blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, February 11, 2011

LUCKY DRAW : tong tong chang!


zureen ikut lucky draw! hehe.
even selalu ikut lucky draw tak dapat, zureen mahu try jugak!
mahu! mahu!

(berdoa)

senang saja nak ikut lucky draw ni. just IKLANKAN saja. 
no big deal.


sekian.

Thursday, February 10, 2011

saya pernah makan kepala LIPAS! anda pula bagaimana?



Anda pernah tak?

sumpah! benda ni zureen tak boleh lupa sampai bila-bila!! anda pernah tak terrrrmakan atau terrrrrrasa binatang-binatang yang semangnya bukan makanan harian? contohnya cicak? cacing? labah-labah? hoho! dalam kes ni zureen dah pernah terasa LIPAS! serius! kepala lipas tu dah masuk separuh dah kat mulut zureen! nak tahu macam mana benda ni boleh terjadik?





Begitulah ceritanya. tak menarik kan? =.='' haha! takdelah. saja mahu kongsi pengalaman merasa kepala lipas! tak sedap. busuk!! so, dont try this tau! Pengajaran yang zureen dapat, jangan biar air tin minum separuh-separuh even nak jimat duit elaun! hoho.

so, PADAN dengan MUKA zureen kan? =.=''

cik sushi : pernah HAMPIR terrrrasa lipas buat kali ke-2! tak serik-serik!!!

Wednesday, February 09, 2011

(Video) ucapan ini khas untuk follower ke-443 dan ke-444! (orang lain pun boleh tengok jugak. hehe.)

salam 1 blogger! yeah!

haha. entri kali ini zureen nak tujukan khas buat follower zureen yang ke-444!!!! tahniah kerana awak-awak dapat hadiah special dari zureen (special ke? )!!! heh. 

follower yang ke-444 tu adalahhhhhh!!! jeng-jeng-jeng!!!!


eh-eh. jap2!! kenapa ada 2 blog? haaa. zureen saja bagi follower yang ke-444 and ke-443 ni sebab nak bagi sorang laki, sorang perempuan! btw, yang lain-lain pun HOT tau. korang jangan kecik hati pulak k? sebelum tengok video, jom terjah blog mereka!
follower yang ke-444 adalah seorang jejaka - Farha Nezam. header dia comel! hihi.



haaa! follower yang ke-443 pula merupakan seorang gadis comel - Miss Mumun! (nama dia pun comel!) haha!


 
takmau cakap banyak. awak tengoklah video zureen buat khas untuk awak ni okay?


cik sushi : maaf, takde skrip. ucapan pun main belasah je. thanks cik mumun n farha nezam!!! :)

Tuesday, February 08, 2011

Lelaki sama macam KUCING JANTAN. marah tak?

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis. Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa? Sila scroll ke bawah:



1) Kucing jantan suka dibelai.
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ka, bini ka, ibu kita ka. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar. 
 
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
Kucing memang kuat makan dan akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya saja yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sangat, namun bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi. seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah).. Mereka gemar merayap dan melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan ???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
Sama macam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat-sangat-sangat betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa... Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. so, lelaki kena laa pandai fikir mana yang elok, mana yang tak elok kan? :)



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego dan suka buat perangai kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

tu saja. sekian.

cik sushi : artikel ni diculik daripada e-mel. :)

pakaian SEKSI mampu membunuh lelaki!


Ramai wanita menganggap berpakaian seksi mampu menyenangkan lelaki. Namun jangan tersilap kerana seorang lelaki boleh terbunuh hanya kerana melihat wanita berpakaian seksi. Ini kerana melihat wanita sedemikian menyebabkan lelaki terpaksa menahan ghairah tanpa mampu melampiaskan hasrat tersebut. Impak jangka panjang jika berlaku secara berterusan ialah timbulnya pelbagai jenis penyakit termasuklah stress dan kanser prostat. Berdasarkan kajian di Amerika Syarikat selama 30 tahun, 80% lelaki berusia 60 tahun ke atas meninggal dunia disebabkan oleh kanser prostat dan lain-lain penyakit kerana hasrat tidak kesampaian.


cik sushi : kalau lelaki berpakaian seksi takde impak dengan orang perempuan eh?

teruna vs. dara

Jika PEREMPUAN berkata:
"Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!"

Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah pergi menjemput perempuan tu dengan kadar segera jika anda tak mahu terjadinya sebarang krisis.


Jika LELAKI berkata:
"Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!"

Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah menelefon kawan2 lelakinya yang lain dengan kadar segera supaya menjemput beliau sebab perempuan tadi memang takkan datang jemput punya.


Jika PEREMPUAN berkata:
"Jangan cuba telefon saya dah!!!"

Maksudnya:
Lelaki hendaklah jangan putus asa untuk menelefon perempuan tu. Buruk akibatnya jika anda tidak menghubunginya.

Jika LELAKI berkata:
"Jangan cuba telefon saya dah!!!"

Maksudnya:
Sakit jiwa la lelaki tu tadi menunggu perempuan tu untuk menghubunginya.



Jika PEREMPUAN berkata:
"Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!"

Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah cepat-cepat tetapkan masa dan tarikh untuk jumpa perempuan tu tadi. Sebab perempuan tu benar-benar nak jumpa ngan lelaki tu tadi.

Jika LELAKI berkata:
"Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!"

Maksudnya:
Lelaki tadi cepat-cepat la tetapkan masa dan tarikh nak jumpa jugak. Kalau tak, selamat tinggal la jawabnya!


Jika PEREMPUAN berkata:
"Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda-ronda cukup la!"

Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah membuat budget yang secukupnya, sekurang kurangnya cukup untuk makan.

Jika LELAKI berkata:
"Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda-ronda cukup la!"

Maksudnya:
Lelaki tadi pun terpaksa buat budget kurang-kurang cukup untuk makan. Dan jangan lupa, makan siap-siap kat umah. Kalau tak nanti, kebulur ler..


Jika PEREMPUAN berkata:
"Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!"

Maksudnya:
Lelaki tu perlu kerja keras untuk memenangi hati perempuan tu semula.

Jika LELAKI berkata:
"Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!"


Maksudnya:
Perempuan tu tak perlu buat apa apa. Cuma tunggu lelaki datang balik!

cik sushi : rumit kan?

saya PEREMPUAN dan saya TAK BANYAK CAKAP!



Perempuan memang tak banyak cakap apabila di suruh buat keja yang mereka tak suka, tapi mereka akan bercakap banyak banyak semasa tengah buat keja yang mereka tak suka itu. Hahha…

Kebanyakkan perempuan tak banyak cakap apabila tengah kena marah dengan pasangannya, tapi amat bercakap banyak banyak bila tengah marah kat pasangannya. Hahha…

Perempuan memang tak banyak cakap bila pasangan mereka asyik sibuk ngan urusan keja, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila pasangannya langsung malas nak keja. Hahha..

Perempuan memang tak banyak cakap bila pasangannya mengajak untuk keluar, tapi akan bercakap banyak banyak jika pasangannya asyik asyik ajak keluar. Penat ok! Hahha...

Perempuan memang tak banyak cakap bila pasangannya tak mampu memenuhi permintaannya, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila asyik asyik dok kena patuh serta penuhi permintaan pasangannya. Hahha…

Perempuan memang tak banyak cakap bila dapat tau pasangannya ada pompuan lain. Kalau buleh, dia na

k bunuh ajer terus…buang masa ajer kan dok cakap banyak banyak. Huh!


cik sushi : no komen ;)

Monday, February 07, 2011

L.O.V.E itu tunggu bas kan?

gambar tiada kena mengena dengan tajuk entri. haha.

Haha. selamat datang dan selamat membaca entri kedai sushi zureen yang ke-3  untuk hari ini. baru 3? haha. takde idea. kalau buat banyak-banyak pun, korang bukannye nak komen. hampeh! haha. (gurau je). eh-eh. berbalik kepada tajuk di atas. korang agak-agak betul tak apa yang zureen nak kongsi ni? nak tahu betul ke tak, baca sampai habis. then komen k? (sebenarnya, jeles tengok komen-komen kat blog seperti blog HANIS ZALIKHA DAN FATIN LIYANA berdozen-dozen! ceeyyyy!)

okay. okay. enough merapu.

zureen dah selidik sebenarnya (ceyy!). selalunya orang akan kata, cinta ni ibarat madu laa, racun laa, kentut laa, ape laa. so, zureen nak buat satu lagi analogi di mana cinta ni sebenarnya boleh diibaratkan seperti MENUNGGU BAS. haha.

tak masuk isi lagi ni. baru mukadimah! haha. okay-okay. tulis panjang-panjang nanti korang taknak baca pulak kan? so, we move on content diaaa! layannnnn!



kenapa zureen kata cinta ni ibarat tunggu bas? haaaa!!!



 ada orang tu, bila nampak bas lalu dia terus kata :
''Eeee.. penuh! takde tempat lak nak duduk ni! dah laa punggung i 36!''
then, orang tu tunggu bas yang lain dan biarkan bas yang penuh tadi tu berlalu.



lepas tu, bas ke-2 datang dengan machonya!
''eee.. macho??? BURUK je bas ni. haha. tengok skin dia tu. ya Allah! dah berapa kurun bas ni? buat malu je naik! eee.. tak kuaseeee!!!''
dengan berlagaknya, orang tu biarkan bas buruk itu berlalu. kesian bas tu. kalau dia dengar apa yang orang tu cakap tadi, mesti bas tu sedih kan? kan? huhu.


zureen nak naik yang ni! haha



lepas tu, bas ke-3 datang. package lengkap! skin ok, tayar baru, cermin elok, tempat duduk okay, tak penuh.orang tu kata, ''alaa.. apesal takde aircond ni? dah laa panas gila! eee.. rimas laa kalau naik bas ni! taknak naiklah!''
bas ke-3 tadi berlalu pergi.


haaaa! orang tu sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! HUJAN! agak-agak apa terjadi? orang tu terus gelabah! dia baru perasan, dia dah lewat! natijahnya? tahan jelah bas yang lalu even tak sempurna kan? 10 minit dalam bas tu pula, baru orang tu perasan, ''SILAP BAS pula!''

jadi, orang tu dah bazirkan banyak masa menunggu apa yang dia nak. Korang semua fikirlah, even bas tu beraircond, awak semua pasti tak yang bas tu tak rosak tengah jalan? atau tak terlalu sejuk untuk awak semua?

Untuk awak-awak semua, menginginkan sesutau yang sempurna tak salah. Tapi, awak kena ingat, bagi peluang kat orang lain pun tak salah kan? sekiranya 'bas' tu tak sesuai, awak hanya perlu tekan loceng dan turun. senang kan?

satu lagi analogi :
orang tu tahan bas yang dia tunggu-tunggu, tapi, pemandu bas tu buat derkkkkkk je dekat orang tu. selamba je tinggalkan orang tu. kesian kan? moral of the story, tak payah kejar yang telah meninggalkan anda tu. setiap kali anda kejar, anda pasti akan terjatuh - SAKIT laa tau x? (hehe)

cik sushi : suka naik LRT. lajuuuuu! haha.

nak TAHAN LAMA?

serius, dah lama tak update ni! mesti rindu kan? kan? rindu punya pasal, zureen update petua baikk punye lah untuk anda-anda semua. heh.
nak ''TAHAN LAMA''?

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama… selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2010. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2011. Wah?… tahan sampai 2 tahun kan?… Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau…

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama… jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach… Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach… Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj… bungkus elok-elok… jangan bagi angin masuk… jangan bagi abuk masuk… jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan… gerenti kereta tahan lama…

KENYANG
Kalau nak tahan lama… sebelum makan baca bismillah dan doa… Akhir makan… doa dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan…

UMUR
Umur nak tahan lama?… Jangan Merokok!… Rokok nak tahan lama?…
Jangan Hisap!…

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam – senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan… Jujur dan ikhlas.

PUASA
Gerenti lapar kan, so… kalau nak “tahan lama” bebanyakan beribadat” jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke… kueh raya ke… atau pun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak “tahan lama” jangan asyik nak baca email aje macam korang… dah tak ada kerja lain ke… kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka !


cik sushi : tetap tak leh tahan kalau nak tidur. heh~

17 bahaya ada LIDAH!

17 bahaya lidah adalah:

  • kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah
  • kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  • adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  • lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  • satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  • kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk. 
  • mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  •  gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  • bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  • terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  •  suka menghina orang lain.
  •  menyebarkan rahsia.
  • berjanji lalu mendustai janji itu.
  • akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  • mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  • menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza. memuji yang melampau-lampau.
  
cik sushi : lama tak update. busy menghabiskan duit elaun. hoho.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive