blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, September 22, 2011

"saya berani memperkenalkan skandal saya kepada anda semua" - zureen

apa yang anda perlu lakukan hanyalah 
mengisi tempat kosong dengan cara -
'mengklik' huruf-huruf tersebut. 
Peluang hnya diberikan 4 kali sahaja. 
selamat mencuba!!
jumlah skandal yang anda perlu cari adalah 3 orang. 



cik sushi : hehe. 

Saturday, September 17, 2011

otak kau berfungsi tak?!

TAHUKAH ANDA?

ktia mmapu membcaa apa sjaa aayt wlaaupn eajanyna baynk ynag sliap. Dnegan sayart hruuf peteama dan treakihr breada pdaa temapt ynag beutl. tiadk pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus. Heabtkan?

cik sushi : otak siapa yang berfungsi dengan baik, cer COMMENT! :D

Monday, September 12, 2011

PANIK SEMASA CANDLE LIGHT DINNER (PART II)!!!


sambungan.. :)




3. MEMAKAI PAKAIAN YANG SAMA
kamu fikir kamulah yang paling anggun dan cantik pada malam tersebut. tetapi, tanpa diduga sewaktu kamu menyusur masuk ke restoran tersebut, kelihatan ada seseorang yang memakai pakaian yang sama dengan kamu. malunya tidak terkata. sudahlah fesyen yang sama, warna pun sama.. si dia hanya tersenyum melihat reaksimu.

cara mengatasi : jangan menggelabah. buat tidak tahu sahaja. tidak ada salahnya kamu memakai baju yang sama. sekiranya si dia masih tersenyum, kamu perlu join sama tersenyum dan katakan padanya.. "baju yang saya pakai sekarang memang tengah menjadi pilihan. ini baru nampak satu mungkin ada lagi, jangan terkejut ya?"

4.MENUMPAHKAN MINUMAN
setelah khayal merenung mata antara satu dengan lain, kamu tiba-tiba berdebar dan menggelabah lalu menumpahkan minuman ke meja atau baju kamu.

cara mengatasi : ambil dan lapkan tetapi jangan terlalu kalut sehingga merosakkan yang lain. hati-hati dan lakukan dengan tenang. sambil itu kamu katakan padanya, "nasib baik tidak terkena baju awak, kalau tidak rasa bersalahnya saya.." cara ini dapat mengalihkan perhatiannya dari terus memerhatikan kekalutan kamu.

5.PERUT BERBUNYI
di saat berbual sambil mendengar muzik romantis yang sayup-sayup, tiba-tiba kedengaran muzik yang agak luar biasa dari perut kamu. mungkin kerana mahu terlalu kontrol sehingga kamu sanggup menahan kelaparan, akhirnya perut kamu pun berkeroncong.

cara mengatasi : relaks, tarik nafas sedalam-dalamnya dan jangan menggelabah..hehe buat sahaja seperti dia tidak mendengar apa-apa pun walaupun kamu pasti bunyi itu terlalu kuat dan hanya orang pekak sahaja yang tidak dapat mendengarnya. sekiranya dia hanya buat tidak tahu, mengapa kamu mahu membuka pekong di dada? tetapi, jika sekiranya si dia menegur kamu, kamu boleh katakan padanya "maaf ya, saya lapar lagi agaknya.."hehe..

cik sushi : akan bersambung lagi~ hihi

Thursday, September 08, 2011

PANIK SEMASA CANDLE LIGHT DINNER!!!


"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"





update! update!
zureen nak share tips yang boleh guna semasa anda mengalami beberapa situasi yang MEMALUKAN semasa dating, makan-makan, ataupun candle light dinner bersama kekasih!!!

pasti apa saja yang kamu lalukan semuanya dirasakan tidak kena. namun, jangan jadikan perasaan debarmu itu merosakkan makan malam yang penuh romantis.kamu perlu bersiap sedia mengatasi sebarang kemungkinan dan keberangkalian yang akan berlaku ketika candle light dinner kamu dan si dia berlangsung. zureen akan memberikan beberapa panduan untuk kamu menutup segala kekalutan itu. mari bersama-sama renungkan panduan atau tips di bawah agar kenangan yang romantis malam itu tidak akan menjadi kenangan yang paling kelakar dalam hidup kamu...!!

1. SALAH NAMA
dengan yakin dan manisnya kamu memanggil nama si ASHRAF (bukan nama sebenar) sedangkan namanya AMRI (bukan nama sebenar). oppsss! salah sebut. entah kenapa kamu secara tiba-tiba sahaja teringatkan ASHRAF, ex-boyfriendmu itu..

cara mengatasi : katakan kepadanya kamu seperti melihat teman sekampung kamu ASHRAF berlalu di hadapan kamu tadi. tetapi kamu tidak pasti sama ada betul atau tidak. katakan dengan penuh yakin agar ianya tidak menimbulkan sebarang tanda tanya.hehe.. boleh pakai kan?

2.MAKANAN TERLEKAT DI GIGI
senyuman manis kamu menjadi cacat kerana di gigi kamu ada terlekat cili atau sisa makanan.asyik sangat menikamati makanan sehingga tidak sedar ada benda yang memalukan kamu. lebih teruk lagi dengan selamba dia yang menegur kamu. argghhh~ malunyaaa!

cara menngatasi : tutup mulut dengan tangan sambil tersenyum. kemudian dengan selamba katakan padanya "tidak pernah terjadi seperti ini sebelum ini.mungkin ianya terjadi kerana mahu awak mengingati saya sampai bila-bila". atau sekiranya sudah terdesak katakan saja kamu memang ada tatu gigi. kelakarkan??!! hahaha.. (gelak besar macam iklan gigi palsu kat tv)

BERSAMBUNG.. HEHE~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive