blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, November 11, 2010

benda yang zureen akan buat

salam.
mungkin entri ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak begitu berminat dengan bola sepak. atau,
tengok tajuk entri mungkin masih tertanya-tanya
tapi, bila dah tau, pasti ada yang rasa dah rasa tak nak baca. atau,
meluat.heh~

ya.
haha.
entri kali ini adalah berkaitan dengan tebiat semasa menyaksikan perlawanan bola sepak! sebanarnya, ada perkara-perkara yang wajib berlaku semasa menyaksikan apa-apa bentuk perlawanan.

kalau zureen,

1. MAKAN/MINUM

apa-apa perkara yang ditonton pun,even bukan perlawanan bola sepak, zureen tetap dengan makanan-makanan/minuman zureen. hihi. maaflah, zureen memang begini. kuat makan. gemuk saja tidak! hihi. best kan? dengan tabiat makan inilah yang boleh membantu zureen untuk mengurangkan sedikit rasa nervous semasa melihat perlawanan bola sepak. tapi, kalau sudah goal, tetap mahu menjerit. even mulut masih penuh dengan makanan. hihihi.

2. GIGIT KUKU

seperti pemain bola sepak (yang berada di barisan simpanan), camera selalu fokus kepada pemain-pemain yang menggigit kuku! ya! begitu juga dengan zureen. especially kalau tengah menyaksikan team kesayangan menentang team yang hebat-hebat. tambahan pula, waktu itu mereka berbalas-balas serangan! mahu taknya kuku zureen habis zureen gigit! haha. benda ni tak boleh kawal tau! kalau zureen nervous ja, mesti kuku jari ni jadi mangsa. lepas gigit, boleh trim balik. buat cantik-cantik, kan? jangan gigit kuku kaki sudah laa kan? haha.

3. MENJERIT

''goaaaaaaaaaalllll....!!!''
''argggghhhhhh.....!!!!!!!''

jangan hairan jika kedengaran suara perempuan menjerit seperti itu. haha. bila dah nervous, tambah dengan tabiat menggigit kuku, bila dah kemuncak tu, pasti akan menjerit! haha. yes, automatik! tu laa.. kalau nak ajak dating, zureen prefer gerai-gerai biasa ja. di sana, nak jerit macam mana pun orang tak kisah. hihi. kadang-kadang, zureen menjerit diiringi dengan gaya sekali tau! contohnya, if tak goal, zureen akan pegang kepala (seolah-olah macam zureen pulak yang tendang bola tu kan?). over betullah zureen ni! haha.

4. SILANG JARI

mesti anda semua tertanya-tanya macam mana nak silang jari ni? untuk apa? haha. entahlah, zureen pun tak pasti. benda ni zureen akan buat bila corner kick, free kick (dekat dengan goal), ataupun penalty kick. senang je nak buat. hanya perlu silangkan jari telunjuk dan jari tengah dan berdoa agar goal. haha. pelik kan?

5. KOMEN

''eee... kenapa laaa tak pass kat rooney!''
''astaga.. punya buruk dorang ni main!''
''benci drogba!''
''eee.. hensemnyaaaa...''

haha. tu antara CONTOH komen-komen yang zureen buat. tidaklah seprofessional pengulas sukan bola sepak. haha. yang komen bawah sekali tu bukan apa, biasalah kalau perempuan yang tengok bola kan? mesti ada jugak terselit sifat perempuan tu. kalau kita dengar lelaki pulak yang komen macam tu, mesti ada something wrong somewhere kan?

ya, saya adalah gadis yang minat bola!
sanggup tunggu match even pukul 4 pagi.
serius!! 

p/s: awak, bila kita nak tengok bola sama-sama ni? :)


No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive