blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, December 11, 2010

specialnya BAU KETIAK LELAKI!



''ahhhh stressnya! hani ni je dah lebih rm4000 shopping!''

''oh-oh.. tekanannya tak dapat kurangkan berat badan!''

''uhhh.. tekannannya jiwa ini tak dapat masuk Blog Baru Pilihan Malaysia 2010!!''

Di atas merupakan keluhan-keluhan kaum hawa yang sering didengar. stress? zureen akan selesaikan masalah anda! 

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh kaum wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir (yukss!) puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

''Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang'' -majalah PA&MA (Feb 2004)

So, kalau awak-awak semua tengah tension boleh laa hidu bau ketiak suami atau boyfriend. haha. Eh-eh! kejap-kejap, kalau lelaki tension lak macam mana? kena hidu bau ketiak isteri/gf ke? nanti zureen cari ya? 

P/S : kalau isteri tengah tension, abang calit sikit bau ketiak abang lepas abang pergi gym kat isteri abang. InsyaAllah akan okay. hihi.  Selamat mencuba!

6 comments:

kai azmier said...

hahax.. nice info.. lepas ne kalo rase nk gado jk bg terus sua ketiak..

Cik Su Life Cycle said...

betul ke ni zureen.. err.. cam geli la plak.. tapi berkesan ek??

olen said...

kai - hahah~ tahu tak pee.. :)

olen said...

cik su - haha! tu laa.. mula-mula pun macam pelik jugak.. tp dah dikaji.. berkesan.. :)

Unknown said...

nice info.. tapi bau ketiak laki yang pki deodorant snggup bau, yg lepas bersukan lg tension kot..

p/s jgn lupa undi no 22 tau.. ^__^V

olen said...

micky - haha! tu laa pasal..

p/s : sempat promo lagi dia.. hihi~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive