blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, October 29, 2010

inilah kerja kami petang-petang.

''tunggu bha~''
''mau tunggu apa?''
''jgn jogging laju-laju.. biar romentik sikit''
''haha.. yala2''

XXXXXX

''lepas ni kita main badminton ya?''
''wokey!''

ya. kami memang minat bersukan. even zureen ni kecik, that's is not a factor that can halang zureen dari mencuba apa-apa jenis sukan. bhehehhe~ tapi, serius, zureen LANGSUNG tak pandai main bola tampar.

ya. kami minat bola.
dia - liverpool
saya - manchester united

ya. kami minat badminton.
family kami minat badminton.
of course team Malaysia!
malaysia boleh!!!

ya. kami minat futsal.
even, ada satu masa dulu, zureen tendang penalti tidak goal.
walaupun play maker kononnya.
biasalah, cristiano ronaldo pun pernah melakukan kesilapan yang sama semasa final menentang chelsea dulu. :p

ya.kami minat sukan! (lagi)
dia - nike
saya - nike
nike boleh!!!

XXXXXXX

petang tu, kami snap-snap gambar.
agak malu-malu (konon).
haha.

wish u all the best for your exam amri ashraf!


















Thursday, October 28, 2010

exam? oh noooooooo!!!

salam.
saya study last minute.
huhu~
macam mana laa mau cemerlang ni.
btw, all the best semua!!!!

Monday, October 25, 2010

JOM KETAWA!

entri kali ini agak similar denganPOST INI. klik saja link tersebut untuk mengetahuinya. namun, kali ini merupakan surat daripada seorang lelaki kepada futyre wife(s)nya. baca dan fahami. hihi.

Kehadapan my future wife(s)



I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.



So, wahai my future wife(s)



I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.



I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.



Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?



Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.



My future wife(s),



I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.



Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.



Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.



My future wife (s),



You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.



Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?



I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.



Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

the end. haha

tag! tag!

1. What is on your bed right now?
= teddy bear!

2. When was the last time you threw up?
= Last 5 days,i bet.

3. What is you favorite word or phrase?
= wohh?

4. Name 3 people who made you smile today?
= mama, amri ashraf,

5. What were you doing at 8 am this morning?
= attending an assembly.

6. What were you doing 30 minutes ago?
= facebooking ; blogging


7. What is the last thing u said aloud?
= eeeee!!! (during playing badminton)

8. What is the best icecream flavor?
= chocolate!

9. What was the last time you drink?
= Water

10. What are u wearing right now?
=pyjama :)

11. What was the last thing you ate?
= tuntul a.k.a siput sedut.

12. If you cud go anywhere in the world,where wud you go?
= makkah! wohhhhh~

13. Are you allergic to anything?
= nope :)

14. What do u think of when u think of Australia?
= Kangaroo :D

15. Favorite pair of shoes you wear all the time?
= nike (i'm sporty!)

16. How did u get one of ur scars?
= bicycle crash. wohh!

17. What did ur last message say?
= laa.. pa ingat ma fokus nk makan ja td..haha

soalan ini diTAGkan kepada :
ayoi
andy
kayy
syafiee


sila jawab.

28 cara membuat si gadis tersenyum :)

salam semuanya.

sebenarnya, zureen tidak ada idea.
buntu.
lapar.
tak pasti nak tulis pasal apa.

okay.these are the 28 WAYS TO MAKE A GIRL SMILE:

take note boys! ahha XD

[1] Tell her she is Beautiful. NOT hot or fine.
[2] Hold her hand at ANY moment even if it is just for a second.
[3] Kiss her on the forehead.
[4] Leave her voice messages to wake up to.
[5] ALWAYS tell her you love her at any & and all times.
[6] When she is upset, hold her tight & tell her how much she means to u
[7] Recognize the small things ..they usually mean the most.
[8] Call her Sweetie, baby, MAMA (any 'panggilan manja lah~)
[9] Sing to her no matter how horrible your voice is
[10] Pick her over all the OTHER girls you hang out with
[11] Write her notes. (she loves them)
[12] Introduce her to family & friends as your girlfriend
[13] Play with her hair.
[14] Pick her up, tickle her, & play WRESTLE with her.
[15] Sit in the park & just TALK to her.
[16] Tell her funny jokes, tell her stupid jokes, just tell her joke.
[17] Throw pebbles at her window in the middle of the night just because u missed her.
[18] Let her fall asleep in your arms
[19] Carve your names into a TREE.
[20] If she`s mad. Kiss her.
[21] Give her piggyback rides
[22] Give her flowers (i prefer chocolate)
[23] Treat her the same around your friends as you do when you`re alone
[24] Look her in the eyes & Smile.
[25] Let her take as many pictures as she wants.
[26] SLOW DANCE with her, even if there isn't any music playing.
[27] KISS HER IN THE RAIN.
[28] If you`re in love with her tell her.

Wednesday, October 20, 2010

benci! benci!

''nyah kau dari sini!!!''

''eee.. zureen geli tengok muka kauuu!! geli! geli!!''

sabar-sabar, zureen bukan kejam sangat nak kata orang macam tu.. sebenarnya, bukan orang! bukan! ya! bukan! haha! sebenarnya, makhluk Allah yang kecil ini memang sangat-sangat buat zureen geli dan meremang bulu roma, bulu tengkuk, bulu kaki (even bulu kaki i halus..wakakkak), bulu kening, bulu mata, bulu hidung, bulu... segala bulu-bulu laaa!!

nak tahu makhluk kecil yang mana satu? calon-calonnyaaaa....

1) cengkerik
2) belalang
3) lipas
4) ANDY
5) Amri Ashraf

ya. sudah pasti bukan yang no. 4 kerana dia salah seorang daripada BFF zureen.dan, bukan juga no.5 kerana dia boss zureen! haha. okay-okay. bertenang. zureen akan berterus terang dan akan mengumumkan bahawa zureen benci LIPAS! lebih-lebih lagi LIPAS TERBANG! Sumpah! zureen boleh lari 100m bila ada lipas dekat dengan zureen! betul ni! serius!!!

bukan apa, zureen memang geli melihat lipas. faktornya :

1) kaki dia panjang-panjang
2) dia lari laju. geli tengok!
3) bau
4) sesungut dia bergerak-gerak. rasa macam mahu gunting ja! serius!
5) dia boleh terbang dengan mengejut lalu hinggap di mana-mana bahagian badan!

ada satu hari tu. time tengah sibuk berwebcam!

''saya mahu keluar ni'', kata lipas tersebut. ketika itu, zureen tidak mengendahkannya kerana suaranya terlalu halus untuk didengar.

sedang sibuk zureen ketawa-ketawa manja dengan webcam, tiba-tiba makhluk yang paling zureen takuti itu muncul dengan gayanya. mahu bershopping mungkin! secara automatik, zureen melompat terus ke atas katil! jaha*** punya lipas!

zureen mula mengambil objek-objek berat di sekeliling lalu menghumbankannya. namun, gagal. kerana zureen bukanlah pelontar yang baik. kalau setakat smash tu, boleh laa. haha!

okay-okay. berbalik kepada cerita tadi, lipas itu pun terus berlari terkedek-kedek dan menyorok di sebalik lappy. ciss! kemudian, zureen mengambil buku rujukan PSV yang tebal (kononnya study laa..bahhaha).

zureen aim betul-betul. fokus. tarik nafas. dan baling! MATI! hahahhahahahha!!!! (time ni sangat excited sehinggakan terlupa bahawa tengah berwebcam)

kembali melihat webcam.

''kenapa bunuh?''
''salah ka?''
''tidak salah. tapi..''
''tapi apa?''
''zureen tak tahu ka yang lipas ni adalah haiwan yang BERDENDAM!''
''berdendam??''
''ya!!!''
''maksud amri?'' (naaa.. kantoi suda berwebcam dengan amri! haha)
''ya laa.. kalau zureen bunuh seekor, lepas ni.. kawan-kawan or family dia mesti datang!''
''eee.. jangan bha~''
''astaga... betul ni..dorang mau menuntut bangkai family dorang tuu nanti''

(dalam hati : mengarut jak mitos amri ni)

tak sampai 5 minit

''kita serang perempuan ni!'', kata bapak lipas.
''jom bang!'', kata bini kepada bapak lipas. haha

mereka beramai-ramai (ada 4 ekor semuanya) menyerang zureen dari belakang dan zureen menjerit sekuat-kuat hatinya seperti orang histeria.

p/s : betulkah lipas ni berdendam? *membuat sidang media - meminta maaf kepada family-family lipas sedunia. saya memang geli dengan kamu semua!

the end. haha

Saturday, October 16, 2010

pesta seni visual :)




salam.

ya. kali ni, rasanya entri zureen tidak banyak menggunakan huruf-huruf. haha. anda akan menyaksikan perkara-perkara yang berlaku semasa pesta seni kelolaan PPISMP PSV SEM 3 yang diadakan pada 14102010 yang lalu.









di bawah ni pula merupakan antara orang-orang kuat yang menjalankan pesta seni ni :)
















gambar di bawah ni pula gambar aksi-aksi anak-anak kecil yang turut serta memeriahkan pesta seni! love them!











baiklah, seperti yang dijanjikan, zureen akan 'menghidangkan' mata anda dengan adegan lompat melompat! sangat lucu. tapi, jika anda sendiri mengalaminya, zureen pasti, ia akan menjadi sebahagian dari memori manis anda :)







kami gembira dan bersyukur semuanya berjalan dengan lancar!



p/s : zureen banyak tangkap gambar kawan-kawan. tapi sayangnya, gambar zureen sikit ja on that day. poor me. tak apa. yang penting, saya sayang mereka!

Friday, October 15, 2010

opsss! pecah rahsia suda!

salam semua.

ya. entri kali ini sudah pasti dipenuhi dengn huruf-huruf. sekali lagi, kepada yang tidak gemar membaca,sesungguhnya, blog ini tidak sesuai dengan anda.

''confident sikit!''

masalahnya, makin diberi perangsang sedemikian, makin berdebar hati ini. makin menggelabah. makin berpeluh. makin nervous dan makin terasa pening dan ingin saja keluar dari 'benda' tersebut.

''kenapalahhh susah sangat belajar benda ni????''

''bukan susah, cuma perlu berani sikit''

'apa tidak cukup berani lagikah zureen ni?' ya! mungkin tidak cukup. kerana, semasa naik 'benda' ni saja automatik, fikiran akan melayang dan mula untuk memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya zureen fikirkan.

enjin di start. berderau darah ini mendengar bunyi enjin kereta yang meronta-ronta meminta ingin digerakkan. masuk gear 'R' dan minyak di tekan perlahan-lahan. MATI!

''kenapa bha ni ma?''

''sayang. u belum turunkan hand break..''

''OMG! why don't u remind me, mom??''

mama hanya ketawa. rasanya dah lebih 5kali zureen mengalami masalah yang sama. hand break! hand break! hand break! kan bagus kalau kereta manual ni takda hand break? menyusahkan betul! cisss! *serius, ingin saja mengerat-ngerat hand break tersebut lalu mengumbankannya ke pusat pelupusan sampah!

''all u need to do is relax, dear. zureen tak relax, that's why benda yang simple ni pun zureen boleh lupa''

''okay, boss!''

enjin dihidupkan semula. nafas ditarik sekuat-kuatnya dan dihembus (p/s : pakai listerine jadi nafas tidak bau..haha!). baik! mula-mula, gear 'R' lepas tu turunkan hand break kemudian, tekan minyak sikit-sikit. yes! kereta ini bergerak!

''see? u can do it''

''just do it, mom!''

dengan bergayanya, zureen membawa kereta tersebut perlahan-lahan. (baru gear 1 ni)

''okay, now. tukar gear 2''

''what? zureen tidak pandai, ma.. boleh gear satu ja?''

''ish.. panaslaa enjin nanti''

serius, dengan tidak konfidennya, zureen menekan clutch masuk gear dua dan tekan minyak! MATI LAGI!!! geram. rasa ingin saja zureen keluar dari kereta tersebut lalu berjalan kaki. lagi cepat sampai kot?

hampir 10 kali percubaan, 10-10 jugalah kereta mama mati! tidakkah menggugat kesabaran jika berlaku hal sedemikian itu kepada anda?

hari sudah makin gelap. tidak lama lagi azan maghrib berkumandang. belajar kereta hanya sampai di sini. memang hampa! tidak hairanlah jika adik lelaki zureen lagi terrorist jika dibandingkan dengan zureen. as usual, ''biasalahhhh.. dia lelaki''

credit to mom : thanks sebab sudi jadikan kereta mama sebagai 'mangsa' dan sudi mengajar zureen yang tak pandai masuk ajar ni. hoho~

pssst! zureen bawa kereta selalu tu bukan pro sangat pun. bawa gear 1 ja. hihi~ i wish i could have a driver! i wish! i wish!!!!

Sunday, October 10, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.





5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, October 09, 2010

20 cara membuatkan roomate anda GILA!

baiklah. post kali ini adalah berkaitan dengan roomate dan yeah, zureen telah meminta izin daripada tuan punya badan untuk berkongsi tips ini di laman blog. yeah! khusus untuk mereka-mereka yang tinggal d asrama. untuk sesiapa yang sudah memiliki suami/isteri, anda ditegah untuk membuat perkara-perkara di bawah terhadap 'roomate' anda. haha! :)

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.



2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”



3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.



4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”



5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.



6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”



7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”



8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.



9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”



10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.



11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.



12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.



13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.



14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.



15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.



16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.



17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.



18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.



19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.



20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

nice kan? i prefer no. 15!!! hahaha.

Friday, October 08, 2010

kenapa BHA?

baiklah.
merujuk terus ke tajuk di atas, ya. begini ceritanya.


''hey pendek, berapa tinggi?''

suara wanita hingusan itu membuatkan jantung saya berderau. serious, rasa ringan saja tangan ini untuk memberikan kesan tapak tangan di wajahnya. ataupun, ingin saja membaling penyapu yang berhampiran ke bahagian badannya yang agak2 seperti tong drum tersebut.

''hey pendek, aku tanya ni, kau dengar tak?''
zureen hanya membiarkan pertanyaan tersebut tidak berjawab. walaupun rasa ingin mengoyakkan mulutnya yang agak berbau akibat ulcer itu, zureen tetap balas dengan senyuman.

''hey gemuk. pergi cuci mulut. bau!''
sebenarnya, ayat tersebut hanya berkumandang di dalam hati. tidak dapat memuntahkan ayat tersebut. entah mengapa. mungkin masih dididik untuk memberikan sedikit rasa hormat kepada mereka yang sememangnya tidak LAYAK untuk dihormat pun!

mungkin, zureen terlalu sensitif. tapi ayat sedimikian rupa memang tidak patut di muntahkan.apatah lagi, jika ada orang lain yang mendengar ayat tersebut. padahal, wanita itu bukanlah cantik sangat. badan seperti tong drum, wajahnya seperti jalan yang belum di tar! mungkin juga wanita ini bergurau, tapi, rasanya anda semua juga akan mengamuk jika ada seseorang yang melemparkan kata-kata sedemikian ke arah anda bukan?

*sigh
''kenapa kelemahan sekecil ini perlu ditertawakan?''
''kenapa kelemahan sekecil ini perlu dijadikan sebagai alat untuk merendah-rendahkan orang lain?''
''kenapa perlu mempertikaikan ciptaan Tuhan?''

itu adalah antara persoalan yang sering berlegar-legar di minda. apa motif mereka sebenarnya? melunturkan semangat? haha! ianya tidak akan terjadi. :)

''hey dude! even i rendah, sekurang-kurangnya, i ada boyfriend'',
''i bukan tak mau ada boyfriend. ramai yang beratur. tapi, tahu sajalah. i malas. malas nak layan cinta-cinta sekarang ni''

my GOSH! sangat-sangat meluat bila dengar ayat-ayat tersebut. memang tak tahan! cakap ja lah tak laku kan? haha. zureen just tersenyum puas, manakala wanita tersebut menjeling - sakit hati mungkin!

kesimpulannya,
biar apa orang nak kata kan?
yang penting, stay comel. haha.




SARANGHAE AMRI ASHRAF!






YOU ARE LOOSER TONG DRUM! HAHA!

100 TRUTHS :)

001. Name → AZUREEN BINTI AMJAH
002. Nickname(s)→ ZUREEN
004. Zodiac sign → AQUARIUS BEB!
005. Male or female → FEMALE
006. Elementary → I HV NO IDEA.
007. Middle School → SK PEKAN KUALA PENYU, SRK ST. FRANCIS XAVIER, SEK AGAMA ISLAM PEKAN KENINGAU
008. High School --> ST. FRANCIS XAVIER KENINGAU
009. College School --> IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
010. Hair color → BLACK + SHINE
011. Long or short → LONG!
012. Loud or Quiet → A LIL BIT LOUD
013. Sweats or Jeans → JEANS
014. Phone or Camera → BOTH!!
015. Health freak →
016. Drink or Smoke? → HELL NO!
017. Do you have a crush on someone? → DEFINITELY!
018. Eat or Drink → YEAHH. I PREFER BOTH!
019. Piercings → EARS
020. Tattoos → NO WAY!

FIRSTS:
023. First piercing → EARS OF COURSE
024. First best friend → NUR IZZATUL AINI ABDULLAH
025. First award → BEST SINGER!
026. First crush → FAIZAL HARIS
027. First pet → CAT! MEOWW~~
028. First big vacation → DON’T REMEMBER
030. First big birthday → NEVER


CURRENTLY:
049. Eating → MEE BASAH SEAFOOD
050. Drinking → ORANGE JUICE
052. I'm about to → SHOPPING WITH MY FAMILY AND MY LOVE ONE
053. Listening to → KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE / ATILIA
054. Plans for today → BADMINTON!
055. Waiting for → MONEY (ALLOWANCE!)

YOUR FUTURE:
058. Want kids? → YES!
059. Want to get married? → OF COURSE. BUT, NOT NOW
060. Careers in mind →

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → LIPS
070. Shorter or taller? → TALLER
072. Romantic or spontaneous → SPONTANEOUS
073. Nice stomach or nice arms → NICE STOMACH! HAHA
074. Sensitive or loud → BOTH MAYBE
075. Hook-up or relationship → SERIOUS RELATIONSHIP!
076. Trouble maker or hesitant → PLEASE GO TO HELL!

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → NOT YET.
081. Ran away from home → NEVER
082. Held a gun/knife for self defense → NEVER DUDE!
083. Killed somebody → HAHA. NO!
084. Broken someone's heart → I DON’T THINK SO
085. Been arrested → NEVER
087. Cried when someone died → YEAH!

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → VERY MUCH!
090. Miracles → ERR..
091. Love at first sight → YEAH
092. Heaven → YES OF COURSE!
093. Santa Claus → NO. HAHA!
094. Tooth Fairy --> HAHAHHAHAHA!!!!
095. Kiss on the first date -> HELL NO!

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → MY MOM N AMRI ASHRAF (OPSS.. SORRY, I CAN’T PICK EITHER ONE. BOTH OF THEM ARE IMPORTANT!)
098. Are you seriously happy with where you are in life → YES!
099. Do you believe in God → 100% YES!
100. Post as 100 truths and tag 20 people→

Thursday, October 07, 2010

KEGEMARAN!































selain dj, zureen juga sangat minat bidang photography. tapi, malas laa mau tunjuk-tunjuk kan? biasa-biasa sudah~ sebab zureen sendiri pun belum berapa mahir dalam bab photography ni. gambar-gambar di atas zureen ambil sekitar hari raya pertama dan kedua di kampung. :)

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive