blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, November 21, 2010

Evra - jaguh Manchester United



Pemain pertahanan Manchester United - Patrice Evra kembali menggegarkan gawang lawan setelah sekian lama tidak menjangringkan gol. satu gol disumbangkan oleh Evra di saat-saat Manchester United memerlukan gol bagi memintas musuh terdekat- Chelsea sekaligus memberikan kemenangan 2-0 ke atas wigan, Sabtu (20 november 2010) dengan hasil tandukan beliau.

Gol ini merupakan gol pertama yang dijaringkan oleh evra sejak April 2007 ketika menentang AS Roma 7-1.

"Saya rasa anak lelaki saya belum lahir ketika saya menjaringkan gol kali terakhir untuk Manchester united''

"Sudah lebih tiga tahun saya tidak menjaringkan gol dan ianya membuatkan saya cukup kecewa kerana berdasarkan corak permainan saya di padang, sudah pasti saya mempunyai banyak kelebihan untuk menjaringkan gol. tugas utama saya adalah bertahan. namun, saya yakin, saya memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol''

Untuk gol tersebut, pemain berusia 29 tahun itu tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada Park Ji-sung selaku assist sebelum beliau berjaya membolosi gawang lawan.

"Itu adalah umpan silang yang baik dan berkesan dari rakan saya Park Ji-sung, mungkin saya akan memberikannya hadiah sempena Hari Natal/Christmas, mungkin juga hadiah tersebut sebuah kereta!" kata Evra.



tahniah buat MANCHESTER UNITED!

4 comments:

OPAM™ said...

wah! minat man u jgk. :D

olen said...

opam! kita genggg!

OPAM™ said...

yep :D jrg tgk gurl minat bola. heeee.

olen said...

wohh! ye ke? zureen mmg minat bola tau.. sanggup berjaga! hehe. nak lepak garai mamak, roger2 ok? bhahahah~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive