blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, January 22, 2011

Tidur Menurut ISLAM

setelah zureen kongsikan dengan anda tentang KETAWA MENURUT ISLAM, jom kita selidik  pula bagaimana cara TIDUR MENURUT ISLAM. 



Dalam sebuah hadis diterangkan:

Maksudnya: "Al-Barra' bin Azib Radhiallahu 'Anhu berkata: "Adalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam jika akan tidur, miring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca:


Maksudnya : " Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu Dan menghadapkan mukaku kepadaMu Dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, Dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap Dan takut kepadaMu, tiada perlindungan Dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan Dan Nabi yang telah Engkau utus".

                                                                                                                          (Hadis riwayat Bukhari)



Menurut sebuah hadis lagi riwayat Bukhari Dan Muslim:

Maksudnya: "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan Dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang tersebut di atas) Dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu) ".

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :

"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." 

(Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim)



Dalam riwayatnya yang lain menerangkan: "Daripada 'Aisyah Radhiallahu Anha katanya: "Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup Dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya Dan mukanya Dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)



Ketika Baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, Baginda akan membasuh muka Dan kedua belah tangan sebelum Baginda tidur semula. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:


"Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Syaitan akanmengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan,menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu' maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran Dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas Dan kekusutan hati" 

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)



cik sushi : artikel-artikel ilmiah seperti ini nak copy pun takpe. tak yah minta izin. copy BAHAN ILMIAH ini sahaja. jangan memandai-mandai nak copy entri lain pulak. heh~

2 comments:

aNnE said...

kena amalkan ni..jangan semberono je bak kata orang.hahaha

thnx fer sharing :)

zureen said...

anne - hehe. tahu xpe. :p

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive