blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, January 14, 2011

KETAWA MENURUT ISLAM




Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya
sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh
dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

sumber : http://tok-ayoh.blogspot.com/2004/07/ketawa-dalam-islam.html

8 comments:

::fadxieza:: said...

kene jaga adab lepas ni.
:)

zureen said...

fadxieza - tahu xpe. selama ni zureen sendiri pun tak control2 time ketawa. bila dah baca, br tahu. hoho~

Liquid said...

hee incek liquid pon kne control ayu bile ktawa pasneh ehehehe

zety said...

tak boleh ketawa byk sbb lepas ketawa msti ade yang tak kene buat kita nanges

zureen said...

liquid - haha! (zureen cuba bayangkan macam mana encik ketawa ayu)

zureen said...

zety - betul tu! mama selalu cakap benda tu..

iyrenne said...

likeeeee tis entri damn much... ^_________^ thanx zureen..

zureen said...

amnie - kena jaga-jaga laa kita pasne kan? hihi

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive