blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, December 25, 2010

anda ada BISUL?

baiklah. zureen post entri ini pun bukannya apa, senang nak rujuk nanti kan? lagipun, zureen tak tahulah. family zureen sekarang ni dilanda penyakit BISUL ni. zureen pun tertanya-tanya juga, apa sebenarnya yang mendorong bisul ini terus tumbuh kan? jom baca!


Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

ni dah memang saiz bola golf nih! =.=''

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

=.=''

Ubat Tradisional Bisul

Pada kebiasaannya bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun terdapat juga bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan belakang. Bisul ni agak menyakitkan, terutama apabila bila tumbuh di bahagian punggung yang akan menyukarkan kita duduk. Bila kita hendak tidur malam,
sesetengah orang akan berasa berdenyut-denyut pada bahagian yang ditumbuhi bisul. Bisul yang tumbuh akan membengkak, kerana mengandungi nanah dan darah kotor yang dicemari kuman.

Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Sekiranya anda ditumbuhi bisul:

• Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
•Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
•Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
•Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedai- kedai India atau India-Muslim)

rujukan :


cik sushi kata : zureen tak pernah tumbuh bisul. seumur hidup! serius! anda pernah tumbuh bisul tak? dekat area mana? hihi.

7 comments:

Afiq Bukhari said...

mak aih,besar betul bisul kat dalam gambar tu fuhhhhh~!

aisya said...

besarnye.. huhu
thanks for the info ye..
=)

zureen said...

afiq - haha! tulaa.. geram nk picit je kan? wakkakakkk~

zureen said...

aisya - ur welcome syg! :)

Fxysche Nas said...

ahhhhh...penah kena..mmg sengsara sgt sgt sgt sgt sgt sgt !!
T_T

zureen said...

nas - hoho~ ye ke? sakit sgt eh? zureen tak penah kena...

Anonymous said...

Saya sedang mengalami keadaan dalam gambar sekarang. Dah seminggu. Memang sakit

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive