blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, November 26, 2010

kenapa HANTU mesti pakai baju warna putih?

sumber gambar : google
Salam.
dah lama rasanya tak menulis. hoho.
okaylah.
bila tengok cerita hantu 'kum kum' semalam,
zureen tertanya-tanya.
kenapa agaknya hantu-hantu ini - tak kira laa dalam movie atau betul-betul,
mereka sering memakai pakaian berwarna putih?

SITUASI SATU : hantu kat gerai mamak pakai baju Manchester United - tengok bola sambil makan kue teow goreng dan teh tarik sejuk baik punyeee!!

dalam situasi di atas, jelas menyatakan bahawa jika hantu tidak memakai baju berwarna putih, orang takkan perasan yang beliau tu hantu! ya! cuba anda bayangkan hantu pakai bikini atau whatever, sudah pasti anda akan mengatakan bahawa 'beliau' itu merupakan seorang model atau manusia biasa! nah! hal ini juga akan menyebabkan misi hantu-hantu sedunia - 'TAKUTKAN MANUSIA SEBERAPA RAMAI YANG MUNGKIN' akan gagal! haha.

SITUASI DUA : hantu tengah bertenggek kat pokok kelapa sambil memerhatikan adik-beradiknya bertenggek dekat pokok-pokok lain dengan memakai pakaian berwarna hitam. jejaka-jejaka tampan dan awek-awek comel balik dari surau lalu dengan selamba.

dalam situasi ini, ternyata sekali lagi hantu-hantu tersebut gagal melaksanakan misi mereka! kenapa? pakaian berwarna putih juga mungkin bertujuan agar manusia-manusia khususnya 'target' dapat melihat wajah atau bentuk fizikal mereka dengan jelas. jika mereka pakai pakaian gelap, keluar pula pada sebelah malam (cite hantu kat tv pun macam ni jugak =.=) sumpah! sorang pun takkan nampak even mereka bertenggek kat atap rumah! bila menghadapi kegagalan berulang kali seperti ini, hantu-hantu pasti akan bosan! that's why kenapa mereka pakai baju putih kot?

nasihat sikit : yang bawak moto tengah-tengah malam buta tu, janganlah pulak pakai baju gelap-gelap. kang tak pasal-pasal awak pula yang jadi 'hantu'!

SITUASI 3 : hantu pergi kedai runcit beli sabun pencuci - Breeze

haa.. benda ni mungkin ada betulnya! haha! mungkin jugak hantu-hantu ni nak show yang mereka menggunakan sabun Breeze kan? itu pasal hantu-hantu ni budget nak tunjuk kat orang laa yang baju mereka ni sentiasa putih berseri. hihi.

p/s : maya karin 'hantu' paling lawa yang zureen pernah tengok!

dibawah merupakan antara pendapat-pendapat mereka berkenaan dengan tajuk entri di atas.







selmat membaca =)

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive