blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Tuesday, January 04, 2011

kenapa LELAKI hensem macam awak kahwin LAMBAT?

sumber : google images

haha. okaylah. mesti golongan-golongan hawa kadang-kadang terfikir kenapa agaknya orang lelaki ni takut nak kahwin. ataupun lambat kahwin. ataupun belum bersedia nak kahwin even usia mereka dah menjangkau 30-an. apa yang boleh zureen rumuskan di sini adalah alasan-alasan bernas yang diberikan oleh mereka (golongan lelaki) seperti di bawah :


SURVEY PART I

1."Duit tak cukup lagi laa awak".

hanif, 29 tahun - '' orang perempuan mana tahu susahnya orang lelaki nak kumpul duit nak bayar mas kawin? hantaran? Dah tu mas kawin dan hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis! macam nak jual anak je kan? alaaa.. standardlah kononnya kan? saya makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya orang perempuan tau. Megi pun dah nak naik harga!''

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".

zaki, 24 tahun -''Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas.. (gelak)''

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".

fahmi, 26 tahun -''Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!''

4."Tak datang seru lagi kot".

khairil, 29 tahun-''Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin''

5."Banyak sangat halangan".

anip, 27 tahun -''Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!''

6."Belum bersedia la".

jeffery, 28 tahun -''Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana''

7. "Ilmu tak cukup la".

nama dirahsiakan, umur juga dirahsiakan - ''Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ? mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!''

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".

ali, 19 tahun -''Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak''

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".

faizal, 27 tahun -''Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita''

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".

syed, 30 tahun -''Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung''

cik sushi kata : haha! ada 10 alasan lagi yang zureen akan kongsikan dalam survey ini di entri yang seterusnya. memang menarik dan mungkin akan membuatkan ada tersenyum, tergelak dan terkentut. jumpa di PART II!!!  hahaha.

4 comments:

Zulfikar Hazri said...

saya hensem tak zureen? saya 27 blum kawen jugak... alasan? alasan takde...hehehhehehe

zureen said...

zulfikar - awak tak kahwin lagi? hihi

Syafiq Rosli said...

huhu..mgkn mereka pikir mereka belum bersedia untuk memikul tggjawab yg berat

zureen said...

syafiq - betul tuuu~ :)

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive