil gambar pun nak berpeluk-peluk, gelfren mana yang tak marah kan?

bila dah marah, mulalah bergaduh. dia kata, zureen ni cemburu buta lah, apa lah. dia tak faham. macam mana kalau dia yang berada di posisi zureen? dia tak fikir itu semua. 

ya. zureen akui. dia kaya-raya. kerjaya dia memang baik dan mampu menjamin masa depan kami dan anak-anak satu hari nanti. tapi bukan itu yang zureen kejarkan. bukan itu. (taip sambil nangis-nangis). 

bila dah tak tahan, zureen ambil keputusan, putuskan sahaja hubungan ni. mungkin cikgu tak sesuai dengan pemain bola. ya, pemain bola. 







selamat tinggal Cristiano Ronaldo.
jangan nakal-nakal.
semoga bertemu jodoh yang sesuai dengan awak.
bye.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive