blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Tuesday, March 29, 2011

lelaki BERTATU dan BERTINDIK tidak boleh jadi wali?


eyeball tattoo (dasyat!)





Soalan :
Betulkah kalau lelaki yang bertindik telinga tidak boleh jadi imam masa sembahyang jemaah, tidak boleh azan kat telinga anak masa lahir dan tidak boleh jadi wali? Setahu saya kalau perbuatan bertindik telinga atau bertatu sebelum Islam is acceptable tetapi, bagaimana pula jika perkara ini berlaku pada seseorang "Born Muslim"?


Jawapan :

Bertindik adalah amalan wanita dan diharamkan lelaki meniru wanita. Melakukan perkara haram yang berterusan adalah perbuatan orang yang fasik.

Persoalannya adakah boleh menjadi makmum bagi imam yang fasik? Menurut imam nawawi sah solatnya cuma tidak digalakkan. Boleh azan dan boleh menjadi wali dengan syarat dia hendaklah membuang tindik tersebut terlebih dahulu.


Sebelum islam bertindik dan bertatu tidak ada hukumnya kerana ia hanya apply untuk orang Islam. Bila dia sudah masuk Islam, hendaklah dia membuang tindik tersebut.


Mengenai tatu pula, kalau dia bertatu sebelum Islam, sebaiknya di buang tatu tersebut sekiranya ia tidak menyusahkan dalam erti kos dan kesihatan (ie tidak memudaratkan). Kalau menyukarkan utk membuang tatu, maka tidak menjadi masalah.


 cik sushi : "saya agak sedih sebab ramai budak-budak Melayu sekarang bertatu dan bertindik. apa nak jadi ni..''

saya suka jadik cikgu :)

zureen nak share sikit kegembiraan budak-budak sekolah bila zureen dan rakan-rakan lain tiba dekat SK. Kampong Biah, Keningau.










tenkiu adik Hafiz! love u too! mueheheheh~

cik sushi : makin cintakan profession keguruan ni. hehe.

Friday, March 25, 2011

kalau zureen gemuk..

KALAU ZUREEN JADI ALIEN NAMPAK AGAK COMEL KAN? 





TAPI,
KALAU ZUREEN GEMOK, SURE RAMAI LARI. 
HOHO~


Thursday, March 24, 2011

tahi hidung boleh jaga kesihatan?

klik untuk besar punye!


cik sushi : nak try makan taik hidung tak lepas ni? =D

Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6



Asalammualaikum murid-murid? ceyy! sejak melawat sekolah 5 hari ni dah berangan nak jadi cikgu betul-betul kan? ;p takpelah. hari ni cikgu akan kongsikan dengan murid-murid semua pasal undang-undang pelik di beberapa buah negara. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan.

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.


AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Wednesday, March 23, 2011

dulu dan sekarang

dulu

sekarang


cik sushi : ada persamaan tak? haha.



Tuesday, March 22, 2011

PENGUMUMAN : Cikgu busy sikit!

tengah busy sikit buat assignment 5 hari ni. 
bersabar ya?
akan berusaha meng'update'.

<3 you!


cik sushi : doakan 6 assignment ni siap before 1 April ya? uwaaaaaaaaaaaaa!!

Sunday, March 20, 2011

zureen mimpi basah?!


semua orang pun tidur. paling best, dapat mimpi basah yang baik-baik. paling x best bila mimpi yang tak best : kena kejar hantu, kena bunuh, kena sepak, kena tembak, kena tumbuk dan macam-macam lagi. tapi baru-baru ni mimpi zureen agak pelik sikit. mimpi basah. tak tahu laa nak klasifikasikan mimpi ni mimpi best ke tak.

mimpi:

zureen dengan kawan (tak nampak muka sape..tapi perempuan laa), nak pergi shopping. so, pakai cantik-cantik laa. dressing-dressing ala-ala nak pergi red carpet konon. bhahahha! lepas tu, zureen macam nak tunggu driver. tak sure laa driver or bus. tapi, memang tengah tunggu something laa. then, ada dua jejaka simbah air satu baldi kat zureen. ngam-ngam kena kepala!

memang BASAH laa!

1st tu tak marah, buat selamba dan masih fokus kepada objektif utama iaitu shopping. bila 2nd time dia simbah dari atas, zureen dongak. memang familiar laa wajah beliau-beliau itu! nak tahu sape?

encik toank (tukang simbah) dan encik auni (tukang tengok sambil senyum-senyum). ilustrasi mimpi tu macam ni laa lebih kurang :


korang agak-agak, apekah maksud mimpi ini? haha.
1. adakah zureen akan kena simbah?
2. kena hujan?
3. atau..

cik sushi : tak tahu nak komen apa. haha.

Thursday, March 17, 2011

sila timbang telur awak!

"jangan marah ye..hehe'' sambil wat muka di atas.




entri ini tiada kaitan pun dengan encik telur. haha. sekali imbas, notis yang tergantung ni sudah pasti membuatkan hati atau minda anda tertanya-tanya. "telur apakah yang perlu ditimbang?'' kalau dekat sabah, tak pernah pun beli telur ni kena timbang-timbang. hehehe. so, agak pelik jugak nampak notis ni.


cik sushi : =.='' serius, tak penah timbang telur. haha.

Wednesday, March 16, 2011

selesaikan rubic cube? hanya dihujung jari anda!



"boo!!! tak dapat buat rubik'' sambil buat muka di atas.



rubik? apa tu rubik? permainan yang zureen dah bosan dah.. memang zureen terer laa pasal bab-bab rubik ni. bhahhahha! astaghfirullah, riak pulak! ish-ish. baiklah. zureen memang berniat nak buat satu tutorial. nak ajar semua orang step-step mudah nak selesaikan rubik tu.

dekat hostel, ada laa 2,3 orang yang berjaya menyelesaikan rubik tu. ehemm. tengok sape laa yang ajar kan? tapi, lagi ramai yang tak dapat selesaikan actually. haha.

orang tua-tua kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan? zureen dulu belajar, taklah lama sangat macam kawan-kawan zureen yang lain ni.. adalaa dalam 2 hari setengah. heh. tak lama. yang penting kuat ingatan. zureen nak kongsikan dengan anda sedikit tips nak selesaikan rubic cube ni. hehe.


memanglaa di mana ada kemuahuan di situ ada jalan kan? tapi kalau dah memang tak masuk dek ajar, tensen jugak dibuatnya. bahhahahha!

cik sushi : paling kejap buat rubik ni 50saat. tapi adik buat 24saat je. ntah macam mana begitu laju. ish-ish. =.=''

''Follow Me Back ya?'' SATU PAKSAAN!

sementara tunggu dinner time (lambat pulak nak dinner, dah jam 9:30 p.m), zureen jenguk-jenguk laa blog wajib zureen pergi. hehe. BEN ASHAARI. entri abang ben kali ni pasal follow-memollow. hoho. zureen pun ada jugak sedikit masalah pasal benda ni.

orang yang follow blog zureen ni memang ramai. bolehlaa dikatakan ramai sebab blog ni pun baru 5 bulan kan? zureen tak pernah pun nak paksa-paksa mereka follow blog zureen ni. sumpah! masalahnya sekrang, lepas dorang follow mesti ckap macam ni ''saya dah follow awak, sila follow saya balik'' atau ''saya tembak awak kalau awak tak folo saya''

benda ni buat zureen serba-salah tau. kalau blog dia okay, tak berat, ataupun memang best, zureen tak keberatan nak follow balik. tapi, adalaa satu masa ni.. ada laaa dalam 2, 3 orang.. zureen try-try laa tanak follow balik. nak tahu apa dorang buat?

dorang unfollow zureen. sebab? zureen tak follow dorang. adakah isu follow me back ni satu paksaan? nak  sangat orang follow blog awak? later zureen kongsikan tips.

cik sushi : tak suka paksa-paksa. kecik hati pula dorang unfollow blog zureen semata-mata zureen tak follow dorang. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ hahaha

zip awak tuu... tak tutup lagi..

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan ok? hehe

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik

akibat terlampau posing


petang-petang macam ni zureen nak ajak anda semua menenangkan minda anda dengan memerhatikan gadis-gadis ini berposing. haha.
 


cik sushi : nak posing pun, cari tempat yang selamat sikit oke? ;)

doa si anak

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa:

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".



Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya
si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.



Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi:

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".



Si ayah terasa amat risau.

Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,
juga kerana sakit jantung.



Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu:

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".



Si ayah panik sepanik-paniknya.

Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu,

"Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong
tolong, kecoh pagi tadi tau!"


Si ayah yang hairan bertanya,

"Apa jadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab,

"Tukang kebun kita mati sakit jantung pagi tadi ..."

cik sushi : bahhahahahhahhh!

mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata!

Adakah anda tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.
 
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office. Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

cik sushi : kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.

how fast are you? (game saya tak sehebat ayeem. haha.)

dah puas main game yang encik ayeem buat. score tak naik-naik pun. huh~ sekarang, zureen nak buat game jugak. rapi taklah secanggih game yang encik ayeem buat kan? hehe. isi tempat kosong je.


cik sushi : high score zureen kasi free kick saround! haha.

Tuesday, March 15, 2011

Malaysia HARAMKAN tudung?

BERITA GEMPAR!
Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadikkk dengan Malaysia hari ni??

Monday, 07/07/08 , 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung 


sumber : google


haramkan tudung?? baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman  pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara  sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi  pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang  mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh  pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian  tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan  menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan  menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak  memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga  tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia . bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid-masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian
tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International  islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah  maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu
berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah.

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


sumber : e-mel


cik sushi : maaf, saya hanya mengfowardkan mesej ni. haha

b*bi siapa ni?


Area : Penampang, Kota Kinabalu

cik sushi : besarnya!! makan daging ke **** ni?

Rasulullah S.A.W : "jangan kau kahwini wanita yang enam"

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
 
sumber: Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau

hujan : rambut kita akan gugur lepas ni??? oh tidakkk!!

"a nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 am today. If it rains tomorrow or later, do not go outside. If you are outside, be sure that you have protections. It is acid rain. Do not let it touch you. You may burn your skin, lose your hair ir have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know''

keesokan harinya..

"sorry for give you wrong information about acid rain. dah ada kat berita semalam. jangan percaya mesej tu. sebab kemungkinan besar radioaktif dari Jepun takkan sampai kat Malaysia. Lagipun yang radioaktif nuklear meletup kat Jepun tu x menyebabkan kebocoran. sorry again''

cik sushi : terima kasih kepada awak yang send mesej ni dekat saya. saya tak marah pun. cuma saya rasa awak sayang saya. hik-hik. thanks Rumaisa!!!

Monday, March 14, 2011

TAHNIAH LEE CHONG WEI!!

haha.
hari ni zureen sangat berpuas hati di atas persembahan sekaligus keputusan perlawanan badminton All England yang dipersembahkan oleh Lee Chong Wei, hero badmintonb Malaysia. Sesungguhnya, aksi beliau yang memang bersungguh-sungguh menentang musuh tradisinya - Lin Dan memang memotivasikan diri ini untuk membeli kasut badminton baru. haha!

tapi memang puas hati laa tengok match tu. Secara jujurnya, hari tu bukan hari Lin Dan. Tengok Lin Dan main pun banyak mistakes. berdebar-debar jugakla. tapi alhamdulillah, kemenangan berpihak pada Malaysia.

Satu je zureen tabik pada DLCW, dia tak sombong! even dia menang or kalah, tetap nak peluk-peluk Lin Dan. tak pernah pun nak menari-nari macam si 'beliau' kan? memang best lah! Sayangnya, zureen tak ambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar bersama beliau hari tu. ruginyaaa! hope DLCW datang sabah lagi nanti.

I LOVE YOU DLCW!

cik sushi : encik sushi baca ni mesti jeles. hehe.

Friday, March 11, 2011

10 perkara yang lelaki kena lelaki buat semasa bini/gf awak period

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.


2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.


3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.


5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.


6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara.

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.

Thursday, March 10, 2011

kepada amri ashraf ;)

kasihku,
ku amat mencintai kamu,
karna kau beri erti hidup,
ku kan terus mencinta
sedetik lebih,
serta selamanya <3


cik sushi : lama tak post jiwang. sila jangan maki. haha.

Aku Menyesal Kahwin..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

diculik daripada encik tuah mohd. bakheet :)

Tuesday, March 08, 2011

melatah : "ohhhh ***** kau besarrr!!!''

bila bosan dalam kelas, update blog lah! heh~
AMARAN : entri tidak serius.


"ohhh mak engkau mampos!"

"ohhh.. **** kau takde!"


"opocottt!"


"ohhh bapak ayam aku!"


''ohhh..  *** *** *** *** ***!!!''

haa. agak-agak, golongan manakah yang sering mengalami situasi di atas? mestilah golongan yang MELATAH kan? entri ini saja, suka-suka. bukan maksud untuk mengutuk dan memperendah-rendahkan golongan ini. tapi, memberi ruang untuk anda semua mencurahkan idea masing-masing, bagaimana agaknya mereka ini boleh menghentikan tabiat melatah itu. ececcecechhh! formal pula kan?

siapa melatah?
haa. golongan yang melatah ni selalunya :
-orang tua
-makcik
-nenek
-kaum wanita
-orang yang anggap dirinya tua
-orang-orang yang mempunyai kondisi jantung yang lemah (agaknye kot. sbb dorang takleh terkejut. haha!)


kenapa mereka melatah?
-baka?
-pengaruh persekitaran?
-mereka anggap melatah itu cool
-Tuhan balas balik perbuatan mereka yang suka ketawakan orang melatah (hukum karma)
-takleh terkejut
-kurang exercise (haha! takde kena-mengena oke?)

bila mereka melatah?
-time orang sebut nama dia
-cucok pinggang dia
-nampak hantu

kesan?
-buat dosa (maki hamun)
-sesak nafas
-letih (especially mangsa diusik berulang-ulang kali)
-boleh pengsan
-boleh koma
-boleh MATI
 
cara mengatasi?
-gam mulut dia (sekurang-kurangnya dia melatah dengan cara miming) haha!
-operate dan keluarkan kotak suara dia
-rendam clorox dan minum sampai bisu
-minum cuka getah 2 kali sehari



cik sushi : SUMPAH! entri ni tak serius. Do not try this!!

kelabu taik anjing!

sumber : google



"awak kena beli sampul surat warna kelabu taik anjing"

haa? kelabu taik anjing? kenapa taik anjing warna kelabu? kenapa tak warna purple? pink? atau paling logik pun warna kuning cair. yukks!!!

agak kotor pulak tajuk kita pada hari ini kan? tidak mengapa. zureen hanya nak merungkai pendapat anda tentang warna-warna taik ni. kenapa mesti taik anjing? kenapa tidak ayeem ayam? itik? kucing? kenapa mesti kelabu itu sesuai dengan taik anjing?

baiklah, mungkin jugak taik mata anjing yang warna kelabu? atau taik telinga anjing? atau taik hidung anjing? kita tidak tahu taik mana yang warna kelabu sebenarnya. haha!

okaylaa. nampaknya, tu je lah zureen nak post. lecturer ada  kata "taik anjing warna kelabu gelap, taik kucing warna kelabu cerah''. kenapa mesti warna kelabu? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? (emo pulak)

cik sushi : i hate grey! haha.

Monday, March 07, 2011

sopan sikit boleh kan?

Asalammulaikum. Hai kawan-kawan! =)

baiklah, bercakap pasal kuliah, zureen suka sangat kongsi apa yang zureen nampak. dan benda-benda macam ni lah yang selalu jadi isu dan bahan umpatan orang sekeliling kan?

firstly, zureen nak cakap pasal etika berpakaian masa masuk kuliah. kalau budak-budak IPG, jangan cakaplah. semua pun pakai formal. dan itu cukup bagus!!! yang tak berapa nak bagusnya, kehidupan di universiti. nak tahu apa mereka pakai?

sumber : google

1. baju yang menampakkan 'lurah dendam'
lurah dendam? haha! ape kejadah nak pakai baju yang menampakkan lurah dendam kan? khas untuk pompuan. yang lelaki, nak pakai baju yang macam ni agak-agak laa oke? cukur bulu dada awak tu dulu! haha. oke, apa motif sebenarnya mereka berpakaian sedemikian rupa? ish-ish. nak bagi free show ke? jangan laa nak melabelkan diri anda sebagai 'perempuan murah' pula oke? pedas tak ayat zureen? heh.

2. baju jarang nampak bra
haa! ni memang favourite hot chicks dekat kolej. time kuliah, nak tayang itu, tayang ini. ish-ish. memang tak patut. ni bukan sahaja buat lecturer tak senang duduk, budak-budak laki pun macam tu jugak. bukan jeles. benda ni buat apa nak jeles kan? cuma, sebagai perempuan, zureen malu tau tak? lebih-lebih lagi pakai baju putih, bra wane kuning striking gitu. nak pegi cari bapak ayam ke hape? ish-ish.

3.skrit terlalu pendek
zureen tahu peha awak gebu. peha idaman semua oranglah katakan. haha. masalahnya, time awak duduk tu.. haaa! nampak panty! mak oiii! kalau panty tuu wane pink-pink okay laa jugak. ni tak, siap ada gamba otromen lagi. haa pesal? awak pakai laa skrit yang panjang sikit. lagi bagus, awak pakai seluar. kurang risiko kena rogol. kan?

sumber : google


4.singlet
fuuhhh! kalau tengok pompuan atau laki pakai singlet gi kuliah memang jadi tumpuan lahh! nak tahu kenapa? sebab orang nak tumpu kat mulu tiak (bulu ketiak) dia! kalau cukur, licin, bersih, takpelah. ni tidak. dah laa panjang, kerinting lak tuh! mak aihhh! spesis apakah ini?

nak gi kuliah ni, kita timba ilmu. bukan nak gi disko ke hape ke. pakai elok-elok, sopan, kemas-kemas sikit. insyaAllah, ilmu tak segan nak masuk kat kepala hotak kita.

cik sushi : ayat kasar sikit sebab emo Man United kalah lagi. bye!

Wednesday, March 02, 2011

hai, saya copy gambar awak!

boleh copy tak gambar zureen ni? tak boleh kan? buat je macam ni. apa susah?

Asalammualaikum semua. Dah lama zureen tak update kan? Biasalah.busy dengan assignment.

Okay, direct to the point, zureen nak minta maaf lah kepada encik/cik yang telah mengambil gambar ally iskandar bersama tunangnya. Seriously, zureen tak pernah nak ambik gambar-gambar tersebut dari blog orang lain. Yang zureen tahu, zureen ambik gambar tu dari encik google. So, terima kasih encik google.

Pasal watermark tu, zureen rasa ianya bukanlah satu isu besar. Zureen dah search balik, BERLAMBAK lagi gambar-gambar yang sama dengan watermark yang berlainan. So, zureen ikut-ikut jelah. Kalau encik/cik sakit hati dengan tindakan zureen ni, zureen minta maaf.

Kalau encik/cik nak marah zureen pasal zureen copy gambar tu, sekali lagi zureen nk minta maaf sebab benda tu zureen ambil dari encik google. Diulang sekali lagi – encik google. Kalau encik google marah, zureen minta maaf lah dekat encik google.

Encik/cik kena tegur juga mana-mana blogger yang ambil gambar tu. Jangan nak serang zureen sorang je. Tak adil laa kan? Btw, untuk pengetahuan encik/cik, zureen tak pernah tau ambik-ambik gambar dari blog orang tak kreditkan kepada tuan punya blog. Cuma, dalam kes ni, zureen ambik dari google. Lupa pulak nak kreditkan dekat encik google. Mohon maaf sekali lagi.

Kepada encik/cik jugak, kalau takut sangat orang nak copy bahan blog kita, try buat macam mana blog zureen buat. Takleh highlight, takleh copy. Senang cerita. Takde masalah.
 
Sekian.

cik sushi : takpun wat watermark kat gamba awak besar-besar. so takleh laa nk copy. ;)

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive